Thursday, August 26, 2010

Tiramisu


Ha......inilah dia tiramisu versi saya, kita ambik resepi dari rumah kak Ummi, memang sodap N senang disediakan TQ kak Ummi mmg tidak mendukacitakan hasilnya nanti raya boleh la aku buat ye, so sesiapa yg nak makan Tiramisu jemput la dtg kerumah raya nanti hehehe....(cam tak sabo je nak raya)



Bahan:-


• 1 gulung kek swiss roll kopi

• 250 gm keju cream [philidephia]

• 150 ml yogurt asli

• 1/2 cawan gula

• 1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek)

• serbuk nescafe

Larutan Agar-agar:-

• 1/4 cawan air

• 1 sudu kecil serbuk agar-agar



Cara

1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.

2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.

3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.

4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.

5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.

6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.

7. Tuangkan adunan keju dan rata.

8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.

9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

 

Nasi Ayam


Hai.....semalam aku MC sebab badan aku rasa terlalu penat sangat sampai nak bangun pun tak boleh mungkin tak cukup tidor kot...ye lah tiap2 hari bangun pukul 4.30am pastu tak tidor terus gi keje... tu yang rasa penat sangat badan ni. Emm berbalik pada menu berbuka puasa kita pada hari semalam ialah Nasi Ayam, masakkan yg paling senang untuk dimasak disebabkan aku nak relaxkan so aku pun memikirkan sesuatu yang enak dimakan dan senang disediakan hehehe...(malas le tu ..) anak2 aku pun suka makan gak nasi ayam ni . Jom layan resepinya...

Bahan untuk nasi:

4 cwn beras wangi (beras biasa pun boleh jugak)
1 biji bwg besar dihiris
3 biji bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 kiub pati ayam
6 cawan air
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit Minyak/Planta untuk menumis

Caranya:
- Basuh beras ketepikan
- Panaskan minyak/planta tumiskan bahan2 yg dihiris sehingga sedikit garing
- Masukkan beras goreng seketika
- Masukkan air dan daun pandan
- Perisakan dengan garam dan kiub pati ayam
- Tunggu mendidih dan alihkan ke dalam periuk nasi dan biarkan masak
   *(saya terus tumis dalam periuk nasi atas dapur dulu) 

Ayam Goreng

1 ekor ayam belah 4 (senang nak goreng kalau tak nak belah pun boleh jugak)
1 sudu madu
1 biji limau kasuri (ambil jusnya)
Air (untuk rebus ayam)
Garam
Minyak untuk menggoreng (goreng dlm minyak yg banyak)

Caranya
- Masakkan air sehingga mendidih
- Masukkan madu dan jus limau kasturi
- Masukkan ayam tadi rebus seketika (jgn lama sangat)
- Angkat ayam dan toskan
- Lumurkan ayam dgn sedikit garam
- Panaskan minyak dalam periuk dan goreng ayam sehingga masak

Sup

1 ekor rangka ayam dibersihkan dan tos
1 biji bwg besar dihiris
3 biji bwg putih dihiris
1 inci halia diketuk
Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
sup punjut (saya pakai sup bunjut tulang sbb semua dah ada didalam)
1 liter air
1 kuib pati ayam
Minyak untuk menumis
1 pokok daun dawang untuk hiasan

Caranya
-Panaskan minyak, masukkan bahan2 hirisan tadi dan rempah 3 sekawan goreng sampai sedikit garing
- Masukkan rangka ayam, air dan sup punjut
- Perisakan dengan garam dan kuib pati ayam
- Biarkan sehingga masak

Sos Cili

4 biji cili merah dikisar
1 biji bwg putih dikisar
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb gula
Sedikit garam

Caranya
- Satukan semua bahan2 dan masak seketika

Kicap

2 cwn sup ayam
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
sedikit tepung jagung

Caranya

- Satukan bahan2 tadi kecuali tepung jagung dan masak seketika
- Bancuh tepung jagung  dgn sedikit air dan masukkan kedalam kuah kicap tadi ikut kepekatan

Bahan Ulaman

1 biji timun
2 biji tomato
sepokok daun salad






Monday, August 23, 2010

Creamy Banana Split


Hai.....semalam gi jln2 kat dapur ilham terliur lak kita tengok Creamy Banana Split dia, tu yang buat tu tapi kita punya tak letak sos strawberry la..tak sempat nak buat jadinya kita cuma letak syrup choclate aje le....tu yg tangan si kecik tu sebenarnya tak sabo2 nak makan sampaikan umie dia nak snap gambo pun dia nak interframe tak boleh tahan.....hari ni nak buat lgi la tak puas makan yumyummm... TQ Dapur Ilham.....

