Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Ikan Tongkol Sambal Serai


Assalamualaikum para ibu2 bapak2 semua....kali ni masak sambal pulak edisi kuih raya stop buat seketika sementara memilih resipi2 biskut mana yg berkenan dihati utk dibuat kuih raya nanti ceewaahh cam ye2 no nak buat ye hihihi.. entah2 hangat2 tahi ayam punai aje hihihi...yelah nanti bilah dah start puasa boleh le kita memulakan operasi biskut raya pulak ari tu baru cuba2 aje. Dan in menu mlm semalam, tak tau nak masak ape pusing2 tgk ikan tapi idea nak masak ape tak gak muncul2 dlm kepala otak ni puas termenung kat kota ikan hihi.. nasib baik tak kena tegur ngan tauke kedai sbb duk termenung tgk ikan dia belinya edak hihii...dan setelah hampir 3-4 minit termenung, aah...beli aje le ikan tongkol sampai rumah baru pikir masak ape. Dan setelah memulas kotak pikiran ku ini akhirnya terjadilah resipi yg sempoi ni....hahaha..tulah x masak hari2 pun masih lgi tak tau nak masak ape ek. Bukannya ape kekadang ape yg terlintas kat otak aku ni anak2 tak suke nak makan, kekadang bapaknya pulak tak suka so aku kenalah fikirkan menu yg diorang semua suka tu yg payah ckit tu nak jaga semua tekakkan.


Masak sambal ni mmg pebret my 1st son, tak kiralah ayam ke, ikan ke, udang ke janji sambal tapi dia makan sambalnya aje ikan tak makan tapi kalau ayam atau sotong dia makanlah kalau ikan.. alahai tergolek golek ikan tu ketepi dia kaut sambalnya aje. Dan semalam aku masak nasi sepiok habis...eemmm.. takkan hari2 nak masak sambal maunya kena buasir lak nanti hihihi...tapi yg adik2nya aku masak menu lain ha... N3 yg tu akan menyusul ye sekarang ni kita layan sambal ikan dulu jom kita semak resipinya jommm...

IKAN TONGKOL SAMBAL SERAI

Bahannya

- 1 ekor ikan tongkol dibersihkan dan goreng ketepikan
- semangkuk cili kisar 
- 1 biji bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- sedikit belacan*
- 2 btg serai dihiris*                         
- 2 btg serai diketuk
- 1 biji bawang besar di potong wedges
- 1 sb kicap manis
- sedikit jus asam jawa
- sedikit minyak utk menumis
- garam & gula secukupnya
 (kisar semua bahan2 yg bertanda *)

Caranya:
  • Panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar, cili kisar dan serai yg diketuk goreng hingga garing
  • masukkan jus asam jawa, garam, gula dan kicap tggu sebentar
  • akhirsekali masukkakn ikan goreng tadi dan bawang goreng sebentar
  • padamkan api dan hidangkan

Friday, July 15, 2011

Ikan Bakar Portugis


Salam hari Jumaat olls... bertemu kembali kita ye..terima kasih la kepada yg sudi menjenguk blog aku yg tak seberapa ni... kali ni N3 kita ialah Ikan Bakar Portugis. Sebenarnya anak2 ngan hubby suke sgt makan menu ni bila gi JJ ke Tesco kira yg mana tempat ada menu ni mesti dia akan order so bila difikirkan apelah salahnya kalau aku cri resipi ni dan buat kat rumah kan lgi berbaloi baloi....tak gitu puan2 semua hihihihi... so utk tak menghampakan diri ni aku pun telah bertanya le kat En Google kita tu so dia pun tunjukkan le resipinya dan inilah hasil yg aku perolehi dari En Google tapi yg ni aku ada oleh ckit le resipinya mengikut citarasa aku le kan tapi apa2 pun tak lari dari basic asalnya dan rasa pun ok gak sama cam kat kedai tu hihihi..so kira ok lah kan, jom kita semak resipnya...

