Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Char Kueh Tiow


Salam bertemu kembali kita.....diharap semua sihat2 belaka. kali ni aku letak N3 Char Kueh Tiow, ini menu malam semalam, dah tak tau nak masak ape, balik2 nasi rasa jemu pulak. So pikir punyer pikir aku masak Char Kueh Tiow je la, disbbkan aku tak boleh makan nasi malam so elok le kita masa ni kan. Sebenarnya semalam aku 1 hari tak makan.. sbb susah ati punyer pasal le, memikir kan duit collection opis short, so nak makan pun dah hilang selera, tapi alhamdullilah akhirnya jumpe jugak mane silapnya....bila dah sampai ptg, mengigil le tangan sbb kelaparan, masa ambik gambo ni pun mengigil, tu yg gambo tak berapa nak terang... aduh ai cian....


Aku masak ni pun main campak2 je sbb dah tak tahan lapo nak cpt makan hehehe...padan muka aku ek sape suruh tak makan? sendiri tanggung le....mula2 aku masak ni utk diri aku je sbb tak boleh goreng banyak2 takut nanti kembang sbb kueh tiow ni basah, so kalau goreng, angkat kena terus makan tak boleh nak simpan2 so aku tibai le dulu ek. Bila my hubby dah balik dan anak2 dah sampai rumah dri sekolah, lepas magrib baru le aku goreng lagi... jom kita semak resipi campak2 aku ni layanzzz....

Bahannya:
  • 1bungkus kueh tiow (msuk dalam bekas dan leraikan)
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 sb cili kisar
  • air udang secukupnya (ambik kepala udang dan rebus)
  • 1 pkt fish ball dan hiris (ikut le nak hiris cammane pun)
  • sedikit daun kucai
  • taugeh secukupnya
  • 3 biji telur
  • kicap pekat & kicap cair secukupnya
  • sedikit perisa
  • sedikit minyak utk menumis
Caranya
  • panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing
  • masukkan fish ball dan udang goreng seketika
  • masukkan pula kicap pekat dan kicap cair secukup rasa dan juga serbuk perisa (tak payah letak garam ye)
  • tuangkan air udang tadi (agak2 la ye kuahnya jgn sikit sgt nanti bila kueh tiow kembang jadi kering lak)
  • masukkan pula kueh tiow gaul seketika
  • masukkan telur dan biar 2 minit baru gaulkan
  • akhirsekali masukkan taugeh dan daun kucai gaul rata dan padamkan api
  • sedia dihidangkan bersama cili jeruk (tapi aku tak de stock)
sungguh menyelerakan....yummyyy...

Thursday, January 13, 2011

Bee Hoon Sup


Salam pagi olls....resipi ari ni ialah Bee Hoon Sup. Semalam akak aku datang rumah, jadinya aku dah masak la Bee Hoon Sup utk menjamu selera, sebenarnya tak tak tau nak masak ape so utk mood yg agak sedikit malas semalam aku pikirkan apekah yg senang dan ringkas utk dimasak jadinya aku telah memilih resipi ni...akceli kalau u olls nak tau ini merupakan resipi arwah mak aku, so tiap2 kali bulan puasa mmg mak akan buat bee hoon sup sbgi juadah berbuka mmg tak tinggal dan lepas tu dia punya rencah dia fuuh yoo...sampai tak nampak bee hoon penuh dgn udangnya la, ayamnya la, dagingnya la...mmg kenyang makan rencah je dri bee hoon hikhikhik tapi mmg terangkat woooo....so skrg ni dah turun kat aku lak, ye la sape lagi nak meneruskan resipi turun temurun ni kan...kalu bukan anaknya..esok aku turunkan kat my little sweetie tu pulak hikhikhik...insyallah....jom le layan resipi my mom ni zasssss......