Sunday, August 22, 2010

Solok Lada



Assalamualaikum.....semalam aku teringin nak makan solok lada, sebenarnya dari ari tu lagi aku nak makan pas tu aku beli la kat pasar Ramadhan 3 biji rm2.00 ok la kan, sekali tu masa berbuka tu aku makan alamak masin la pulak adoi yai potong selera aku. Masa aku balik rumah mak mertua aku ari tu ingat nak beli kat pasar Ramadhan kat sana sebab kat sana ada satu kedai tu mmg masakkan kelantan la dan rasanya pun ok la boleh tahan sodap tapi tak berkesempatan nak beli tu yang aku nak puaskan hati buat sendiri la hehehe...kebetulan masa aku singgah kat JJ nak beli bahan2 ada pulak cili Kelantan ni eemmm... cantik la... mmg dicari cari baru la betul2 Kelantan hehehe.....

Bahan-bahannya:

10 biji cili hijau belah tengah dan buang bijinya
4 ekor ikan Kembong bersihkan dan kikis isinya
1/2 biji kelapa parut
1 biji bawang besar ditumbuk hancur
Santan dari 1 biji kelapa
Garam dan Gula

Caranya

Tumbuk sedikit kelapa, campur isi ikan dan bawang tadi perisakan dengan garam dan gula gaul rata selepas tu boleh lah disumbatkan kedalam cili hijau yang telah dibelah tengah tadi selepas itu masukkan cili kedalam periuk bersama santan dan masak. Setelah masak boleh la diangkat cili tadi dan hidangkan.

Posted by Picasa

Saturday, August 21, 2010

Ayam Goreng Kunyit Bersama Sayur Kacang


Assalamualaikum.......salah satu juadah berbuka puasa semalam ialah Ayam Goreng Kunyit Bersama Sayur Kacang, menu yang paling ringkas dan senang hehehe...sebenarnya semalam tak de mood nak masak sebab masa aku gi kedai beli bahan2 utk dimasak, my lovely brownish (kereta kesayanganku daa....) kena tendang dek org yg tak bersekolah eeee... menyerap darah aku smlm tau, tak sabar2 motor tu bgi la org revers dulukan masalahnya bukannya aku baru nak revers, tapi dah separuh revers....ape la salahnya ko lepaskan kete dulu...org lain pun puasa gak...mcm le masa tu dah suntuk sgt nak berbuka baru kul 5.15ptg eeee...pak kal la aku ni berpuasa tau kalu tak......eeemmm  biarlah tuhan je yg membalasnya..habis bercalar kete aku, x sekolah betul la mesti tu lesen terbang kot hehehe... .sabo,sabo......pose....malas citer arrr...

Bahan2nya:

Isi ayam (ikut suka nak bnyk mana ye..)
10 urat kacang panjang - patah2kan
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1sb serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam, panaskan kuali dan goreng. Selepas ayam surah sedikit garing masukkan pula kacang panjang dan bahan2 yg dihiris tadi perisakan dgn sedik garam (jgn bnyk sgt sbb ayam tadi dah letak garam) tggu sehingga sayur kacang sedikit masak, padamkan api dan hidangkan.



Ha....yang ini pulak Kerabu Mangga pemberian my bby sitter, sodap tau.....dia memang suka makan kerabu hari tu dia buat kerabu taugeh dgn kerang tapi tak sempat nak ambik gambar la... tak pe lah yang penting sodap..yumyummm TQ Daun Keladi Mak Ina for the Kerabu Mangga hehehe....

Friday, August 20, 2010

Terung Berlado...


Assalamualaikum.....semalam mood malas masak, aku cuma masak terung berlado N ikan goreng yg lain semuanya beli kat pasar Ramadhan hehehe...(dtg angin malas), bukan apa.. sebenarnya tak tau la apa menu nak dimasak. Hari ni pun aku tak tau apa nak dimasakkan, tapi aku dah kirim beli ikan ngan bby sitter aku, dia kata ada offer ikan kat pasar sgi rumah aku tu eem.. aku pong tompang sekaki le..hehehe, tapi tu la...ikan cencaru nak masak apa yg sodap selain bakar N ikan sumbat ek eeemmmm....takpe la jap lagi kita gi jln2 kat rumah blogger kita ye hehehe....