Bahannya:

  • beberapa ekor ikan kegemaran anda (aku buat ikan kembong aje..)
  • 1 mangkuk cili kisar
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 kuntum bunga kantan*
  • sayur kegemaran anda (aku guna sayur bendi)
  • sedikit jus asam jawa
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam & gula secukup rasa
  • aluminium foil sesukupnya
  • daun pisan secukupnya
  • kisar semua banhan2 yg bertanda *
Caranya
  • panaskan kuali tumis semua bahan2 kisar dan cili sehingga garing
  • setelah betul2 garing masukkan pula air asam jawa dan perisakan
  • gaul sebentar dan padamkan api
  • panaskan oven atau kuali pun boleh jugak (kuali leper la ye)
  • letakkan ikan didalam aluminium foil yg beralaskan daun pisang
  • curahkan sambal tersebut diatas ikan
  • tambahkan sayuran kegemaran anda
  • bungkus ikan dan bolehlah dimasak sama ada kaedah bakar dlm oven atau menggunakan kuali
  • masak lebih kurang 15-30 minit bergantung kepada ikan
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih


Tuesday, March 29, 2011

Kari Ikan Masin


Assalamualaikum olls..... lame tul tak bersiaran ek.. sibok la skrg ni, lagi pun ari tu aku ada repair dapur ckit bukan ape my sinki tu ha roboh....hahaha... jgn gelak ye.. ganas tul aku ek sampai roboh sinki dibuatnya nampak sgt kuat memasak hikhikhik...(ye ke??? hahah..) so minggu ni la baru nak masuk dapur... baru la boleh start memasak balik... itu pun kalau mood rajin, entah le skrg ni cam malas je nak memasak nape entah, sbb agaknya dah lame tak memasak so dah sedap le nak relax je...tapi kalau ari2 beli lauk kat luar pun cam dah jemu gak, tak tau nak makan ape.... so berbalik la kita pada menu kita pada hari ni ha...kecur air liur bila tgk kari ikan masin ni kan, bukan ape pada 18/3/11 ari tu aku gi team building kat Pulau Pangkor so ape lagi sambil menyelam minum air le....menyopping ikan masin la...fuuuhh.. mmg rambang mata tgk ikan masin la...sotong kering la... ikan bilis la....fuuuhhh...mmg semua nak beli cantik2 ikan bilis sana bersih je..aku ada le beli 2 bgks utk aku 1 dan utk bonda mertua 1 dan ada le beberapa pkt ikan masin dan...salah satunya ini la dia ikan masin kurau.... ape lagi yg sodap dimasak ialah kari....fuuuh mmmg wallaaaa...yumyummm.. jom kita semak resip ringkas aku ni ha...layanzzz....

Bahan2nya:
  • Ikan masin secukupnya direndam beberapa jam (supaya tak le masin sgt nanti)
  • 6 ulas bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sb serbuk kari ikan
  • santan 1 pkt
  • 3 biji terung bulat dibelah 4
  • jus asam jawa secukupnya
  • sedikit air
  • minyak utk menumis
  • garam & gula secukup rasa
  • * bahan2 utk di blender
Cara2nya
  • panaskan minyak dan tumis semua bahan2 yg telah blender dan serbuk kari hingga garing
  • masukkan ikan masin, terung bulat, jus asam jawa dan air biarkan hingga mendidih
  • setelah mendidih dah terung empuk masukkan pula santan
  • perisakan pula dgn garam dan gula secukupnya
  • gaul seketika dan padamkan api
  • sedia dihidangkan