Bahannya:
  • 1 bungkus bee hoon direndam
  • 4 ulas bwg putih *
  • 1 biji bwg besar*
  • 3 biji bwh merah*
  • 2sb lada sulah biji*
  • 1 inci halia*
  • 1 btg karot dipotong bulat (ikut citarasa la ye)
  • secekak sayur sawi
  • semangkuk bunga kobis
  • hirisan buah tomato
  • 20 ekor udang
  • daging yg telah direbus (tak letak pun sbb x de stock da..)
  • fish ball
  • air rebusan daging (ini pun x letak gak hikhikhik...)
  • air secukupnya
  • garam dan perisa
  • 1sb serbuk pati ayam
  • sedikit minyak utk menumis
  • bawang goreng
  • daun sup
  • limau nipis
  • Kisar semua bahan2 bertanda *
Caranya:
  • panskan minyak tumis semua bahan kisar hingga garing
  • masukkan udang, fish ball dan daging
  • masukkan pula air rebusan daging dan tggu mendidih
  • masukkan bee hoon dan bahan perisa tggu hingga bee hoon lembut
  • akhir sekali masukkan sayur sayuran kacau sebentar dan padamkan api
  • sendukkan kan bee hoon sup kedalam mangkuk, taburkan dgn bwg goreng dan daun bawang
  • sedap dimakan bersama sambal kicap dan perahan asam limau
p/s: tapi kalau x nak campur bee hoon tu sekali dalam sup sekali pun tak ape, boleh celur dulu bee hoon tu, kiranya masak sup saja,  bee hoon asing ....kekadang aku wat asing2 gak, ini aku ikut cara mak aku wat camni le....jalan sekali sonanggg....hikhikhik...

Yummmmyyy.....

Friday, January 7, 2011

Mee Siam Goreng Putih


Salam hari Jumaat...hri ni pagi2 lagi aku dah kedapur (tiap2 ari pun msk dpur gak) nak masak breakfast utk anak2 ye la nanti diorang nak gi sekolahkan asyik masak nasi je jemu gak, so hari ni aku masak Mee Siam Goreng Putih, tapi ada org cakap Mee Goreng Singapore entah la yg mana satu ek, tapi tak ape la janji boleh dimakan hikhikhik...aku goreng ringkas2 aje maklum le pgi ni sejuk ckit so mata ni pun susah tul nak bukak sedap je tarik selimut alarm phone bunyi pun aku wat tak tau je...hikhikhik... sampaikan my little sweetie yg kejut " umi telephone bunyiiii...." pas tu umi pun jawab "eemmm...yee.." tapi tak bangun pun, sekali tengok jam dah pukul 6.30 ha....apa lagi kelam kabut le bangun terus masuk dapur, masa masak tu pun macan di alam mimpi je nasib baik mee siam aku tak masin, kalau tak kena complaint la dgn my hubby lagi hahaha....mai le kita tengok resipi ekspress aku ni jom layannn....

Bahannya:
  • 1 bungkus mee siam (bee hoon da...) direndam hingga lembut
  • 3 ulas bwg putih dicincang
  • isi ayam dihiris kecil
  • sedikit sayur kobis
  • 1 btg carrot dihiris halus
  • 1 sb serbuk lada sulah (kalau nak bubuh lada hitam pun leh gak)
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan bahan peria secukup rasa
  • sedikit air

Caranya:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hinnga naik bau
  • masukkan pula isi ayam goreng sebentar
  • masukkan sedikit air, garam, perisa dan serbuk lada sulah
  • masukkan pula mee siam goreng hingga mee lembut
  • last sekali masukkan sayuran goreng hingga mee kering
  • sedia dihidangkan, sedap dimakan dengan cili jeruk

Tuesday, December 21, 2010

Bihun Goreng

Assalamualaikum.....bertemu kembali kita, bestnyer duk kat rumah..sbb aku bercuti, tpi tak duk kat rumah gak sbb bawak anak2 berjalan2, beli baju sekolah anak, beli buku sekolah anak dan mcm2 lgi aktiviti family termasuk bwk anak gi tgk wayang semalam citer 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' kelakar giler citer tu hahaha....sakit perut aku gelak. So pagi ni aku buat breakfast Bihun Goreng aje dah lama aku tak makan Bihun Goreng ni. Tapi kalau diingatkan masa arwah mak dulu kalau mak yg goreng fuhh..dia punya rencah punyer la banyak sampai tak nampak bihun tu penuh dgn udang la, tahu la, sayuran la, alamatnya kenyang makan rencah je bukan makan bihun hehehe....mmg sodap.
Cuba tgok resipi Bihun goreng arwah mak ni jom layan...

