Monday, February 28, 2011

Kacang Kuda Bercili


Assalamualaikum......selamat bertemu kembali dgn resipi baru...kali ni kite letak N3 Kacang Kuda Bercili. Kacang ni mengingatkan aku zaman persekolahan dulu sbb masa aku sekolah rendah dulu aku jual kacang ni kat sekolah 1 bungkus 10sen, murah je masa tu ye la masa tu tahun 80an mmg le makanan semuanya murah2, aku pun mase tu bwk duit sekolah cuma 20sen je pas tu masa darjah 5 bapak aku naikkan 10sen jadi 30sen hikhikhik...tapi skrg ni...amboiiii...bgi RM2 hinggit x cukup nak RM3 hinggit itu my 2nd son le, kuat main duit betul tau pandai je dia membeli belah belum gi sekolah lgi dah membeli, sampai sekolah beli lagi itu belum rehat lagi, bila time rehat kul 3ptg duit dah habis, pas tu balik rumah ptg mengadu lapo2... bila tanya tak makan ke rehat tadi, dia ckp x sbb duit dah habis ishkishkishk....anak...anak..itu le dia kan macam2 ragam anak2 skrg ni kan. Tapi ape2 pun anak kita jugak terima je la... Jadi berbalik kita pada resipi ringkas aku ni sebenarnya ini makanan kudapan aku mase tgk TV... tetiba teringin lak nak makan kacang kuda ni dah lame beno tak makan kacang kuda ni hehehe...so skrg jom le kita semak resipi yg senang lgi cepat....

Bahannya:
  • semanggkuk kacang kuda yg telah direbus
  • 2 ulas bawang putih di cintang halus (nak tumbuk pun boleh)
  • 3 sudu cili kisar
  • garm dan gula secukupnya
  • setangkai daun kari (aku x letak sbb tak ade)
  • sediki minyak utk menumis
Caranya:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing
  • masukkan garam dan gula gaul rata
  • masukkan pula kacang kuda dan gaul hingga rata
  • setelah kering padamkan api
  • sedia dihidangkan

Tuesday, February 22, 2011

Smooth Egg Tofu Sup


Salam...menu untuk anak2 N3 kali ni. Bukan ape semalam aku masak ikan duri asam pedas sebenarnya tapi memandangkan ada 2 org budak yg tak makan pedas so terpakse la aku masak sup ni (kalu ikutkan ati malas nak masak sup ni hehehe...) bukan ape penat la smlm tak tau le kenape, pada hal kat opis relax giler hahaha..agaknya dah terlebih relax kot jadi malas le ye... tapi cian lak kat anak2 ye kalau umi dia tak masak sup ni alamatnya kena makan nasi ngan kicap je le....sup ni sonang je masaknya ala...cempak2 je... sbb tu kekadang aku simpan stock ni sbb incase kalau malas nak masak ke tak tau nak masak ape ke leh le buat sup ni yg ringkas lagi cepat dan yg utama SODAP...hikhikhik...layan je le resipi cempak2 aku ni.....

Bahannya:
  • 3 pkt smooth egg tofu di potong bulat2 dan goreng hingga kekuningan ketepikan
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sb serbuk lada sulah (kalau nak lebih boleh le tambah lgi)
  • 2 biji telur
  • 1 sb tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • 500 liter air (ikut le nak kuah bnyk mane)
  • garam & perisa secukupnya
  • sedikt minyak utk menumus
Caranya
  • panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau
  • masukkan lada sulah dan air
  • setelah itu masukkan smooth egg tofu
  • masukkan pula bahan perisa secukupnya dan bancuhan tpg jagung (agak2 la ye nak pekat mane)
  • biarkan mendidih
  • setelah mendidih masukkan telur sambil pukul sikit telur tu
  • tggu sebentar dan jgn kacau sehingga telur sedikit keras
  • padamkan api dan sedia dihidangkan
p/s: kalau nak tambah dgn mix veg pun boleh jugak lagi cantik, tapi aku tak campur sbb anak2 tak suke...


yumyummmm...

Monday, February 21, 2011

Soft Donut


Salam olls.....dan akhirnya dapat gak aku buat Donut ni, sebenarnya dah lama nak buat tapi tak buat2 dah ari Sabtu lepas aku kotakan gak hajat dihati nak mencuba buat Donut ni. Aku ambik resipi dari Internet je kalau tak silap dari Chef Li. Dnut ni mmg lembut sedap je makan walau dah sejuk sebb dah dicampurkan dengan pelbagai ramuan utk melembutkannya. Tapi nasib baik ada assistant tolong buat kalau tak mungkin tak jadi gak donut aku ni hehehe... almaklum le saya budak baru belajar... TQ la kepada my bby sitter Mak Ina kerana dah beri tunjuk ajar membuatnya sbb dia mmg selalu buat Donut cuma resipi je lain ckit.