Wednesday, March 2, 2011

Gulai Ikan Tongkol vs Telur


Salam...semua, sibuk la cikit minggu ni bukan ape balik kg ari minggu baru ni anak buah kawin. Aduh... mmg kepenatan betul la dan ditambah lagi dgn kaki ku yg sakit ni aduh hai terhencot2 jalan sampai skrg pun tak baik lagi. Dan berbalik kita pada N3 aku kali ni ialah Gulai Ikan Tongkol vs Telur. Rasanya ala2 lauk nasi dagang, tapi aku buat tak le pekat sangat kuahnya dan yg ni versi aku le....segan pulak kalau orang kelantan tengok resipi aku ni entah betul ke tidak, tapi yg penting rasanya mau sedap hehehe....bukan utk memuji tapi kenyataan cewaahhh...berlagak...hehehe...itu bagi tekak anak2 aku le..sbb, bila aku masak lauk ni bukan main berselera lagi  dia org makan, yg 1st son tu pas magrib makan nasi pas tu balik mengaji kul 9 makan lagi sedap katanya dan yg 2nd son pulak memula x nak makan sbb dia tgk kuahnya cam pedas, pas tu bila dah dipujuk2 suruh makan haaa... ambik kau bertambah-tambah makan, sampaikan esoknya pun nak bawak bekal nasi gi sekolah fuhhh...DASHYAT!!! hahaha....hai entah la selera masing2 kan so ape lagi jom le kita semak resipinya layanzzz.....

Bahannya:
  • 1 ekor ikan tongkol dibersihkan dan rebus bersama asam keping dan garam selama 10 minit
  • 5 biji telur rebus dikelar kelar
  • 7 ulas bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 inci lengkuas*
  • 2 sb jintan halus*
  • 2 sb jintan kasar*
  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb serbuk kari daging
  • asam keping
  • santan pekat (aku letak 1 pekat santan segar tu)
  • air secukupnya
  • 2 biji cili hijau dipotong 2
  • 7 biji cili padi (ikut suke la ye)
  • minyak utk menumis
  • garam dan perisa secukupnya
  • * bahan utk diblander
Caranya
  • panskan minyak dan tumis semua bahan2 blander hingga naik bau
  • masukkan rempah kari dan goreng hingga garing
  • masukkan ikan, telur dan sedikit air
  • tggu hingga mendidih masukkan pula santan biarkan hingga mendidih (dgn api kecil)
  • masukkan asam keping, cili hijau dan cili padi
  • perisakan pula dgn garam dan perisa
  • tggu hingga kuah sedikit pekat dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Tuesday, January 11, 2011

Kari Ikan To'Ma


Salam dan selamat pagi...Kari Ikan To'Ma??? eh sape To'Ma tu haaa...ibu mertuaku la...kalau nak tau ibu mertua aku punya kari fuuhh mmg terbaik dooo...hahaha pada kami sekeluarga la kan. Kari dia tak menggunakan santan yg banyak dan sedikit masam katanya ala2 kari mamak, pas tu tak le pekat sangat sedikit cair itu yg berselera tu ada rasa masm2 jadi tak le rasa cam berlemak sangatkan. Dulu masa aku baru mula2 kawin, aku pun masak le kari, pas tu my hubby complaint " eh nape awaknya kari tak same cam mak saya masak?" laa...mmg le x same kan itu le penangan air tangan ibu mana nak boleh lawannn. adoi yaiiii, lgi pun kan kita baru je kawin tak sempat lagi nak tanya mak mertua resipi masak kari dia rasa pun lum lagi cam ne nak tau?? adoii yaiii my hubby tu hikhikhik..so skrg ni dah tau le resipi my ibu mertuaku, sikit2 dia turunkan resipinya kat aku ni almaklum le nak jdi menatu terbaikkk hahaha (menatu ke hantu??hikhikhik) perasaan tul lee...tak kuasa i hikhikhik.. jom le le layan resipi ibu mertuaku layannnn...

