Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Popia Sayur Udang Kering


Salam semua..... wah... mood terlebih rajin ni semalam. Pas aku goreng Kueh Tiow aku buat popia ni pulak hehehe... ni semua nak mengemokkan lagi badan yg dah sedia gemuzz ni waaakkkkk... toooloonggg...aku dah gemuzzz...adoi yai pengsannn mak nyah...nak kena gi exersice tapi tak pegi2..... nak bodek my hubby la suh beli basikal excersice tu leh le mangayuh mlm2 ek hehehe.... sooo... berbalik kita pada N3 kali ni eemmm resipi dari my bby sitter iaitu Mak Ina yg bgi le sedap gak rasanya ni kali kedua aku buat popia ni. tapi yang sos tu aku tak buat sbb dah malam dan dah penat asyik duk kat dapur je, so aku pakai sos pencicah ummi. Sos tu mmg sedap kalau kita makan ngan ape2 pun. Jadinya jom le kita layan resipi yg sempoi ni jom!

Bahannya:
  • Kulit popia secukupnya
  • Taugeh
  • Carrot
  • Udang Kering direndam dan blender kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa
  • minyak sesukupnya
Caranya:
  • panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga garing
  • masukkan sayuran dan perisakan, goreng sebentar dan ketepikan
  • ambil sekeping kulit popia
  • letakkan sayuran dan taburkan pula dgn udang kering, gulung kemas
  • panaskan minyak dan goreng popia dgn api yg sederhana hingga keemasan
  • sedia dihidangkan dengan sos kegemaran

Wednesday, March 9, 2011

Double Choco Doughnut


Assalamualaikum olls....bertemu kembali....semalam mood aku dah terajin ckit, so balik dari keje udah terbuat kuih ni, aku dah nampak resipi di kat myresipi, mulanya aku nampak kat FB dari status 1001 resipi yg tayangkan resipi ni so ape lagi nampak cam menarik dan tertarik disebabkan resipinya yg mudah, biase le aku ni kalau nak masak...semuaya nak yg mudah dan cepat aje...hikhikhik (nampak no malasnyer ye..hehehe...) bukan ape aku kena masak cepat2 sebelum my little sweetie aku tu buat perangai jap lagi kuih kemana ape kemana itu pun semlm dia dah mengacau habis bertepung satu rumah eee...geram betul la.... tapi ape2 pun terima kasih la kat tuan yg empunyer resipi ni sungguh sedap dan lembut je...anak2 ku pun ckp tu gak. yg nak tergelaknya tu my 1st son nampak le aku tgh mengoreng kuih ni, biase la kalau dah letak koko mmg le kalau digoreng colour dia jdi coklat cam hangus le...so dia terperanjat "eh umie nape warna dia jdi cam ni?" so aku jwb "mmg le...dah name pun cekelat colour dia jdi gitu le..bukannya hangusss..." sekali tu dia pun cube le makan "wow! sedap la umie " hahaha...tu le lain kali jgn tgk rupenya...rasa dulu....hahaha...so.. jom le kita kongi resipi bersame layan le.....



Bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 4 sudu besar susu segar
  • 80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 30g serbuk koko
  • 50g coklat masakan (white chocolate or milk chocolate)
  • minyak secukupnya
  • kelapa kering secukupnya
Cara-cara
  • Ayak tepung dan serbuk koko
  • Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. kacau hingga sebati
  • Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, seduk adunan tadi dgn sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. ( kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang buat jemput2 lah)
  • Goreng sehingga masak
  • Cairkan coklat masak dgn kaedah double boiler. Bila coklat dah cair padamkan api, masukkan donut yg telah siap digoreng tadi. Gaul hingga rata. Kemudian cover pilak dgn kelapa kering
  • Siap utk dihidang...
  • Milo version pun boleh jugak. Gantikan kelapa dgn milo