Dan untuk toppingnya aku olah sendiri ala2 Big Apple tu...hahaha...cetak rompak le ckit.....dan ini lah hasilnya... comot cikit ye harap maaf..maklum le bermain ngan cekelat ni mesti comot ingatkan nak celup dgn gula aicing je...tapi x pe la dgn cekelat pong sodap gak... ape kata kita semak resipinya sila la.......


 Bahannya :


  • 1500 gm tepung gandum (aku buat 1kg je itu pun dah banyak)
  • 32.5 gm yis segera
  • 70 - 80 gm majerin (aku letak 1sb je)
  • 120 gm gula
  • 1 1/2 biji telur (75 gm berat) (aku letak 1 biji)
  • 45 gm susu tepung (aku tak letak)
  • 15 gm garam
  • 15 gm voltex (bread softener)
  • 140 gm shortening
  • 7.5 gm baking poder
  • 750 gm air (aku guna susu segar je...)
  • 1 sudu makan ovalette
Cara membuat 
  • Masukkan semua bahan kering dan ovalette dan gaul rata.
  • Masukkan telu dan air dan kacau sebati
  • Masukkan shortening dan majerin
  • Gaul (uli) hingga sebati
  • Keluarkan doh dan rehatkan 5 minit
  • Canaikan setebal 1- 1.5 cm dan potong ngan pemotong donat
  • Letak doh atas taburan tepung
  • Biarkan doh naik dua kali ganda
  • Gorengkan dan sejukkan kan
  • salutkan ngan gula kastor
Donat ni lebih lembut dan lebih gebu daripada donat biasa kerana telah ditambah dengan pelbagai bahan.
Kelembutan tahan hingga keesokkannya. Tempoh pemeraman mesti mengikut masa yang diberi untuk menjami mutu. Goreng ngan api sederhana supaya masak sempurna

Mendingin bekukan donat
Goreng sehingga masak putih kekuningan.
sebelum bungkus.. bekukan donat supaya bentuk asalnya kekal.

Saturday, February 19, 2011

Char Kueh Tiow


Salam bertemu kembali kita.....diharap semua sihat2 belaka. kali ni aku letak N3 Char Kueh Tiow, ini menu malam semalam, dah tak tau nak masak ape, balik2 nasi rasa jemu pulak. So pikir punyer pikir aku masak Char Kueh Tiow je la, disbbkan aku tak boleh makan nasi malam so elok le kita masa ni kan. Sebenarnya semalam aku 1 hari tak makan.. sbb susah ati punyer pasal le, memikir kan duit collection opis short, so nak makan pun dah hilang selera, tapi alhamdullilah akhirnya jumpe jugak mane silapnya....bila dah sampai ptg, mengigil le tangan sbb kelaparan, masa ambik gambo ni pun mengigil, tu yg gambo tak berapa nak terang... aduh ai cian....


Aku masak ni pun main campak2 je sbb dah tak tahan lapo nak cpt makan hehehe...padan muka aku ek sape suruh tak makan? sendiri tanggung le....mula2 aku masak ni utk diri aku je sbb tak boleh goreng banyak2 takut nanti kembang sbb kueh tiow ni basah, so kalau goreng, angkat kena terus makan tak boleh nak simpan2 so aku tibai le dulu ek. Bila my hubby dah balik dan anak2 dah sampai rumah dri sekolah, lepas magrib baru le aku goreng lagi... jom kita semak resipi campak2 aku ni layanzzz....

Bahannya:
  • 1bungkus kueh tiow (msuk dalam bekas dan leraikan)
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 sb cili kisar
  • air udang secukupnya (ambik kepala udang dan rebus)
  • 1 pkt fish ball dan hiris (ikut le nak hiris cammane pun)
  • sedikit daun kucai
  • taugeh secukupnya
  • 3 biji telur
  • kicap pekat & kicap cair secukupnya
  • sedikit perisa
  • sedikit minyak utk menumis
Caranya
  • panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing
  • masukkan fish ball dan udang goreng seketika
  • masukkan pula kicap pekat dan kicap cair secukup rasa dan juga serbuk perisa (tak payah letak garam ye)
  • tuangkan air udang tadi (agak2 la ye kuahnya jgn sikit sgt nanti bila kueh tiow kembang jadi kering lak)
  • masukkan pula kueh tiow gaul seketika
  • masukkan telur dan biar 2 minit baru gaulkan
  • akhirsekali masukkan taugeh dan daun kucai gaul rata dan padamkan api
  • sedia dihidangkan bersama cili jeruk (tapi aku tak de stock)
sungguh menyelerakan....yummyyy...