Bahannya
  • 4 ekor ikan dibersihkan
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sb rempah kari babas
  • jus asam jawa
  • sedikit air
  • 1 cwn santan pekat
  • daun kari (aku tak letak sbb x de stock hikhikhik)
  • sedikit minyak utk menumis
  • beberapa btg bendi
  • garam dan bahan perisa secukup rasa
(*bahan2 tumbuk)


Caranya
  • panaskan minak dan tumis bahan2 tumbuk, goreng hingga garing
  • masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air goreng hingga garing
  • masukkan ikan, air asam jawa dan air (air tu agak2 je ye jgn bnyk sgt nanti cair)
  • tggu mendidih
  • setelah mendidih masukkan pula sayur bendi dan santan
  • perisakan pula dgn garam dan perisa
  • tggu hingga mendidih (api jgn besar sgt) dan padamkan api
  • sedia dihidangkan bersama nasi panas

Thursday, January 6, 2011

Cencaru Sumbat


Salam....semua, pagi yg basah dan sejuk...pagi2 lagi hujan dah turun rasanya membawa ke petang kot cuaca pun mendung je tiada tanda2 mentari akan muncul, tapi...itu semua kuasa Allah swt kita cuma meramalkannya aje...apa2 pu aku nak tunjuk menu ari tu nyer iaitu Cencaru Sumbat. Kalau aku masak cencaru sumbat ni memang kena beli ikan bnyk ckit sbb semuanya suka meratah kalau my hubby tu 3 ekor pun dia boleh habiskan, tapi ari tu aku buat terpedas cikit bukan ape cili tu yg pedas aku beli kat Giant kat plastik tu tunjuk kurang pedas tapi bila dah masak fuuhh...berasap telinga hahaha...pedassss.....my hubby pun ape lgi mengomel le...tapi habis gak sampai tak cukup my 1st son sampai 2 kali makan dalam masa 1/2 jam ishkishkishk....penangan cencaru sumbat ni, resipinya simple aje jom kita tgok



Bahannya:
  • 5 ekor ikan cencaru bersihkan dan belah belakang
  • 1 cwn cili kisar
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 inci belacan*
  • 2 btg serai*
  • garam & gula secukup rasa
*bahan utk dikisar

Caranya
  • panaskan minyak
  • satukan semua bahan2 kisar
  • sumbatkan bahan2 tadi dibelakang ikan cencaru dan goreng
  • goreng hingga ikan masak
  • dan sedia dihidangkan bersama nasi panas


Thursday, December 30, 2010

Ikan Masak Pedas Ala Nara


Morning....olls...ini menu malam semalam, sambil2 tgok bola sambil masak hikhikhik..boleh gituww...ye la orang lain mengadap depan TV kita lak sibuk kat dapur, mana boleh jadi nak gak tengok bola... nasib baik rumah aku leh tengok TV dari dapur kalau tak, tak berasap la dapur aku malam tadi gara2 nak tengok bola, nasib baik Malaysia jadi juara walaupun Indon menang 2-1, tapi Malaysia tetap Juara...Malaysia Boleh!!!! Eh terlebih sudah.... semangat betul aku ni hahaha....saje jee....

So berbalik pada menu masakkan kita tadi, sebenarnya ikan ni namanya Ikan Masak Pedas Ala Nara kan, tapi kalau ditengok pada rupa parasnya, macam tak pedas je kan sbb colour hitam mcm masak kicap, tapi sebenarnya ikan ni pedas sebab banyak menggunakan cili yg dihiris halus dan nama Ala Nara tu sebenarnya nama sebuah Restoran iaitu Nara (kedai Ala Thai) yg ada menua ikan ni. Masa mula2 aku order ikan masak pedas ni dulu, aku pun terkejut gak kata ikan masak pedas tapi nape colour dia hitam mcm masak kicap je tapi bila dah rasa baru tau pedas ke tak tapi mmg sedap la...lain dari yg lain jom kita tengok resipinya.