Monday, February 28, 2011

Kacang Kuda Bercili


Assalamualaikum......selamat bertemu kembali dgn resipi baru...kali ni kite letak N3 Kacang Kuda Bercili. Kacang ni mengingatkan aku zaman persekolahan dulu sbb masa aku sekolah rendah dulu aku jual kacang ni kat sekolah 1 bungkus 10sen, murah je masa tu ye la masa tu tahun 80an mmg le makanan semuanya murah2, aku pun mase tu bwk duit sekolah cuma 20sen je pas tu masa darjah 5 bapak aku naikkan 10sen jadi 30sen hikhikhik...tapi skrg ni...amboiiii...bgi RM2 hinggit x cukup nak RM3 hinggit itu my 2nd son le, kuat main duit betul tau pandai je dia membeli belah belum gi sekolah lgi dah membeli, sampai sekolah beli lagi itu belum rehat lagi, bila time rehat kul 3ptg duit dah habis, pas tu balik rumah ptg mengadu lapo2... bila tanya tak makan ke rehat tadi, dia ckp x sbb duit dah habis ishkishkishk....anak...anak..itu le dia kan macam2 ragam anak2 skrg ni kan. Tapi ape2 pun anak kita jugak terima je la... Jadi berbalik kita pada resipi ringkas aku ni sebenarnya ini makanan kudapan aku mase tgk TV... tetiba teringin lak nak makan kacang kuda ni dah lame beno tak makan kacang kuda ni hehehe...so skrg jom le kita semak resipi yg senang lgi cepat....

Bahannya:
  • semanggkuk kacang kuda yg telah direbus
  • 2 ulas bawang putih di cintang halus (nak tumbuk pun boleh)
  • 3 sudu cili kisar
  • garm dan gula secukupnya
  • setangkai daun kari (aku x letak sbb tak ade)
  • sediki minyak utk menumis
Caranya:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing
  • masukkan garam dan gula gaul rata
  • masukkan pula kacang kuda dan gaul hingga rata
  • setelah kering padamkan api
  • sedia dihidangkan

Tuesday, February 8, 2011

Cekodok Pisang


Salam....kali ni nak masukkan N3 cekodok pisang menu petang ari minggu ari tu, my hubby tu teringin nak makan cekodok pisang so buat la....ptg2 tak ada ape nak kunyah2 kira sarapan petang le ni. Resipi ni mmg senang sangat nak buat tak susah pun modal pun tak banyak, rasa2 nya semua orang pun tahu buat cekodok pisang ni tapi aku tetap nak letak resipi ni hikhikhik... bukan ape utk dijadikan sumber idea kepada sesiapa yg ketandusan idea ape la nak masak utk kudap kudapan sambil tengok TV kan so bila tengok je cekodok pisang ni mungkin ada yg terliur ke, yg tetiba haah la... dah lama tak makan cekodok pisang ek.. ha ini la tujuannya masuk kan resipi ni... jom le kita layanzzz....

Bahannya:
  • 10 biji pisang masak ranum
  • 2 cwn tepung
  • 1/2 cwn gula
  • 1/2 sk soda bikabonat
  • minyak utk mengoreng
caranya:
  • panaskan minyak
  • lenyekkan pisang bersama gula hingga sedikit hancur
  • masukkan tepung gandum gaul hingga sebati
  • setelah minyak panas jemputkan pisang tadi kedalam kuali goreng hingga masak dan angkat
  • sedia dihidangkan bersama kopi panas


Sunday, January 30, 2011

Puding Kastad Berkuah

Assalamualaikum......hari ni satu hari hujan dari pagi sampai le malam, nasib baik semalam dh beli brg2 untuk dimasak ari ni jadi tak susah2 meredah hujan mencari bahan2 masakkan utk hidangan santapan utk my lovely family cceeewwaaah... bkn main bahasa hikhikhik....aku buat ni utk hidangan minum ptg, ye la ujan2 ni perut mmg selalunya lapo je... my 1st son tu berkali kali makan puding ni, rupanya dia suka, tapi my 2nd son tak nak langsung sbb kuah dia tu susu so dia mmg kurang berminat ckit. mmg dari kecik dia tak suka minum susu....bahan2nya tak le susah sgt so simple je masak dia jom le kita semak resipi simple aku ni.