Bahannya:
  • 1 pkt bihun direndam hingga lembut toskan
  • 3 sb udang kering direndam
  • 3 biji cili besar*
  • 5 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 15 ekor udang
  • 1 pkt fish ball
  • secekak sayur sawi
  • semangkuk taugeh (
  • minyak utk menumis
  • sedikit air
  • garam & perisa secukup rasa
(* Bahan kisar)

Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga garing
  • masukkan pula udang dan fish ball masak hingga udang bertukar warna
  • masukkan pula air dan bahan perisa secukupnya tggu hingga mendidih
  • masukkan pula bihun goreng hingga lembut
  • akhirsekali masukkan pula sayur-sayuran goreng sebentar dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Saturday, December 18, 2010

Mee Goreng Mamak

Salam....malam ni aku cuma masak Mee Goreng Mamak je, memandangkan ada sebungkus lagi mee ari tu so kira nak habiskan stok la kesnye ni. My 2nd son suruh goreng semalam lgi, tapi semalamkan aku dah masak nasi lemak, takkan nak goreng mee lagi....perut mana la nak sumbat nanti, ingatkan nak goreng pagi tadi buat breakfast tapi perencahnyer pulak tak ada eeemmm....jdi malam ni je la baru goreng. Aku buat sempoi2 je, selalu kalau aku goreng mee kuning ni mesti basah2 tapi kali ni ubah selera lak tukar jadi menu kedai mamak cuma teh tarik je x buat hikhikhik...Jom kita tgk resipinya

Bahannya
- 1 bungkus mee kuning
- 3 ulas bwg putih dicincang
- 3 biji bwg merah dihiris
- 1 sk cili boh (kalau nak pedas tmbh lgi)
- 10 ekor udang
- 1 pkt fishball
- secekak sayur sawi
- 2 keping tahu digoreng dan hiris dadu
- 2 biji telur
- 1/2 cwn kicap pekat
- 2 sb sos cili
- sedikit air
- bahan perisa (aku tak bubuh garam sbb kicap dah masin)
- sedikit minyak utk menumis

Caranya

- Panaskan kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili boh hingga garing
- masukkan pula udang dan fishball goreng sebentar
- masukkan pula kicap, sos cili, bahan perisa dan sedikit air biar sebentar
- masukkan mee gaul rata
- setelah itu pecahkan telur tggu sebentar sehingga telur sedikit keras barulah digaul rata
-masukkan pula sayur dan hirisan tahu gaul hingga sayur sedikit layu dan padamkan api
- sedia dihidangkan

Thursday, December 16, 2010

Mee Bandung Muar



Assalamualaikum semua....adoi yai terliur tak tgok udang yg tergolek tu? hikhikhik...saje je kan hahaha...bukan ape ini menu smlm utk berbuka pose. Dah lam beno x makan mee bandung ni sbb dah lama tak balik kg ye la...sbb kat kg dah tak de org  tu yg susah sikit nak balik, cuba kalau ada arwah mak mesti tiap2 bulan balik kg, eh! tiba2 lak sedih kan eemm.. tak pe la, berbalik kita pada citer kita tadi, sebenarnya mee bandung ni dah ada rempah dia so aku tinggal campak leboh je hihihi...cri jalan senang tul la kan sekarang ni semuanya dah ada jalan shortcut da so x yah la nak susah2 masak dan tak leh lgi cri alasan mengapa x nak memasak. Orang yg tak tau memasak pun senang tau semua dah ada yg ready made punya cakap je nak masak ape gi je la beli rempahnya so no excuse lgi ok.

Ha...inilah rempahnya cap Maharani yg sedap kalau yg Adami tu kureng cikit yg ni mmg betul2 rasa Mee Bandung Muar, jadinya kita cuma tambahkan dgn isi2 yg mengancam tu, jom tgk resipi campak2 ni

Bahannya
  • 1 bks mee kuning dicelur sebentar dan ketepikan
  • 1 pkt rempah Mee Bandung Maharani
  • 500grm daging direbus
  • 10 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 7 cawan air rebusan daging
  • secekak sayur sawi
  • 2 keping tahu digoreng dan ketepikan
  • 4 biji telur (ikut la ye ada berapa org)
Caranya
  • masukkan air rebusan daging dan rempah mee bandung masak hingga mendidih
  • masukkan pula bahan2 seafood dan daging biar mendidih sebentar
  • pecahkan telur dan masukkan sayur tggu hingga telur sedikit keras dan pdamkan api (telur biar lembek ckit baru sedap)
  • masukkan mee kedalam manggkuk dan sendukkan kuah tadi
  • hiaskan dgn tahu goreng yg dihiris dan sedia dinikmati
Adoii...x leh tahan...sslluupp.....