Bahannya:
  • 3 ekor ikan kegemaran (yg sedap ikan bawal, siakap atau kembung tapi aku guna ikan kerisi aje)
  • 2 btg serai dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dhiris halus
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris dadu
  • 5 biji cili merah dihiris halus (kalau tak nak pedas sgt leh buang bijinya)
  • 6 biji cili padi dihiris halus
  • 1/2 cwn sos tiram
  • 2sb kicap pekat
  • 2sb sos cili
  • 1sb sos ikan
  • sedikit air
  • sedikit gula (tak yah letak garam sbb sos tiram dah masin)
  • minyak utk menumis


Caranya:
  • Bersihkan ikan dan goreng ketepikan
  • tumis semua bahan2 yg telah dihiris tdi sehingga naik bau
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, gula dan sedikit air biarkan mendidih
  • setelah mendidih padamkan api
  • curahkan kuah tadi keatas ikan yg telah digoreng tadi
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih

Thursday, December 23, 2010

Siakap Masam Manis lagii....


Ya.....masakkan kegemaran MyLovelyFamily iaitu Siakap Masam Manis. Fuhh...berebut2 makan siapa lambat alamatnya makan tulang je la...huhuhu...My Family kalau gi makan kat kedai ala2 Thailand mmg tak ketinggalan order ikan siakap ni anak2 mmg suka makan kalau tanya nak order ape eeemm... mmg dia ckap nak makan ikan, so...kalau agak2 pitih tak dok tu so jgn berangan le nak bwk diorang gi makan kat kedai ala2 Thailand sat lgi ada yg kena basuh pinggan kat belakang huahuahuahua... nasib baik aku pandai reti masak ikan masam manis ni hikhikhik...jadinya kalau masak sendiri tu puas le sikit makan, kalau kat kedai seekor tak lari dri RM30 so kalau aku masak kat rumah RM30 tu leh beli 2 ekor ikan siakap kan dah jimat.....jadi apa lagi moh le kita tengok resipinya jemput......

Bahannya:
  • 1ekor ikan siakap digoreng dan ketepikan
  • 1sk cili kisar
  • 4sb sos cili
  • 4sb sos tomato
  • 2sb sos ikan
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 biji bwang besar di potong wedges
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 biji tomato dipotong wedges
  • 1 biji timun dipotong dadu
  • sedikit nenas (aku tak letak sbb x de)
  • sedikit air
  • sedikit tepung jagung (utk pekatkan kuah)
  • garam dan perisa secukup rasa
  • gula secukupnya
Caranya
  • tumiskan bwg putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan gaul sebentar
  • masukkan pula air, gula dan sedikit garam tggu mendidih
  • masukkan pula sedikit bancuhan tepung jagung tunggu mendidih
  • akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, tomato, timun dan nenas biar seketika
  • padamkan api dan jiruskan keatas ikan yg telah digoreng tadi
  • sedia dihidangkan

Wednesday, November 24, 2010

Asam Rebus Ikan Kerisi

Salam....kali ni menu sihat ckit hikhikhik...kita masak Asam Rebus Ikan Kerisi. Sesekali masak rebus2 ni sedap gak memandangkan cuaca ada sedikit panaskan. Dah lama aku mengidam nak makan asam rebus ni  baru la dapat makan dengan sepuas2nya. Sebenarnya ini menu hari Isnin ari tu, oleh kerana sibok cikit dgn anak2 ku yg demam, baru malam ni aku sempat nak update blog ni. Masa zaman aku sekolah dulu arwah mak pun suka masak cam ni tpi mak campur ngan nenas eeemm mmg sedap bila balik sekolah panas2 tu makan lak asam rebus ni pekena lak ngan air siram fuuhh...mmg terangkat wa ckp lu....hehehe.... jom le kita tengok resipinya tapi ini vesi  i la ye....jemput la...

