Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Kek Batik @ Hedgehog Slice


Hai....salam hari sabtu dan selamat berhujung minggu. Pagi ni aku nak letak N3 Kek Batik @ Hedgehog Slice yang diambil dari dapur K.Ummi yang asal dari dapur Wendy@table2more dan diterjemahkan oleh Hana Jepun hikhikhik... banyaknya dari dapur ke dapur ye sekarang dah masuk kat dapur aku lak woww....
pas ni dapur sape lak ye, seronok tau main masak2 ni dan dapat berkongsi resipi ngan kawan2. Resipi ni tak le susah sangat nak membuatnya simple je dan yang penting sedap anak2 pun suka makan sbb ada chocolate. Dulu aku pernah le buat tapi jadi keras giler sampai nak makan pun kena congkil keluar tapi rasanya tetap sedap walaupun keras tak tau le ape silapnya. Tapi kali ni mmg menjadi cuma tak berapa nak kemas la...

Ha... tgok le ni comotkan, yg permukaan atas tu pun tak berapa nak licin sbb masa aku gi keje my 1st son tu nak makan jadinya dia la yg buka kertas pembalutnya, tau2 la kalau anak2 yg buat keje mesti tak memuaskan balik2 dah comot, tapi tak pe la asalkan dia dapat makan sebelum dia gi sekolah kalau tak bagi kang takut kempunan lak, dah le tangan sebelah patah....jom kita tengok resipinya..

RESEPI KEK BATIK @ HEDGEHOG SLICE
resepi asal : wendyy@table2more
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:

• 250g@satu paket biskut merie

• 200g@satu peket milo (*akak ummi guna serbuk koko Van Houten, aku buat milo+serbuk koko)

• 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin (*akak ummi letak 1 tin kecil)

• 4 biji telur A

• 1sk esen vanilla

• 150g butter @ 2/3 cawan

Cara-cara:

1. Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.

2. Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan agak kasar. Matikan api.

3. Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.

4. Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.

5. Keluarkan dan potong. Hidangkan.

#Note Ingatan : Untuk susun biskut bahagian tepi better dipatahkan jadi 1/3 keping sebelum disusun dalam loyang, agar biskut tidak sendat sangat...

Wednesday, January 19, 2011

Kek Pandan Kelapa



Assalamualaikum.....selamat pagi olls...pagi ni nak tunjuk kek pandan kelapa yg sedap ni, sumber resipi dari dapur kak umi yg diambil dari dapur abg mat gebu kita tu (tapi nama sebenar kek ni ialah kek kelapa pandan aku dah taip terbalik da...srry la ye) tapi ape pun nak ucapkan terima kasih kat kak ummi dan abg mat gebu kita ni kerana sudi berkongsi resipi yg sedap ni, hasilnya memang berbaloi2 sedapnya lain dari yg lain rasanya, lembut dan lemak kelapa tapi Awas! tak leh makan selalu...tapi rasanya cam nak buat lagi je cos ari tu tak puas makan la. Sebenarnya ari tu aku buat kek ni utk Birthday my hubbynya spupu yg menyambut hari lahirnya yg ke 21 Happy Birthday Acu Ain, semoga panjang umur, murah rezeki amin....

kek ni mmg lembut dan gebusss...tapi disebabkan potong kek ni menggunakan pisau yg salah (pisau kek yg plastik tu) so nampak cam berderai je kan, jadinya penggunaan pisau yg betul juga amat penting bagi mendapatkan hasil yg cantikkkk...


KEK KELAPA PANDAN


Resepi: Cocopandan Cake @ Mat Gebu

Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-

1 cawan susu segar*

1/2 cawan kelapa kering*(*rendam 1 jam) - (akak guna kelapa muda parut dan tak rendampun)

125 gm. mentega

1/2 cawan gula halus (gula kastor)

2 kuning telur (gunakan telur gred A)

1 3/4 cawan self raising flour (tepung berserbuk penaik), diayak

1 camca teh pandan paste

Bahan B:-

2 putih telur

1/2 camca teh cream of tartar

1/4 cawan gula halus

Cara membuatnya:-


Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan pandan paste dan terus memukul. Perlahankan speed dan masukkan tepung selang-seli dengan kelapa tadi hingga habis. Kacau rata.

Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang, masukkan gula dan terus memukul hingga putih telur bertanduk.

Gaul putih telur ke dalam adunan kek secara kaup balik, gaul hingga rata. Tuang dalam acuan berukuran 14 cm x 21 cm. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 55 minit hingga 1 jam...



Happy Birthday to u....

Sunday, January 9, 2011

Kek Alunan Kasih


Salam.....sebelum masuk tidur aku nak updatekan dulu n3 ni ye. Ini projek petang tadi saja merajinkan diri untuk buat kek ni, bukan apa teruja sangat bila tengok kat dapur Pn Ayu kita dri Singapore tu yg buat kek ni tapi bukan pn Ayu saja yg buat tapi K.umi la dan ramai lgi yg dah buat kek ni so aku pun teruja nak buat gak bukan ape suka tgok corak dia tu siap ada border line lagi, memula tu cam pelik gak cam mana boleh ada border line tu ye selepas di baca resipinya oooo....baru tau kenapa jdi cam tu...ishkishkishk...kreative sunggu org yg mencipta resipi ni ye. selalu kalau kita buat tu tak ada le border line tu kan eemm kali ni dah tau da, cuma tak berapa nak cantik je la kan sbb ini pun percubaan pertama akan datang akan diperbaiki lagi ye.walau ape pun tq la jugak kat pn ayu kita tu sbb kita dah ambik resipi dari blog dia tapi menurutnya sumber resipi dari Pn Mastura eeemmm... ok le tu sama2 lagi kita berkongsi resipi ye....