Thursday, November 11, 2010

Stembot Noodle

Salam....ha malam ni mood rajin nak update blog saje je sbb my hubby tengah melayan anak2 ku tengok TV, yg umienya sibok melayan blog mmuuaaakk...hehehe....ye la bukan senang nak buka blog waktu malam2 gini sbb my little sweetie tu suka mengacau eee..geram sgt. Malam ni sebenarnya aku x tau nak masak ape, masa kat opis tadi aku pikir2 gak ape le nak masak mlm ni, tak masak kang my 2nd son tu balik sekolah selalu lapar. Eeemm... pikir punya pikir disbbkan aku tak bgi my hubby makan nasi so aku wat la sup stembot ni + ngan noodle. Resipinya begitu senang sekali main campak lebor aje (masakkan org malas hehehe..) jom kita semak resipinya layanzzz...

Bahannya
4 keping mee kering (yg macam maggie tu tapi x de perencah)
1 liter air
pelbagai jenis bebola ikan 
5 btg jejari ketam
3 pokok sayur sawi cina
2 sb perencah tumix
1 sb serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Caranya

  • Masak air sehingga mendidih
  • masukkan perencah tumix, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa
  • masukkan pula bebola ikan dan ketam
  • biarkan seketika 
  • dan bila bebola sudah timbul dipermukaan padamkan api
  • masak air dalam periuk lain sehingga mendidih
  • masukkan mee kering tadi  celur seketika dan angkat
  • celur pula sayur sawi tadi
  • masukkan mee dan sayur tadi kedalam manggkuk
  • curahkan sup dan bebola ikan kedalam manggkuk mee
  • sedia dihidangkan

Tuesday, November 9, 2010

Beef Noodle


Assalamualaikum semua.....wahhh....dah lama sungguh aku tak updatekan blog ni kan bukan ape tak ade mood la...almaklum la hati tgh gundah gulana le katakan. Jadi kali ni aku nak tujukkan menu malam tadi. Memang dari ari tu lgi aku nak makan beef noodle ni, selalunya aku makan beef noodle ni kat restoren Taiwan kat Ampang Point. Tapi oleh kerana aku dah lama tak ke sana (sebenarnya x ada member nak ke sana mmmuaakkk....) jadinya semalam sudah masak la ini beef noodle hikhikhik..
Resipinya aku main campak2 aje tapi lebih kurang dengan resipi chef kita tu la Kak Haneliza (pas masak baru la aku tgk buku resipi k.liza hehehe...eh same la...) tapi sebenarnya aku takut gak nak masak beef noodle ni coz my hubby tu kan ada darah tinggi, nanti naik lak darah dia tu habis la aku....tapi dalam manggkuk my hubby aku dah perahkan asam limau harap2nya tak le darah dia naik nantikan sbb ada masam2 cikit. Jom la kita tengok resipinya layanzzzz......

Bahan untuk sup:

500gm daging lembu
15biji bebola daging
1 biji bawang besar di hiris
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
1 sb serbuk lada sulah (ikut cita rasa la ye)
1 bungkus rempah sup tulang (yg dah ada kayu manis, bunga lawang, cengkih dll)
1 kiub pati lembu (brand knor ada kiub pati lembu)
4 btg sawi cina (ala yg btgnya besar tu ape namanya tak ingat la..)
1 btg lobak merah
air secukupnya (agak2 la ye)
garam secukup rasa

Bahan B

1 bgks  kueh tiew (atau ape2 mee pun boleh)
sedikit bawang goreng
sdikit daun sup & daun bawang
Kalau nak pedas boleh la buat kuah cili (cili merah & cili padi tumbuk dan perahkan asam limau je)

Caranya:
  • Rebus daging biar potong sederhana besar, dan masukkan sup puntut rebus sehingga daging lembut (jika kita rebus dagin dia akan keluarkan buih2 cokletkan jadi buangkan buih2 tersebut)
  • setelah daging empuk angkat daging biarkan sejuk dah hiris nipis
  • masukkan bahan2 hirisan, lobak merah dan bebola daging
  • renehkan seketika
  • masukkan pula bahan perisa
  • akhir sekali masukkan sayur sawi dan terus padamkan api
  • masukkan kueh tiew kedalam manggkuk dah jiruskan dengan sup tersebut
  • siap untuk dihidangkan

yg ni manggkuk my hubby eeemmm yummyy....


