Tuesday, April 19, 2011

Markono Ayam (Markorno Vegetable Meat )


Hi...dan ini N3 seterusnyer..eh raji pulak aku ari ni ek eeemm tak pe le ye layan je la kan, so yang ni pulak makanan ala2 cam pizza le tapi rase cam murtabak cikit2 mmg yummmy jarang kita jumpa makanan cam gini kan, ini adalah resipi dari X-bos aku puyer wife Pn Ritzzawati TQ Ritz...mmg meletoppp...dulu masa aku gi raya rumah my bos inilah salah satu hidangan dirumah beliau tapi masa tu tak lak aku tanya kat dia nama makanan yg lagi sedap dan lazat ni, sudah sekian lame aku makan ade le dlm 3 tahun kot baru aku tetiba terringat kat makanan ni mase tu aku tak de FB lagi so aku nak cal my Xbos segan so pendam je la hasrat utk mendapatkan resipinyer...cian... TAPI.. setelah aku pandai berFB ni hihihi...aku sudah add my bos (kebetulan dpt cri kan) dan pada mase yg sme wife dia pun aku add gak so dri ctu le terrrkeluar la resipi ni... alhamdullilah.... rezeki aku gaknyer kan dan mendapat sambutan yg hebat dri ahli keluarga ku.. amboiiii statement...huahuahua...belasah je la...hahaha...dan di sini mari le kita berkongsi resipiyer...layanzzz....


Markono Ayam (Markorno Vegetable Meat )
Sumer dri Pn Ritzzawati
  • 300 gm daging cincang (minced beef)
  • 4 biji kentang (potong dadu, rebus & ditoskan)
  • 2 ulas bawang besar (potong dadu & goreng)
  • 1 tin kacang peas (optional)
  • 1 tin mushroom (dipotong kecil-kecil)
  • 2 biji tomato (potong bulat-bulat)
  • sedikit daun sop & daun bawang
  • 10 biji telur
  • tomato sos & cili sos
  • garam
  • mentega
  • 1 sudu makan rempah kari
  • Cheese (yg ni aku tambah)

Cara-caranya

  • Panaskan sedikit minyak. Goreng bawang besar hingga sedikit layu & angkat
  • Panaskan sedikit minyak, tumis rempah kari dengan daging. Masukkan garam, tomato & cili sos mengikut citarasa, daun sop ; daun bawang dan goreng hingga kering & angkat
  • Sapu acuan (pyrex) dengan mentega, tabur kentang, daging, cendawan, kacang peas, bawang besar,  atur buah tomato. Buat 2 lapisan.
  • Telur yang dipukul garam dituang ke atas acuan dan taburkan dgn cheese – bakar hingga masak. (microwave oven – 50%; 20 minit; 250°C)
yang sebelum di masukkan kedalam oven...

tarraaaaa....Hotz from oven....


Blueberry Cheese Tart


Assalamualaikum semua...lame tak update blogkan, entah le semenjak 2,3,4 menjak ni malas tul nak update blog la.....entah kenape entah biase le kekadang tu tak de idea nak tulis ape sbb kesibukkan keje kot smpai tak leh nak berfikir hehehe.. saib baik tak gilo hahaha....ok berbalik kita pada N3 aku ni ha... taraaaa...akhirnyer dapat gak aku buat Blueberry Cheese Tart ni ha dah lame tul memendam dihati nak buat tapi pikir 2, 3 kali eh boleh ke aku buat ni? jadi ke? hehehe... dah akhirnyer sempena hari ulang tahun bonda mertuaku aku membuat keputusan utk membuat someting special for her dan... inilah hasilyer.. tapi kulinyer tu terrrkeras ckit sbb tertumpah tepung hahaha.. kekonon nak tambah ckit je tetiba lak tercurah bnyak ingatkan ok rupenyer bila dah bakar cam keras ckit tapi still ok lagi tak le keras cam batu....name pun percubaan pertama mesti ada yg terrrkureng ckit kan. resipi diambil dari My resipi dan my neighbour pun ada gak bagi tapi lum cube buat lgi coming soon tapi ape2 pun TQ le kat Pn Liza kerana sudi berkongsi resipinyer so akan ku cuba buat ye...so sila le semak resipinye...



Blueberry Cheese Tart
Resipi dari MyResipi

Bahan-bahan ( 10 biji )


Bahan untuk Sweet Pastry:-

125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-

250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara

1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

3.Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul. 4.Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.


Saturday, April 9, 2011

Popia Sayur Udang Kering


Salam semua..... wah... mood terlebih rajin ni semalam. Pas aku goreng Kueh Tiow aku buat popia ni pulak hehehe... ni semua nak mengemokkan lagi badan yg dah sedia gemuzz ni waaakkkkk... toooloonggg...aku dah gemuzzz...adoi yai pengsannn mak nyah...nak kena gi exersice tapi tak pegi2..... nak bodek my hubby la suh beli basikal excersice tu leh le mangayuh mlm2 ek hehehe.... sooo... berbalik kita pada N3 kali ni eemmm resipi dari my bby sitter iaitu Mak Ina yg bgi le sedap gak rasanya ni kali kedua aku buat popia ni. tapi yang sos tu aku tak buat sbb dah malam dan dah penat asyik duk kat dapur je, so aku pakai sos pencicah ummi. Sos tu mmg sedap kalau kita makan ngan ape2 pun. Jadinya jom le kita layan resipi yg sempoi ni jom!

Bahannya:
  • Kulit popia secukupnya
  • Taugeh
  • Carrot
  • Udang Kering direndam dan blender kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa
  • minyak sesukupnya
Caranya:
  • panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga garing
  • masukkan sayuran dan perisakan, goreng sebentar dan ketepikan
  • ambil sekeping kulit popia
  • letakkan sayuran dan taburkan pula dgn udang kering, gulung kemas
  • panaskan minyak dan goreng popia dgn api yg sederhana hingga keemasan
  • sedia dihidangkan dengan sos kegemaran

Thursday, April 7, 2011

Sambal Sotong


Assalamualaikum olls... dah lama tak ketemu... sejak kebelakangan ni sibok sesgat le..smpi tak sempat nak update blog keje melambak2..... tapi tak pe walaupun sibuk resipi tetap ada. Kali ni nak letak N3 Sambal Sotong sempoi lagi lazat, kena lak makan ngan kuah lemak dan ikan goreng fuuhhh... meletop ko...tapi yg sedihnya aku tak leh le makan ngan nasi..sbb takut le... dah malam so aku meratah lauk je..huhuhu.... tapi mmg lawan dia la kalau sambal ngan kuah lemah + ikan goreng tak di nafikan le kalu U olls dengo pun meleleh air liur hikhikhik... eh betul tak? so oleh kerana masa pun tak mengizinkan utk terus berblog hehehe.. sorry la ye.. so apa kata kita teruskan dgn resipi sempoi aku ni jom semak....

Bahannya:
  • semangkuk sotong yg telah dibershikan dan dicelur sebentar (utk buang air sotong)
  • semangkuk cili kisar
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 1 inci belacan*
  • jus asam jawa secukupnya
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • garam, seribuk perisa & gula secukupnya
  • * bahan2 utk diblender/ditumbuk
Caranya:
  • panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg diblender & cili kisar hingga garing
  • masukkan air asam jawa dan perisa secukupnya
  • goreng hingga garing
  • setelah garing dan secukuprasa masukkan bawang yg dihiris tadi dan juga sotong
  • gaul sebentar dan padamkan api (jgn lama sgt sbb nanti sotong jdi liat)
  • sedia dihidangkan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...