Bahannya
  • 3 ekor ikan kerisi dibersihkan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 5 biji cili padi*
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter air (agak2 la ye)
  • garam dan perisa secukup rasa
Caranya:
  • Tumbuk semua bahan yg bertanda *
  • campurkan semua bahan2 yg di tumbuk tadi bersama air
  • masukkan asam keping dan ikan masak hingga mendidih
  • perisakan dengan garam dan bahan perisa secukup rasa
  • tutup api dan sedia dihidangkan

Thursday, September 2, 2010

Siakap Masam Manis


Assalamualaikum......kali ni kita layan menu ikan Siakap Masam Manis lak, ini resipi hari semalam tetiba lak terasa nak makan ikan siakap masam manis, ape lgi pgi tu aku pesan kat bby sitter tolong belikan kat kedai yg berhampiran ngan rumah tu sbb kedai tu boleh tahan le murah regenya...resipi ni paling mudah dan cepat untuk dimasak, anak2 aku pun suka gak makan ikan masam manis ni. My 2nd son tu smpai bertambah2 makan weiii la...anak ku kalau pasal makan eeemmmm mmg tak pernah tolak, hilang penat lelah umi masak bila tengok anak2 N my hubby makan hehehe......kita layan la resipi ni...

Bahan2nya :

- 1 ekor ikan siakap dibersihkan
- 1 biji bwg kuning di potong dadu
- 3 ulas bwg putih diketuk/dicincang
- 2 biji cili merah
- 1 cili hijau
- 1/2 biji timun didadu
- 1 mangkuk nanas yg dipotong dadu
- 1/2 cwn sos tomato
- 1/2 cwn sos cili
- 5 sb sos ikan
- 2 sb gula (ikut rasa ye)
- 2sb tepung jagung
- 2 cwn air
- Sedikit garam

Cara2nya:

- Lumurkan ikan dgn sedikit garam dan goreng sehingga sedikit garing dan ketepikan
   (jgn garing sgt nanti keras)
- tumiskan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, nanas yg telah didadu tadi.
- goreng sebentar selepas itu masukkan gula, air dan tggu sehingga mendidih
- setelah mendidih masukkan pula cili yg telah dihiris, timun, bawang dan perisakan dgn secubit garam
- akhir sekali masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air utk memekatkan kuahnya
- padamkan api dah curahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan.



Thursday, August 19, 2010

Gulai Lemak Kelantan


Assalamualaikummm.....sudah hari ke-9 kita berpuasa ye, dalam bulan puasa ni aku rajin cikit memasak sebab...bila perut lapar macam2 benda nak makan dan macam2 resepi dalam kepala otak aku ni, tapi semalam aku ketandusan idea untuk masak apa, dri bershayur sampai t/hari duk fikir menu apa la nak masak ptg ni...eemmm bila tanya my hubby dia pun tak tau nak makan apa, dia cakap " awak masak je la apa2 pun saya tak kisah.." eeemmm.. tak memberikan idea langsung. Masa lunch aku pun apa lagi gi la ke Econsave mencari bahan2 untuk dimasak, tapi aku tak tau nak beli apa pun, pas tu aku leh duk termenung depan ikan2 yg bergelimpangan tu memikirkan nak masak apa laaa...adoi yai fikir punya fikir nampak ikan senangin eemmm...tercetus la idea untuk masak Gulai Lemak Kelantan.....resepinya seperti dibawah :

Resepinya :

4 ekor ikan (kalau nak sedap ikan yg isinya lembut)
1 biji bawang besar *
1 inci kunyit *
1 inci lengkuas *
Secekak daun kesum
Santan (agak2 je...)
Sedikit air
1 keping asam gelugur
2 biji tommato belah 4
10 biji cili padi
(* kisar)

Cara :-

Siang ikan dan basuh. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi dalam periuk bersama ikan, asam gelugur, cili padi (kalau nak pedas boleh dikisar dgn bahan2 tadi kalau tak mskkan sebiji2) daun kesum dan air, tunggu mendidih masukkan pula santan pekat, kacau perlahan2 supaya santan tak pecah minyak tapi hati2 coz takut ikan hancur pas tu bila dah mendidih masukkan buah tommato, tutup api dan...dah siap....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...