Friday, July 15, 2011

Ikan Bakar Portugis


Salam hari Jumaat olls... bertemu kembali kita ye..terima kasih la kepada yg sudi menjenguk blog aku yg tak seberapa ni... kali ni N3 kita ialah Ikan Bakar Portugis. Sebenarnya anak2 ngan hubby suke sgt makan menu ni bila gi JJ ke Tesco kira yg mana tempat ada menu ni mesti dia akan order so bila difikirkan apelah salahnya kalau aku cri resipi ni dan buat kat rumah kan lgi berbaloi baloi....tak gitu puan2 semua hihihihi... so utk tak menghampakan diri ni aku pun telah bertanya le kat En Google kita tu so dia pun tunjukkan le resipinya dan inilah hasil yg aku perolehi dari En Google tapi yg ni aku ada oleh ckit le resipinya mengikut citarasa aku le kan tapi apa2 pun tak lari dari basic asalnya dan rasa pun ok gak sama cam kat kedai tu hihihi..so kira ok lah kan, jom kita semak resipnya...

Bahannya:

  • beberapa ekor ikan kegemaran anda (aku buat ikan kembong aje..)
  • 1 mangkuk cili kisar
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 kuntum bunga kantan*
  • sayur kegemaran anda (aku guna sayur bendi)
  • sedikit jus asam jawa
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam & gula secukup rasa
  • aluminium foil sesukupnya
  • daun pisan secukupnya
  • kisar semua banhan2 yg bertanda *
Caranya
  • panaskan kuali tumis semua bahan2 kisar dan cili sehingga garing
  • setelah betul2 garing masukkan pula air asam jawa dan perisakan
  • gaul sebentar dan padamkan api
  • panaskan oven atau kuali pun boleh jugak (kuali leper la ye)
  • letakkan ikan didalam aluminium foil yg beralaskan daun pisang
  • curahkan sambal tersebut diatas ikan
  • tambahkan sayuran kegemaran anda
  • bungkus ikan dan bolehlah dimasak sama ada kaedah bakar dlm oven atau menggunakan kuali
  • masak lebih kurang 15-30 minit bergantung kepada ikan
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...