Saturday, July 16, 2011

Muffin Pisang + Oat


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...wah pgi2 i dah updatekan blog hihihi... bkn ape cuma mengisi masa yg terluang ni. So pagi ni nak bercerita tentang resipi kita iaitu Muffin Pisang + Oat yg ni projek aku malam tadi. Biasa la bila angin rajin dah mai semua resipi aku nak cuba buat, ni dalam kepala otak aku ni dah berderet resipi yg aku nak posmortemkan hihihi.... cam doktor le pulak kan hihi...tapi tak tau le bila nak buatnya tunggu saat dan tikanya aje, bkn ape sbb anak dara aku tu sibok lah nak menolong buat kalau ok x pe tapi bersepah satu rumah baik2 nak buat cepat jdi lambat tulah yg selalu delay tu...tapi aku rasa raya tahun ni aku nak buat jugaklah biskut raya sendiri asyik main tunjuk2 ajekan apelah salahnya aku buat pulak bangga rasanya bila dapat sajikan pada tetamu hasil air tangan kita kan tapi bukan le utk menunjuk2 atau bermengah2...tak baik tau...cuma aku nak belajar buat kuih pulak sbb aku ni bab2 kuih ni ada kureng ckit. Sekarang ni aku tengah mengumpul resipi biskut2 raya utk dibuat tapi tak tau lagi la buat ke edak takut nanti bahan2 dah beli buatnya tidak yelah hari minggu je x de rumah hihihi...

Resipi aku ni aku ambik kat tryMASAK best jugak kat citu macam2 jenis masakkan ada siap ada video lagi, begituh canggih dunia skrang ni kan so x de alasan lah ye utk kaum2 hawa tu yg mana x tahu masak tu boleh la belajar kat internet aje sekarang ni...pada yg memang terang hati tu tgk je dah boleh masak dah yg mana lambat ckit tu tak pe take your time bby...hihihi..yg penting usaha tangga kejayaan...cewahhh... pjg lebar lak bersyarah.....(dulu cita2 nak jdi pensyarah...skrg jdi pensyarah gak tapi utk anak2 & En Soami aje hihihi...)
Jom kita layan repisi kat bawah ni.....

Muffin Pisang + Oat
Sumber : tryMASAK

Bahannya

3 biji pisang size sederhana                                                  
1 1/2 cwn tepung gandum        
1 cwn Bijirin Oat
1cwn gula perang
2 biji Telur
1/2 cwn minyak (aku guna minyak jangung)
1sk esen vanilla
1sb serbuk penaik
sedikit garam

Caranya:                                                                              
  • Lenyek pisang hingga hancur
  • Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat kedlm mangkuk adunan, kacau rata
  • Dalam mangkuk lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanilla dan garam. Adun dgn kelajuan sederhana. (tak perlu diadun lama dan telur tak perlu terlalu kembang)
  • Masukkan pisang lenyek kedlm adunan kering dan curahkan adunan bahan basah. Adun sebati
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200cc lebih kurang 10 minit.
  • sudukan adunan kedalam acuan dan bakar selama  lebih kurang 20 minit
  • sedia dihidangkan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...