Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Apam Gula Hangus Part 2

Salam....sebelum tuan putri beradu sempat lgi nak update blog sbb my anak dara tu angin tgh baik so dia tak kacau umie dia update blog tgh layan kartun tak habis2 walaupun dah kul 12 tgh mlm tak nak tido eee.. geram tul tiap2 hari cam gitu kalau mlm2 minggu x pe la kalau hari keje adoii... itu pasal la umie dia kat opis hari2 nak zzzzz....sakit jiwa dan ragakan anak...anak layan aje le...so berbalik kita pada N3 mlm ni ialah Apam Gula Hangus ini kali kedua aku buat kuih ni mmg sedap dan lembut je kali ni aku buat pakai acuan kuih lompang comel ckit dan senang masuk mulut sekali ngap je tak le membazir...kalau buat size besar bkn ape bbdk ni cubit ckit pas tu x habis membazir je oleh kerana sayang umie dia lah tukang kutip masuk mulut sendiri hihihi...tu lah mcm mana umie ngan abi nak kurus bila sayang tgk makanan anak yg tak habis umie ngan abi lah yg jdi mangsa tukang habiskan...hehehe...jom kita layan gambo jap ye..




so skrg jom kita semak resipinya pulakk....

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak (aku guna minyak jagung)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 tepung gandum
Cara-caranya
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yg telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dn kisar lgi
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan kisar sebati
  5. kukus adunan tadi dalam loyang yg telah disapu dgn minyak masak selama 45 minit
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Saturday, July 9, 2011

Apam Polkadot


Assalamualaikum olls... wah.. lame tul x berkeudara ni weiiii...tuptup keluar ngan N3 Apam Polkadot pulak hihihi....sebenonya skrg ni dah macam satu fenomena pulak apam polkadot ni semua org kat blog & fb dah mencubanya dan dgn berbagai2 warna yg menari lagi comeii..dan bercorak2 gitu sungguh kreative kan dunia masakkan ni. Dan aku baru la nak updatekan resipi apam polkadot ni ha walaupun terrrlambat tapi x pe lah kan...so kat cni pun secara ringkas je la ku mengupdate kan blog ni sbb x cukup masa la...tapi ape2 pun resip masih tetap ada.


Yang ini adalah sebahagian tempahan Apam Polkadot... wah wah...siap berjual lagi u...hihihi.. bukan ape mula asalnya aku cuma buat utk makan2 aje tapi lepas aku bagi merasa kat kawan2 di opis diorang nak tempah le pulak.So terpaksa la buat atas permintaan ramai, kalau nak ikutkan mmg le tak sempat la nak buat sbb ye la aku kan keje tapi bila difikir2 ok gak kan so buat je la tapi utk tempahan yg tidak melebih 150biji sehari ok la lebih dri tu mungkit susah ckit kot sbb x cukup masa, tapi kalau hujung minggu mungkin boleh le kot, tapi ape2 pun alhmadullilah mendapat sambutan hangat.. rezeki tuhan....jom la kita layan resipinya layanzzzz.....

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur
  • 300gm tepung gandum
  • 300gm gula castor
  • 250ml susu segar
  • 2sk ovelat
  • 1sk baking powder
  • 1sk esen vanilla
  • warna pilihan anda
Caranya
  • pukul telur, gula dan ovelat hingga kembang
  • masukkan esen vanilla dan susu segar putar lagi
  • masukkan pula tepung & baking powder yg telah diayak bersama putar hingga sebati
  • bahagikan kepada 3 bahagian (ikut suka la nak berapa warna ye)
  • dan cumpurkan dgn warna kegemeraan anda
  • masukan sedikit adunan kedlm paiping bag utk dot2
  • masukkan adunan kedalam paper cup separuh dan isikan dgn inti kegemaran
  • masukkan lgi separu hingga 3/4 penuh
  • setelah itu boleh la dot2 kan atau corakkan mengikut kreativiti masing2
  • kukus selama 10-15 minit mengikut size
(* kalau guna paper cup yg kertas tu kukus kena pakai cawan yg buat kuih lompang kalau tak nanti dia akan jdi kembang dan api pulak jgn terlalu besar nanti jdi apam mekar le pulak)

Tuesday, January 4, 2011

Apam Gula Hangus


Assalamualaikum dan selamat datang tahun 2011, mudah mudahan tahun ini akan menjadi tahun yg lebih baik dari tahun sudah...ape? Azam tahun baru?? hikhikhik....azam aku nak turunkan berat badan aku yg dah bertambah tembam ni hikhikhik...boleh ke?? hahaha... tapi kena stop masak ke ek eemmm..camner ni...hahaha...nanti difikirkan la ek camner nak buek. So masa cuti ari tu aku duk kat rumah aje membuat persiapan anak2 utk bukak selokah jadinya sambil2 tu tetiba lak pulak nak makan Apam Gula Hangus ni bukan ape ari tu gi kat rumah K.Umie rasanya kot ternampak dia buat Apam mekar so teringin da...selak punya selak buku resipi terjumpa la resipi ni...jom kita tengok...

Bahannya:
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1sk soda bikabonet
  • 1/2 cwan minyak masak (aku pakai minyak jagung)
  • 2sb majerin
Caranya
  • masakkan gula menjadi gula hangus
  • masukkan air kedalam gula hangus tadi dan sejukkan
  • masukkan dalam blander telur,minyak, majerindan blander 3minit
  • masukkan pula tepung dan soda bikabonet tadi dan gula hangus yg telah sejuk
  • blander sebentar
  • panaskan pengukus
  • masukkan adunan dalam acuan plasik
  • dan kukus hingga masak
  • sedap kalau dihidangkan bersama kelapa muda


Thursday, November 11, 2010

Apam Pelangi

Waaahhh....wahhhh....menjadi gak apam pelangi m'cik hehehe...memang sedap tau lembut aje rasanya macam kek lak. Ha resipi ni diambil dari dapur k.umie TQ kak mmg sodap la leh buat masa raya haji nanti. Tak leh tahan la...lagi ari tu aku gi jalan kat dapur Hana jepong pun ada gak, gi jalan kat dapor Che Mat Gebu pun ada gak eeemm... x leh jadi ni nak buat gak. Alhamdulillah jadi gak, cuma melekat ckit la bahagian bawah dia kat loyang, tapi apa pong mmg sodap, nanti aku nak tanya kat kak2 kita tu ye nape melekat, masih x puas ati lgi ni nak kena buat 2nd time lgi ni tunggu.... cuba tgok resipinya (aku buat 1/2 adunan aje coz pengukus kita comei je muat loyang kecik aje hehehehe)

Bahannya
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm tepung gandum
  • 150gm gula halus
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • perwarna (ikut warna kesukaan anda la ye)
Caranya
  • putarkan telur, gula dan ovelet hingga gebu
  • masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
  • masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan kacau rata
  • bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna yg disukai
  • tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...