Friday, October 15, 2010

Maggi Asam Laksa & Serunding Daging


Haii....bertemu kembali kita pada hari ini. Malam ni aku masak menu very the special u...masakkan org bujang...hehehehe... ala aku masak "Maggi Asam Laksa & Serunding Daging" ha...kan menu org bujang tu kan...Bukan ape malam ni anak2 ku  tak nak makan nasi dah kenyang katanya, jadinya aku sorang je yg nak makan, ape lagi masak maggi le....mudah dan cepat dimakan...bila dilawan dengan serunding daging tu eeemmm...mmg ada uummpp.....kalau tak caya cuba la rasa...jemput makan semua......

Rasanya tak yah la nak bgi resipi kot, semua org tau nak masak maggi ni 2 minit dah siap....

Wednesday, September 29, 2010

2nd Sidang Makan2


Assalamualaikum.....hehehe..rajin bebeno aku ni ek, buat makn2 lgi, bukan ape ini hidangan untuk org yg tak leh nak dtg pada hari Sabtu ari tu, jiran sebelah rumah sbb masa dia nak dtg tu, dia kata rumah aku masih ramai orang lagi jadi dia pun nak tunggu la sampai org balik baru dia nak datang, sekali tu tunggu punya tunggu sampai kul 10.30 org baru balik...jdi dia pun kata dah malam la nak dtg tak pe la lain kali je. Itu yg aku buat makan2 ni kesian lak dia dan unuk kawan2 my 1 son sekali. Ala..sekadar Kue Tiew goreng aje itu je yg termampu oleh kudratku yg agak dah penat ni....Alhamdullilah habis gak 4 bungkus Kue Tiew  hehehe...

 

Kue Tiew Udang

Bahan2nya:

  • 1 bungkus Kue Tiew


  • 15 ekor udang sederhana besar buang kulit dan ketepikan
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus fish ball

  • 4 ulas bwg putih

  • 1 sb cili kisar (klu nak pedas tmbah lgi)

  • sedikit daun kucai

  • 1 manggkuk taugeh

  • 1/2 cwn kicap cair

  • minyak untuk menumis

  • sedikit kicap pekat (agak2 la ye tpi jgn banyak sangat coz dah ada kicap cair nanti masin)

  • sedikit perisa (pak aji le..)
Caranya:

  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau

  • masukkan cili kisar goreng hingga garing

  • masukkan pula fish ball, bahan perisa, goreng sebentar dan masukkan pula udang goreng sehingga separuh masak

  • masukkan kue tiew kicap cair dan kicap pekat gaul rata

  • selepas itu pecahkan telur dan tunggu sekejap agak2 telur dah keras sedikit baru gaulkan

  • akhir sekali masukkan taugeh dan kucai gaul rata dan terus padamkan api

  • boleh la dihidangkan bersama cili jeruk (kalau ada la..)



Tuesday, September 21, 2010

Mee Hailam


Dah puas makan nasi, kali ni kita makan mee la pulak. Aku masak Mee Hailam sebab my 2nd son tu suka makan mee. Hari minggu tu dia suruh aku masak mee, tapi aku tak buat jdi mlm tadi baru aku buat. wah bukan main suka lgi makan smapai 2 mangkuk sama la dengan my hubby lepas antar my 1st son gi tuisyen dia sambung lagi semangkuk ishk,ishk,iskk......tpi tak pe la hilang penat aku memasak kalau semuanya suka makan.

Bahan-bahanya
  • 1 bgks mee kuning
  • semangkuk isi ayam
  • 15 ekor udang segar
  • 5 keping fish cake
  • 1 bungkus bebola ikan
  • 3 ulas bwg putih diketuk
  • 1 btg carot dipotong bulat (ikut la ye nak potong cam mana pun)
  • 3 pokok sayur sawi
  • 4 btg bby corn
  • semangkuk kobis bunga
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 litir air
  • 1 cwn kicap cair
  • sedikit lada sulah
  • 5 sb kicap pekat
  • sedikit tepung jagung utk pekatkan kuah
  • bahan perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-carnya
  • Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan udang dan isi ayam goreng sehingga sedikit garing
  • Masukkan pula kicap pekat, kicap cair dan air
  • Setelah mendidih masukkan pula sayur sayuran kecuali sawi
  • Masukkan pula kiub pati ayam, bahan perisa dan tepung jagung yg telah dicampurkan dgn sedikit air untuk memekatkan kuahnya.
  • Tunggu mendidih, dan padamkan api
  • Dalam periuk lain pula, masakkan 1 litir air
  • Setelah mendidih padamkan api,celurkan mee kuning tadi seketika dan toskan (jgn lama sgt nanati kembang)
  • Boleh la dihidangkan bersama kuahnya.....