Bahannya Kastad :
  • 1 cwn tepung kastad
  • 3 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn susu pekat
Caranya :
  • Satukan semua bahan2
  • kacau rata diatas api yg perlahan
  • masak hingga bahan2 menjadi likat dan berkilat (kena sentiasa kacau kalau tak nanti berketul2)
  • padamkan api dan sudukan didalam acuan atau loyang
  • sejukkan
Bahan Kuah :
  • 1 tin susu cair
  • 1tin air
  • 1/2 cwn gula
  • 1 tin cocktail (buah campuran)
Caranya:
  • satukan bahan2 kecuali buah campuran
  • masak sehingga gula larut (dgn api yg perlahan)
  • padamkan api dan sejukkan
* Setelah kedua2nya sejuk masukkan puding kedalam mangkuk dan jiruskan bersama kuahnya, hiasi dangan buah cocktail, sedap dimakan ketika sejuk.

Monday, December 6, 2010

Jemput-Jemput Kentang vs Ikan Bilis

Assalmualaikum.....wah malam ni nak tayang makanan tradisi kita Jemput Jemput Kentang vs Ikan Bilis. Sebenarnya masa balik kerje tadi lapar lak perut aku ni. Hari ni my hubby tak kerje sambung cuti la katakan sbb esokkan Awal Muharam dapat la rehat ckit tapi aku kena kerje da... sbb bos aku bercuti so aku tak leh la ambik cuti nanti tak ada org lak opis nanti  ha  sape nak jawab hehehehe.....
So berbalik dgn citer kita tadi, masa OTW (on the way) balik ke rumah tadi  my hubby and my 2nd son lapar... so aku pikir2 la apekah menu yg hendak dimasak utk mlm ni jdinya pikir punyar pikir keputusannya adalah Jemput-jemput ni la...hahaha....memandangkan hari hujan ptg ni so ada baiknya aku buat jemput2 pekena lak dgn air kopi panas ni waduh, waduuuhh.... sekilo tepung pun boleh habis tau hikhikhik....dah lama x makan jemput2 ni rindu rasanya eeemm yummy... Jom tgk resipinya

Bahannya
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji bwg besar dihiris nipis
  • Kentang dipotong dadu (aku pakai sagat je)
  • 100gm ikan bilis dibersihkan dan rendam
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu soda bicabonate
  • Garam secukup rasa
  • 500 liter air (agak2 je ye)
  • minyak utk mengoreng
Caranya
  • panaskan minyak
  • Kisar ikan bilis sedikit lumat
  • Satukan semua bahan2 bancuhkan dgn air tadi sehingga adunan sebati dan jgan terlalu cair
  • sudu adunan tadi kedalam minyak dan goreng sehingga warna kekuningan
  • angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran

Monday, October 18, 2010

Kuih Sagu Delima Merah


Hehehe.....hari ni banyak lak resipi ye yang nak aku kongsikan, biasalah hari minggu... projek memasak la...terasa lak nak masak kuih sagu ni. Resipi cam biasa la ye diambil dari buku Chef Hanieliza kita la...TQ kak, mmg menjadi resipi ni anak2ku suka makan kuih ni sebab tu aku buat. Aku pernah buat kuih ni dulu tapi tak menjadi lembek gila...u sian anak2 tak leh nak makan. Kali ni alhamdullilah menjadi kuih ku, nasib baik ada buku resipi 1 Hari 1 Resipi jadi panduan....

Moh kita kongsikan resipi bersama

Bahan A
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sudu teh perwarna merah
1 helai daun pandan (simpulkan)

Bahan B
1/2 biji kelapa muda
dan sedikit garam digaul rata

Caranya
  1. Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan toskan
  2. Masakkan air,gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan
  3. Masukkan sagu serta perwarna merah. Kacau sehingga sagu kembang
  4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan kedalam loyang dan sejukkan
  5. Apabila sejuk potong dan gaulkan dengan kelapa muda yg telah digaulkan dgn sedikit garam
  6. Sedia dihidangkan