Semalam aku kan tak masak lauk sangatkan, jadinya aku pun suruh la my hubby beli lauk kat pasar Ramadhan, apa lagi dia punya beli macam 10 org nak makan punya la banyak penuh meja sampai nak letak pinggan nasi pun tak muat ishkishkishk..... tau le perut lapar semua lauk dibelinya eeemmm...abi..abi....

Bahan2nya:

5 biji terung sederhana besar (belah 2 pas tu potong 3 atau ikut suka la ye..)
1 biji bwg besar*
2 ulas bwg putih*
2 sb udang kering*-direndam seketika
1 sb serbuk kunyit
5 biji cili merah*
Minyak utk menggoreng
Garam utk perisa
(* dikisar)

Caranya :-

Gaukan terung tadi dengan serbuk kunyit dan garam, panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan angkat. Panaskan sedikit minyak tumis bahan2 yg dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan sedikit garam (jgn banyak sgat coz udang kering dah masin) dan terung yg digoreng tadi. Goreng seketika dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.....

*Resepi ni my bby sitter yang ajar tau hehehe... TQ Mak Ina.....

Thursday, August 19, 2010

Udang Goreng Kunyit


Udang ni aku masak last minit, ingatkan malas nak masak sebab dah pukul 7.15pm eemmm... alang3 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan la....akhirnya masuk la udang ni dalam kuali aku tu...resepi yang paling mudah dan cepat ialah Udang Goreng Kunyit la....sampai tak laku ikan goreng aku semalam sebab semuanya melantak udang goreng, my 2nd son tu tak habis2 memuji "umi sedap la...umi masak udang ngan kuah kuning ni.." mmuuaakk...nak nagis aku dengar bila dia ulang berkali2 TQ darling....my hubby mula la jelous dengar anak dia puji umi dia ni hehehe...eee...dengki tau my hubby tu....nyampah i hikhikhik....

Resepi

500gm udang
2 biji bawang putih ditumbuk lumat
1 sb serbuk kunyit
1 biji bwg besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
Garam secukup rasa

Caranya:

Gaulkan udang bersama bwg putih, kunyit serbuk dan garam. Panaskan minyak dan goreng udang tadi, goreng sehingga udang masak (tpi jgn lama sgt nanti udang jdi keras tak sedap) dan angkat. panaskan kuali yg lain tuangkan sedikit minyak dan goreng bawang dan cili merah sehingga layu, masukkan udang tadi goreng sedikit  dlm 1 minit dan padamkan api angkat dan hidangkan.

Gulai Lemak Kelantan


Assalamualaikummm.....sudah hari ke-9 kita berpuasa ye, dalam bulan puasa ni aku rajin cikit memasak sebab...bila perut lapar macam2 benda nak makan dan macam2 resepi dalam kepala otak aku ni, tapi semalam aku ketandusan idea untuk masak apa, dri bershayur sampai t/hari duk fikir menu apa la nak masak ptg ni...eemmm bila tanya my hubby dia pun tak tau nak makan apa, dia cakap " awak masak je la apa2 pun saya tak kisah.." eeemmm.. tak memberikan idea langsung. Masa lunch aku pun apa lagi gi la ke Econsave mencari bahan2 untuk dimasak, tapi aku tak tau nak beli apa pun, pas tu aku leh duk termenung depan ikan2 yg bergelimpangan tu memikirkan nak masak apa laaa...adoi yai fikir punya fikir nampak ikan senangin eemmm...tercetus la idea untuk masak Gulai Lemak Kelantan.....resepinya seperti dibawah :

Resepinya :

4 ekor ikan (kalau nak sedap ikan yg isinya lembut)
1 biji bawang besar *
1 inci kunyit *
1 inci lengkuas *
Secekak daun kesum
Santan (agak2 je...)
Sedikit air
1 keping asam gelugur
2 biji tommato belah 4
10 biji cili padi
(* kisar)

Cara :-

Siang ikan dan basuh. Masukkan bahan2 yang dikisar tadi dalam periuk bersama ikan, asam gelugur, cili padi (kalau nak pedas boleh dikisar dgn bahan2 tadi kalau tak mskkan sebiji2) daun kesum dan air, tunggu mendidih masukkan pula santan pekat, kacau perlahan2 supaya santan tak pecah minyak tapi hati2 coz takut ikan hancur pas tu bila dah mendidih masukkan buah tommato, tutup api dan...dah siap....



