Friday, July 29, 2011

Sayur Lemak Lada Hitam


Assalamualaikum semua.. salam hari Jumaat. Hari ni cuaca agak lembap sbb pgi2 dah hujan, sian my hubby gi keje basah dan aku lak jdi cam lembap gak ni mood tak berapa nak rajin malas je nak wat keje eemmm.. rasa cam nak zzzzzz.....hihihii.... heiiii Pn Muz wakeup la weiii hari dah siang dah ni jgn nak bermimpi lagi...tau la pasukkan Harimau Malaya dah kalah semalam tak kan lah nak sedih lak hihii...saje je kan, dan sebelum aku melalut entah kemane mane lgi ni baik kita berbalik pada N3 kita pada pagi yg berbahagia ni iaitu Sayur Lemak Lada Hitam. akcely menu ni menu ari tu yg bergandingan ngan Ikan tongkol sambal serai tu, yg ni utk anak2 yg tak makan sambal, walaupun ada lada hitam tapi tak pedas pun. Sebenarnya aku pun tak pernah gak masak sayur lemak putih letak lada hitam sampai lah aku balik kg my hubby iaitu Kelantan, m'cik dia dah masak lauk ni. Bila makan eh rasa lainlah sedap ada rasa lada hitam, so aku pun follow le resipi my m'cik yelah kita ubah seleralah ckitkan. Jom kita sekodeng resipinya...


SAYUR LEMAK LADA HITAM

  • sayur kegemaran anda (aku guna sayur sawi putih)
  • 6 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1sb lada hitam di tumbuk kasar
  • beberapa ekor udang putih ditumbuk kasar
  • semangkuk santan pekat
  • secawan air
  • 1 biji cili merah dihiris
  • garam & perisa secukup rasa
Caranya
  • satukan bahan2 tumbuk kedalam periuk
  • masukkan air dan didihkan (jika guna sawi putih masukkan skli btgnya dulu)
  • setelah mendidih masukkan santan pekat, sayur dan cili merah
  • perisakan dgn garam dan perisa secukup rasa
  • kacau perlahan dgn api yg sederhana supaya santan tak pecah
  • bila dah mula mendidih terus padamkan api
  • sedia dihidangkan
Sayur Lemak Lada Hitam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...