Tuesday, October 12, 2010

Ubi Goreng @ Sambal Kicap

Salam semua, masih lagi masak berasaskan ubi kayu, tapi hari ni aku buat Ubi Goreng cicah dengan Sambal Kicap haa...baru ngam dan laju la cikit makan, biasa la orang Johor kena makan dengan sambal kicap tak gitu Cik Mat Gebu kita...hehehe...tersedak lak En Abang tu nanti sorry...... Sebenarnya aku nak perabihkan balance ubi kayu ari tu ye la sayang lak kan kalu tak nanti bila my hubby tu mengemas habis la dia bagi makan kat Mr Tong Sampah lak eeemm biasa la kan nakkan rumah nampak bersih habis semunya dia buang eee... tak senonoh tau. Aku goreng ubi kayu ni ikut style arwah mak, jom tengok resipinya ....

Bahannya:

  • Ubi kayu dikupas dan dipotong memanjang
  • 2 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • 2 sb jintan halus ditumbuk (tak yah halus sgt)
  • 1sb serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak untuk mengoreng
Caranya:
  • Panaskan minyak
  • Gaulkan ubi kayu dengan semua bahan2
  • Setelah minyak panas gorengkan ubi tadi sehingga empuk dan keperangan, tapi api jgn besar sangat nanti ubi tak masak

Friday, September 3, 2010

Bubur Jagung (versi Muza)


Yummy,yummyyy.....teringin nak makan Bubur Jagung tekak aku ni eemm.. maklum le tekak orang pose ni mcm2 nak makan mengalahkan orang mengidam lak hehehe...dan akhirnya dapat gak aku makan. tapi cam biasa la bukannya nak makan banyak2 aku cuma makan separuh mangkuk kecik je, nasib baik my 1st son tu suka makan bubur jagung dia la belasah...tapi kalau di letak dalam peti ais lgi sodap dimakan sejuk2 eemmmm...sluppp...hehehe..tak baik la aku ni pose2 ckp cam ni kan ada pulok yg terliur sorry....

Bahan2nya:

6 btg jagung dihiris dari btgnya
1 cwn santan pekat
1 cwn susu cair
1 cwn sagu biji direbus dahulu sehingga biji2 menjadi jernih
500 liter air
2 cwn gula pasir (ikut suka la ye jika nak manis tmbh lgi)
2 helai daun pandan disimpul

Cara2nya:

- Rebus jagung yg telah dihiris tadi bersama air, gula dan daun pandan masak sehingga
   jagung empuk
- Setelah empuk masukkan susu cair, santan pekat dan sagu (api kena perlahan ye)
- Kacau sehingga mendidih sekali dan terus padamkan api dan dah siap!



Thursday, August 26, 2010

Tiramisu


Ha......inilah dia tiramisu versi saya, kita ambik resepi dari rumah kak Ummi, memang sodap N senang disediakan TQ kak Ummi mmg tidak mendukacitakan hasilnya nanti raya boleh la aku buat ye, so sesiapa yg nak makan Tiramisu jemput la dtg kerumah raya nanti hehehe....(cam tak sabo je nak raya)



Bahan:-


• 1 gulung kek swiss roll kopi

• 250 gm keju cream [philidephia]

• 150 ml yogurt asli

• 1/2 cawan gula

• 1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek)

• serbuk nescafe

Larutan Agar-agar:-

• 1/4 cawan air

• 1 sudu kecil serbuk agar-agar



Cara

1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.

2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.

3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.

4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.

5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.

6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.

7. Tuangkan adunan keju dan rata.

8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.

9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

 

Monday, August 23, 2010

Creamy Banana Split


Hai.....semalam gi jln2 kat dapur ilham terliur lak kita tengok Creamy Banana Split dia, tu yang buat tu tapi kita punya tak letak sos strawberry la..tak sempat nak buat jadinya kita cuma letak syrup choclate aje le....tu yg tangan si kecik tu sebenarnya tak sabo2 nak makan sampaikan umie dia nak snap gambo pun dia nak interframe tak boleh tahan.....hari ni nak buat lgi la tak puas makan yumyummm... TQ Dapur Ilham.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...