Wednesday, January 26, 2011

Sambal Goreng Singapore


Dan yg ni lak resipi aku yg last tapi tak last sebelum tuan putri masuk beradu waakakaka...nak wat cam mane perasaan melanda diri hikhikhik, ini lah dia sambal goreng singapore, sebenarnya yg terror masak sambal goreng ni ialah akak aku. dia mmg selalu buat sbb anak2 dia mmg suka makan termasuk la aku so bila akak aku masak sambal goreng aku mmg tumpang sekaki le mesti dia anto semangkuk kat rumah aku. tapi kali ni aku pulak yg buat tetiba je balik keje tadi teringat kat sambal goreng ni so ape lgi start le projek aku main masak2. Resipinya senang je semua main hiris2 je tu yg aku suka tu sbb dah malam2 ni aku malas nak menumbuk2. Jom le kita layan resipinya sila la....

 Bahannya:
  • 3 biji kentang dipotong dadu dan goreng ketepikan
  • 1 bgks tempe ptg dadu dan goreng ketepikan
  • 2 kpg tauhu ptg dadu dan goreng ketepikan
  • semangkuk daging dihiris kecil2 (kalau boleh pakai daging batang pinang cepat empuk)
  • 20 ekor udang dibuang kulit
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji bwg besar dihiris
  • 2 ulas bwg putih dihiris
  • 1 inci lengkuas dihiris halus
  • 3 btg serai dihiris halus
  • 2sb cili kisar
  • 1sb jus asam jawa
  • 1 cawan santan kelapa (jgn pekat sgt)
  • minyak utk menumis
  • garam, gula dan perisa secukupnya

Caranya
  • panaskan minyak tumis bahan2 hirisan dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan daging goreng hingga daging lembut (letak sedikit air utk lembutkan daging jgn bnyk sgt)
  • setelah daging lembut masukkan pula udang goreng seketika
  • masukkan pula bahan2 yg telah digoreng tadi
  • masukkan kan pula santan, jus asam jawa dan bahan perisa secukupnya
  • masak seketika hingga kuah sedikit kering
  • padamkan api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas

2 comments:

  1. Salam ziarah dan kenal.

    terguder tengok sambal goreng spore tu....kecur airliur di buatnya.

    ReplyDelete
  2. hai salam....
    semmgnya sedap cuba la buat tak susah pun yumyummm...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...