Wednesday, August 18, 2010

Assam Pedas Ayam Berempah


Semalam aku (eh! tetiba je tukar aku hehehe.. x pe la kita kan org m'sia) masak Assam Pedas Ayam Berempah untuk juadah berbuka. Aku pun dah tak tau menu apa nak dimasak fikir punya fikir ayam dah ada eemm masak assam pedas la my hubby and my 1st son pun suka gak makan assam pedas cuma aku olahkan sedikit resepi assam pedas ni. Hari ni aku tak tau lagi menu apa nak dimasakkan tak pe la jap lagi aku nak gi rumah mat gebu ke, nak gi rumah hana ke...nak cari resepi kot2 ada terberkenan ke leh msak utk berbuka ptg ni hehehe...

Resepinya

1/2 ekor ayam
3 biji kentang di belah 4
20 tangkai cili kering *
1 biji bawang besar*
3 ulas bwg putih*
1/2 inci halia dan kunyit*
Belacan (agak2 je..)*
1sk serbuk jintan manis
1sk serbuk  ketumbar
Air Asam Jawa (ni pun agak2 je...)
Air (mengikut kepekatan)
Garam dan Gula

(Bahan2 yg * dikisar)

Caranya:-

Basuh ayam bersih ketepikan, panaskan minyak tumis bahan2 yg dikisar tadi, serbuk jintan manis dan ketumber hingga naik bau dan garing, masukan ayam dan kentang dan air, tggu mendidih sekejap pas tu masukkan air asam jawa garam dan gula, bila kentang dah empuk padamkan api dan boleh dihidangkan

Tuesday, August 17, 2010

Hari Ke-6 Berbuka Puasa

Alhamdulillah...sudah 6 hari umat islam menjalankan ibadah puasa sekejap je masa berlalu, tip,tap,tip,tap udah nak raya...hehehe...(cam x sabar je nak raya...). Semalam menu untuk berbuka puasa ialah Ikan Percik, Sambal Sotong N Petai dan Lemak Terung, sempat gak i masak semalam, macam lipas kodong U...hehehe...nasib baik mood my Little Sweetie tu ok jadinya sempat la i memasak. My 2nd son punya la suka makan kuah ikan percik tu sampai menambah nasi walaupun dah kenyang, i tak bagi tambah takut dia muntah nanti, tapi kesian lak budak nak makankan....habis je makan terus menyandar kekenyangan, yang my 1st son tu lak giler makan sambal merah menyala nasi dia nasib baik sambal tak pedas sangat okla...tapi sayangnya my Little Sweetie tu makan apa U ollz tau, nasik ngan kicap, punya la bertungkus lumus umie dia masak sodap2 dia makan nasi ngan kicap ajee...ishishishhhh....anak sape la tu....sila la jamu mata ye...yumyummmm...


 

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua dan selamat menjalankan ibadah puasa semoga dirahmati yg maha esa... Emmm..dah lama tak update blog almaklum la tak berkesempatan da...bulan puasa ni sibuk le sikit, balik kerja je teus masuk dapur masak untuk juadah berbuka puasa, almaklum la..kalau beli rasanya cam tak puas je makan lagi pun kekadang tak sedap mana pun mahalnya bukan main, tapi tak pe la...sesekali boleh la beli kalau Mr M (malas) dtg meyelubungi diri ini terpaksa la beli je hehehe......

Foto juadah utk berbuka puasa tak sempat la nak snap sbb dah azan, jadinya yang tinggal hanya pingan2 yang kosong je la huahuahua.... (nampak sangat kebuluran). tapi nak tayang foto sehari sebelum puasa, kita orang teringin sangat nak makan durian jadinya pada 10hb ari tu i N my hubby ambik cuti, kita org gi la jln2 jamu mata kat jalan TAR, balik daripada jln2, gi ambik my 2nd son dri sekolah kebetulan OTW blik ke rumah tu ada le gerai org menjual durian, apa lagi singgah la makan durian kat situ gak sbb my hubby malas nak bwk balik, apa lgi bentang tikar le tauke durian tu....ha..mai kita layan foto menjamu selera melantak durian hehehe..tak banyak pun yg kita orang makan cuma 3 biji je.....
  
Ha...kalau nak tau my little sweetie tu tak suka makan durian bau durian pun dia nak muntah sebab tu dia duk kat belakang kikikikiiiii...... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...