Bahannya:
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cwn planta atau 250g
  • 2 1/2 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (boleh kurangkan kpd 1 1/2 cwn)
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • serbuk koko secukupnya
  • perwarna (ikut citarasa masing2)
*sediakan tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko

Caranya:
  • pukul planta dan gula hingga kembang
  • masukkan telur satu persatu pukul lgi hingga kembang
  • masukkan pula esen vanilla, susu cair gaul hingga sebati dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit
  • bahagikan kpd 2 bahagian, campurkan perwarna pink dan satu lagi perwarna hijau (ikut citarasa masing2 ye)
  • griskan loyang dan tabur sedikit tepung, masukkan adunan pink, ratakan dlm loyang
  • ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama (ayak nipis2 jer)
  • masukkan lapisan kedua warna hijau dan ratakan perlahan2 (jgn samapi serbuk koko di lapisan pertama tadi terangkat tau) ayak serbuk koko di atas lapisan kedua
  • mcm tu la seterusnya hingga adunan habis
  • bakar lebih kurang 45 min 160 degree ikut oven masing2
* utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal ckit sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama, kalu nipis sgt bila kita ratakan serbuk koko akan terikut sama nanti lapisan tak cantik....

Thursday, October 14, 2010

Chocolate Mint Cake Bhg.2


Salam.....kek lagi, bukan apa tekak ni terasa cam nak makan kek, so ape lagi bahan2nya pun semua ada aku pun start la projek membuat kek. My hubby cakap " umie ni tak habis2 masak" eemmm...my hubby tu mmg cam tu bukan ape dia tak suka tgok dapur bersepah.....ala...biasa la kalau memask mmg la bersepah cikitkan pas tu kemas la...habis..nak wat camner.. dah minat isteri awak ni memask kena la terima hakikatnya hehehe....(lebih baik suka masak dari suka yg lain..haa...siapa yg susah.......), tapi cam biasa la kan bila aku yg masak, pas dah siap ala...hai aku cuma makan sepotong dua aje...entah la ye mmg aku cam ni arr... kalau aku yg masak mmg aku tak berapa suka nak makan, pada hal punya la nak makan sangat kek ni eeemmm ape2 aje la....resipi dah ada kan.....



Jemput la..........

Tuesday, October 5, 2010

Soft Marble Cake


Assalamualaikum kepada pengujung blog saya ni....hujung minggu ari tu aku ada buat Soft Marble Cake untuk mak saudaraku yg menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke tuttttt....(biarlah rahsia hehehe...) dan kebetulan yg lagi sorang mak saudaraku ( sebelah my hubby) dia buat open house so aku pun buat la kek ni, resepi dari rumah K.Ummie TQ kak sodap sampai tterhangus saya bakar hahaha...tpi rasanya tetap mantopppp... jom kita jamu mata dgn foto2nya dan resepinya sila lah....

SOFT MARBLE CAKE


• 270 gm mentega

• 250 gm gula kastor

• 260 gm tepung gandum

• 1 camt baking powder

• 6 biji telor

• 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)

• 1 camb ovalette

• 1 camb air

• 1 camt esen vanila

• 10 gm serbuk koko

• 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)



Cara-Cara:-

1. Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.

2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.

3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.

4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.

5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.

6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.

7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat. (*hehe..ummi tersalah baca, letak 3 sb adunan plain diikuti 1 sb adunan cokelat..tu pasaii marble x berapa cukup sampai ke tengah..haha)

8. Ulangi sehingga habis adunan.

9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.

10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).

11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.

12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.

Nota: Sedap, lembut dan senang nak buat...





Tuesday, September 28, 2010

Chocolate Mint Cake


Assalamualaikum..... eemm dah lama x buat kek, ari tu aku gi jalan kat dapur k.ummie so sudah jatuh hati la dengan dia punya Chocolate Mint Cake, eemm apa lgi kebetulan hari Sabtu ari tu kakak2 ku, kakak n sedaramara sebelah my hubby pun nak datang rumah jadinya ada la menu baru untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut la kekononnya. Tapi memang sedap la rasanya sebab lain dari yang lain coz bila kita makan tu kan ada rasa sejuk je bila masuk kat tekak berangin cam makan gula2 mint tu... terima kasih k.ummie memang tak menghampakan...

Bahan-bahannya

200 gm tepung naik sendiri


230 gm mentega

220 gm gula kastor

230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)

3 gm esen vanila (1 sudu teh)

30 gm serbuk koko (*ummi tambah lg 1 sudu teh emulco paste)

50 gm susu segar

beberapa titis pewarna hijau

beberapa titis esen peppermint

Cara2nya:

Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).

Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.

Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.

Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.

Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.

Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.

Buatlah secara berselang seli hingga habis.

Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.

Bahan Topping Honey Choc Fudge:-

150 gm coklat masakan

30 gm fresh cream

30 gm mentega

15 gm madu (2 sudu besar)

Cara Menyediakan:-

Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.

Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.



Tuesday, July 13, 2010

Banana Butter Cake

Petang tadi lepas balik dari ofis aku terus masuk dapur, fikir2 nak masak apa untuk malam ni rupa2nya aku terlupa yang gas dapur dah habis pagi tadi kuang3..... camner nak masak eeemmm....tetiba aku nampak sesisih pisang yang tergantung kat kabinet dapur aku tu terus aku teringat kat resipi Mat Gebu "Banana Butter Cake" aku pun cuba le buat eemm..mmg sedap dan gebu cuma aku tambahkan blueberry jam sebab ari tu aku buat cupcake ada lebih jadi saja2 lah nak menambahkan perisa, separuh lagi aku tak letak dan inilah hasilnyer...eemmm...yummyyy TQ Mat Gebu i teruja dgn resipi2 U hehehe... layannn...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...