Saturday, September 4, 2010

Mee Goreng Basah


Salam....ha semalam my hubby buat permintaan nak makan Mee Goreng basah untuk berbuka puasa. Dia kata asyik makan nasi aje rasa cam dah tak larat dah so dia nak makan benda lain lak. Jadi aku pun puas le memikirkan ape la yg nak dimasak untuk berbuka nanti. Pada mulanya ingat malas nak masak, beli aje la susah2 sgt nak memikir ape nak masak, my hubby dia nak order pizza aje, tpi aku lak rasa cam tak leh nak telan lak berbuka ngan pizza, pas tu my hubby pun ok tak pe saya nak beli kueh tiow goreng je la, so aku pun ok je la tetiba teringat my 2nd son ari tu nak makan mee goreng...so tak jadilah beli kueh tiow goreng.....my hubby ckp goreng mee je la dan nampaknya umie kena la masak jugak huhuhu...(ingat malas nak masuk dapur kena jugak la...hehehe..)

Bahan2nya:

1 bks mee kuning
20 ekor udang dibuang kulit separuh tgglkan ekornya saja (ikut suka la ye)
3 pokok sawi
3 ulas bwg putih diketuk
taugeh (pun ikut suka nak letak bnyk mane hehehe...)
1 pkt fish cake
1 biji tomato dibelah enam
1/2 cwn kicap pekat
sedikit kicap manis (agak je la ye jgn terlalu banyk lak nanti manis sgt)
1 sb cili kisar (kalau nak pedas tmbah lgi ye)
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
3 cwn air
Minyak utk menumis
Sedikit garam dan perisa

Caranya;

- Panaskan minyak, tumiskan bwg putih sehingga naik bau
- masukkan pula cili kisar goreng hingga cili garing sedikit
- masukkan udang dan fish cake, goreng sebentar
- masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan kicap manis
- setelah itu masukkan pula air, dan bahan perisa biarkan mendidih sebentar
- masukkan mee kuning dan gaul sebati
- masukkan sayur sawi dan taugeh goreng sehingga sayur sedikit layu
- akhir sekali masukkan pula buah tomato gaul sebentar dan terus padamkan api, hidangkan




Tuesday, July 27, 2010

Cantonese Yee Mee


Malam semalam my 2nd son nak makan mee keras (Yee Mee), jadinya umie dia kenalah memenuhi selera anak bujangnya tu, kalau tak...dia membebel lak nanti sebab mulutdia boleh tahan gak banyak cakap hehehe... ikut sapa entak banyak mulut umie ngan abinya x de la banyak ckp sangat heheh...ye ke?? Hari minggu yang lepas kita orang gi la Alamanda jalan2 cri makan kat sana so kita pun makan la kat food court sana...my 2nd son nak makan mee keras katanya so i pun order la kat dia Cantonese Yee Mee eemmm.. hampeh betul kuah dia pedas dan rasanya pulak agak kurenggg...mahal lak tu, jadi my 2nd son tak puas hati la makan, jadi dia sudah suruh umie dia buat kat rumah, nasib baik la umie dia ni pandai  tahu masak Cantonese Yee Mee so inilah hasilnya, rupa2nya my 1st son, my little sweetie N my hubby pong suka gak i masak, dia kata baru ada rasa....hehehe  apa lagi perasan la i ni kembang segala-galanya muuaakkkk...jom layan dan ini resepi yang i hentam buat hehehe....

Cantonese Yee Mee

1bks Yee Mee
Sayur Sawi
Kobis
Karrot
3 ulas bwg putih
Udang, Sotong & Isi ayam
Lada sulah - * ikut citarasa nak ckit/bnyk
1sb Serbuk Pati Ayam
1/2 cwn Kicap cair
Tepung Jagung
2 biji telur
Air
Sedikit garam

Caranya:

Panaskan minyak, tumis bawang putih yg telah diketuk sehingga naik bau, selepas itu masukkan semua bahan2 seafood goreng sedikit masukkan pula lada sulah setelah itu masukkan air dan kicap cair tunggu sehingga mendidih masukkan pula serbuk pati ayam dan sedikit garam (jgn bnyk sgt sbb kicap cair dah masin) selepas itu masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air (ikut kepekatannya) sayur dan akhir sekali masukkan telur yg dipukul sambil tuang kedlm periuk dan tggu 1 minit terus tutup api. Bolehlah sendukkan kuah tadi dan jirus keatas Yee Mee dan sedia untuk dimakan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...