Monday, February 21, 2011

Soft Donut


Salam olls.....dan akhirnya dapat gak aku buat Donut ni, sebenarnya dah lama nak buat tapi tak buat2 dah ari Sabtu lepas aku kotakan gak hajat dihati nak mencuba buat Donut ni. Aku ambik resipi dari Internet je kalau tak silap dari Chef Li. Dnut ni mmg lembut sedap je makan walau dah sejuk sebb dah dicampurkan dengan pelbagai ramuan utk melembutkannya. Tapi nasib baik ada assistant tolong buat kalau tak mungkin tak jadi gak donut aku ni hehehe... almaklum le saya budak baru belajar... TQ la kepada my bby sitter Mak Ina kerana dah beri tunjuk ajar membuatnya sbb dia mmg selalu buat Donut cuma resipi je lain ckit.

Dan untuk toppingnya aku olah sendiri ala2 Big Apple tu...hahaha...cetak rompak le ckit.....dan ini lah hasilnya... comot cikit ye harap maaf..maklum le bermain ngan cekelat ni mesti comot ingatkan nak celup dgn gula aicing je...tapi x pe la dgn cekelat pong sodap gak... ape kata kita semak resipinya sila la.......


 Bahannya :


  • 1500 gm tepung gandum (aku buat 1kg je itu pun dah banyak)
  • 32.5 gm yis segera
  • 70 - 80 gm majerin (aku letak 1sb je)
  • 120 gm gula
  • 1 1/2 biji telur (75 gm berat) (aku letak 1 biji)
  • 45 gm susu tepung (aku tak letak)
  • 15 gm garam
  • 15 gm voltex (bread softener)
  • 140 gm shortening
  • 7.5 gm baking poder
  • 750 gm air (aku guna susu segar je...)
  • 1 sudu makan ovalette
Cara membuat 
  • Masukkan semua bahan kering dan ovalette dan gaul rata.
  • Masukkan telu dan air dan kacau sebati
  • Masukkan shortening dan majerin
  • Gaul (uli) hingga sebati
  • Keluarkan doh dan rehatkan 5 minit
  • Canaikan setebal 1- 1.5 cm dan potong ngan pemotong donat
  • Letak doh atas taburan tepung
  • Biarkan doh naik dua kali ganda
  • Gorengkan dan sejukkan kan
  • salutkan ngan gula kastor
Donat ni lebih lembut dan lebih gebu daripada donat biasa kerana telah ditambah dengan pelbagai bahan.
Kelembutan tahan hingga keesokkannya. Tempoh pemeraman mesti mengikut masa yang diberi untuk menjami mutu. Goreng ngan api sederhana supaya masak sempurna

Mendingin bekukan donat
Goreng sehingga masak putih kekuningan.
sebelum bungkus.. bekukan donat supaya bentuk asalnya kekal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...