Thursday, December 23, 2010

Siakap Masam Manis lagii....


Ya.....masakkan kegemaran MyLovelyFamily iaitu Siakap Masam Manis. Fuhh...berebut2 makan siapa lambat alamatnya makan tulang je la...huhuhu...My Family kalau gi makan kat kedai ala2 Thailand mmg tak ketinggalan order ikan siakap ni anak2 mmg suka makan kalau tanya nak order ape eeemm... mmg dia ckap nak makan ikan, so...kalau agak2 pitih tak dok tu so jgn berangan le nak bwk diorang gi makan kat kedai ala2 Thailand sat lgi ada yg kena basuh pinggan kat belakang huahuahuahua... nasib baik aku pandai reti masak ikan masam manis ni hikhikhik...jadinya kalau masak sendiri tu puas le sikit makan, kalau kat kedai seekor tak lari dri RM30 so kalau aku masak kat rumah RM30 tu leh beli 2 ekor ikan siakap kan dah jimat.....jadi apa lagi moh le kita tengok resipinya jemput......

Bahannya:
  • 1ekor ikan siakap digoreng dan ketepikan
  • 1sk cili kisar
  • 4sb sos cili
  • 4sb sos tomato
  • 2sb sos ikan
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 biji bwang besar di potong wedges
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 biji tomato dipotong wedges
  • 1 biji timun dipotong dadu
  • sedikit nenas (aku tak letak sbb x de)
  • sedikit air
  • sedikit tepung jagung (utk pekatkan kuah)
  • garam dan perisa secukup rasa
  • gula secukupnya
Caranya
  • tumiskan bwg putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan gaul sebentar
  • masukkan pula air, gula dan sedikit garam tggu mendidih
  • masukkan pula sedikit bancuhan tepung jagung tunggu mendidih
  • akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, tomato, timun dan nenas biar seketika
  • padamkan api dan jiruskan keatas ikan yg telah digoreng tadi
  • sedia dihidangkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...