Wednesday, February 16, 2011

Sambal Ikan Bilis


Salam semua.. bertemu kembali dengan resipi yang sempoi ni...bukannya ape sebenarnya dah tak tau nak masak, ini menu ari minggu ari tu disebabkan kemalasan yg melanda diri so masak nasi lemak leh le cover sampai kepetang hehehe... pemalas betul le bini org ni kan nak senang je hikhikhik...tak pe le..sesekali (ye ke...) dan sebenarnya aku tak de idea nak berblog tak tau le kenape lak dgn otak ni cam dah tersumbat lak tak leh nak berfikir hehehe... jo le kita layan resipi visi Muza ni layazzzz...



Bahannya:
  • 20 tangakai cili kering dipotong dan rendam bersama air panas * (nak masak pun boleh)
  • 6 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • ikan bilis secukupnya digoreng dan ketepikan
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • sedikit jus asam jawa
  • gula, garam dan perisa secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • kisar semua bahan2 yg bertanda *
Caranya
  • panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar
  • tumis hingga bahan2 garing
  • masukkan pula jus asam jawa, garam, gula dan perisa
  • kacau hingga sebati, masukkan bawang besar yg dihiris tadi
  • tggu sehingga pecah minyak
  • akhir sekali masukkan pula ikan goren yg telah digoeng tadi dan padamkan api
  • sedia dihidangkan bersama nasi lemak
Taraaa... dah siap untuk dimakan bersama2 lauk pauk kegemaran masing2...

Saturday, February 12, 2011

Lemak Udang & Kacang Panjang


Dan....ini menu kedua...yg ni aku masak utk hidangan makan malam semalam, balik je dari keje terus singgah kedai beli barang tapi memula termenung gak le depan ikan tak tau nak beli api sbb dalam kepala ni tgh pikir ape la...nak masak malam ni ek, so tgok punya tengok ternampak udang ooo...baru le teringat my 2nd & my little sweetie ari tu berebut2 nak makan udang so beli la udang masak lemak kuning ngan sayur kacang
dan nampak lak ikan sadin yg segar so beli la 2,3 ekor utk digoreng, sesampai je rumah aku pun terus masuk dapur tig..tong..ting..tong dah siap masak kul 8.30 sisi makan...tapi anak2 je yg makan aku cuma jadi hakim je hikhikhik...almaklum le diettt..hihihi.. fuuhhh.. sungguh berselera my 2nd son tu makan habis semangkuk lauk udang tu dia perabihkan sampai hirup kuah lagi mcm makan sup lak, suke beno dia makan lemak udang ni. hehehe..... suke tgk anak2 makan sampai licin pinggan, hilang penat umi dia masak.. jom kita layan resipi simple ni..

Bahannya:
  • 500gm udang size sederhana buang kepala dan ekor
  • 5 urat kacang panjang dipatah patahkan (ikut le kalau nak lebih pun boleh)
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
  • sedikit air
  • garam & bahan perisa secukupnya
  • * bahan utk di blander
Caranya:
  • satukan semua bahan2 blander masuk dalam periuk dan masukkan sedikit air (jgn bnyk sgt)
  • tggu hingga mendidih masukkan udang dan kacang panjang
  • masukkan pula santan sambil kacau dgn api yg kecil (kalau tak kacau nanti santan bergentil2)
  • msukkan pula garam dan serbuk perisa secukupnya
  • tunggu mendidih dan padamkan api
  • sedia untuk dihidangkan

Kek Batik @ Hedgehog Slice


Hai....salam hari sabtu dan selamat berhujung minggu. Pagi ni aku nak letak N3 Kek Batik @ Hedgehog Slice yang diambil dari dapur K.Ummi yang asal dari dapur Wendy@table2more dan diterjemahkan oleh Hana Jepun hikhikhik... banyaknya dari dapur ke dapur ye sekarang dah masuk kat dapur aku lak woww....
pas ni dapur sape lak ye, seronok tau main masak2 ni dan dapat berkongsi resipi ngan kawan2. Resipi ni tak le susah sangat nak membuatnya simple je dan yang penting sedap anak2 pun suka makan sbb ada chocolate. Dulu aku pernah le buat tapi jadi keras giler sampai nak makan pun kena congkil keluar tapi rasanya tetap sedap walaupun keras tak tau le ape silapnya. Tapi kali ni mmg menjadi cuma tak berapa nak kemas la...

Ha... tgok le ni comotkan, yg permukaan atas tu pun tak berapa nak licin sbb masa aku gi keje my 1st son tu nak makan jadinya dia la yg buka kertas pembalutnya, tau2 la kalau anak2 yg buat keje mesti tak memuaskan balik2 dah comot, tapi tak pe la asalkan dia dapat makan sebelum dia gi sekolah kalau tak bagi kang takut kempunan lak, dah le tangan sebelah patah....jom kita tengok resipinya..

RESEPI KEK BATIK @ HEDGEHOG SLICE
resepi asal : wendyy@table2more
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:

• 250g@satu paket biskut merie

• 200g@satu peket milo (*akak ummi guna serbuk koko Van Houten, aku buat milo+serbuk koko)

• 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin (*akak ummi letak 1 tin kecil)

• 4 biji telur A

• 1sk esen vanilla

• 150g butter @ 2/3 cawan

Cara-cara:

1. Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.

2. Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan agak kasar. Matikan api.

3. Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.

4. Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.

5. Keluarkan dan potong. Hidangkan.

#Note Ingatan : Untuk susun biskut bahagian tepi better dipatahkan jadi 1/3 keping sebelum disusun dalam loyang, agar biskut tidak sendat sangat...

Tuesday, February 8, 2011

Cekodok Pisang


Salam....kali ni nak masukkan N3 cekodok pisang menu petang ari minggu ari tu, my hubby tu teringin nak makan cekodok pisang so buat la....ptg2 tak ada ape nak kunyah2 kira sarapan petang le ni. Resipi ni mmg senang sangat nak buat tak susah pun modal pun tak banyak, rasa2 nya semua orang pun tahu buat cekodok pisang ni tapi aku tetap nak letak resipi ni hikhikhik... bukan ape utk dijadikan sumber idea kepada sesiapa yg ketandusan idea ape la nak masak utk kudap kudapan sambil tengok TV kan so bila tengok je cekodok pisang ni mungkin ada yg terliur ke, yg tetiba haah la... dah lama tak makan cekodok pisang ek.. ha ini la tujuannya masuk kan resipi ni... jom le kita layanzzz....

Bahannya:
  • 10 biji pisang masak ranum
  • 2 cwn tepung
  • 1/2 cwn gula
  • 1/2 sk soda bikabonat
  • minyak utk mengoreng
caranya:
  • panaskan minyak
  • lenyekkan pisang bersama gula hingga sedikit hancur
  • masukkan tepung gandum gaul hingga sebati
  • setelah minyak panas jemputkan pisang tadi kedalam kuali goreng hingga masak dan angkat
  • sedia dihidangkan bersama kopi panas


Monday, February 7, 2011

Jalan2 makan angin di PENANG......

Haiii....assalamualaikum olls....wah bestnyer cuti panjang sempena Chinese New Year, so di kesempatan ni aku nak ucapkan "Selamat Tahun Baru Cina " kepada kawan2 yg berbangsa Cina. Dan sempana cuti panajang ni aku & my lovely family telah mengambil kesempatan untuk jalan2 makan angin ke PENANG....sambil membawa bonda mertuaku makan angin merehatkan minda....jom kita layan foto2 yg sempat aku tangkap di sepanjang perjalan ke PENANG sila la layanzzz....

Pagi yg dingin masa ni kul 7.oo pagi kalau tak silap masih berkabus tapi lupa lak kat area mana ni...


Anak2 yg masih lena diulit mimpi...........aman cikit....

masuk terowong la....

Dan akhirnya sampai gak Penang dengan selamat alhamdullilah.....

Dan inilah bilik penginapan ku ....Flamingo Beach Hotel......


Pemandangan dari bilik penginapanku eemmm...sungguh menenangkan...dan anak2 tak sabo2 nak turun mandi.....

tengah hari tu gi cari nasi kandar niat dihati nak pekena nasi kandar line clear tapi...tgk le panjang giler nak beratur
dan akhirnya dapat gak makan nasi kandar, tapi....bukan line clear punyer le kedai sebelah line clear jadi ar....dan harganya ialah RM19.80...anda rasa patut tak???




Sisi tayang body.......hiakhiakhiakkk...

Santai time.........




suka sangat masa ni gelak sampai rasa nak terkucil.....




kedua-duanya same comot.....









roommmvroommm......posing pun jadi ar.....










member kita ni tension tahap Gaban sbb tak leh mandi.....



rasa cam nak naik tapi takutttt........

Nasib baik ada kawan kita ni....x le sesat jalan....


yang mane satu sedap ni......

dan yg pasti gerai ni yg memikat selera....
makan-makan time.....


Rojak Pasembur bestnyer....


Laksa Penang......


Cendol Pulut ssluupp...


Jemput makan....




@ Gurney Drive.......

Sebelum balik sempt lagi posing with my little sweetie...




semasa di pasar memborong jeruk....sempat lgi berposing tu....


menunggu utk naik feri...










Dan akhirnya...masa untuk pulang.....dan berakhirnya percutian di Pulau Pinang dengan meninggalkan seribu kenangan.......Semoga berjumpa lagi......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...