Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Tart Gulung Pn Muz...


Assalamualaikum semua bertemu kembali dgn edisi kuih raya pulak hihihi...ha inilah hasil keje org yg tetiba je nak buat kuih tart ni. Inilah kuih raya pertama yg aku buat (eh silap yg ke2 dulu2 ada buat biskut arab kat ibu mertuaku) akcely smlm aku gi kedai bahan2 kuih nak beli brg2 utk buat kek harijadi my little princess esok tetiba lak aku terpandang tepung tart gulung so tanpa berfikir panjang aku pun terus sambar le dan ada pulak jem nenas.. eemmm menjadi le terus hasrat nak membuat. tapi wa ckp dgn lu.. kiranya cam tak aci lah ye sbb aku guna tepung yg ready made aje hihihi.. bkn ape sbb x nak pening2 kepala nak campur2 tepung so x salahlah kalau kita mencuba tepung ready made tu jimat masa & tenaga...dan alhamdullilah hasilnya sungguh memuaskan hati so gebusss...boleh dipercayailah tepung tu.. yelah kekdg tepung yg ready made ni ada kureng ckit kan tapi kalau anda beli kat kedai bahan2 kek/kuih insyallah hasilnya tidak menghampakan kalau kita beli yg kat pasar raya aje yg ragu2 ckit sbb pernah terkena.


Dan inilah hasilnya setelah berhempas pulas menekan. mengulung, membakar dan...memake over rupa kuih ni hihihi...hadoiii..mmg penat buat kuih ye, ni baru satu adunan dapatlah dalam 100++ tapi dia punyer penat cam buat 1000 biji hihihi..(nampak no x biase buatkan ) tapi bila dah siap dah rasa eemmm sodap... hilang rasa penat... tapi kalau menjadilah... inilah hasil kerja tanganku....so semaklah resipi ready made aku ni jom layan..

TART GULUNG
1 paket tepung ready made tart gulung (850gm)    
2 biji kuning telur
2 sk esen vanilla
500gm butter
jem nenas secukupnya
kuning telur utk sapuan atas tart

Caranya
  • putar butter selama 2 minit
  • masukkan kuning telur dan esen vanilla putar 1 minit
  • masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh
  • gentel jem nenas
  • masukkan doh didalam acuan dan tekan
  • letakkan jem nenas dan gulung dan sapu kuning telur (tapi aku tak buat pun sbb nak letak coklat)
  • bakar 180cc sehingga kekuningan dan angkat
  • setelah sejuk simpan didalam bekas kedap udara

Tart Gulung

Monday, February 21, 2011

Soft Donut


Salam olls.....dan akhirnya dapat gak aku buat Donut ni, sebenarnya dah lama nak buat tapi tak buat2 dah ari Sabtu lepas aku kotakan gak hajat dihati nak mencuba buat Donut ni. Aku ambik resipi dari Internet je kalau tak silap dari Chef Li. Dnut ni mmg lembut sedap je makan walau dah sejuk sebb dah dicampurkan dengan pelbagai ramuan utk melembutkannya. Tapi nasib baik ada assistant tolong buat kalau tak mungkin tak jadi gak donut aku ni hehehe... almaklum le saya budak baru belajar... TQ la kepada my bby sitter Mak Ina kerana dah beri tunjuk ajar membuatnya sbb dia mmg selalu buat Donut cuma resipi je lain ckit.

Dan untuk toppingnya aku olah sendiri ala2 Big Apple tu...hahaha...cetak rompak le ckit.....dan ini lah hasilnya... comot cikit ye harap maaf..maklum le bermain ngan cekelat ni mesti comot ingatkan nak celup dgn gula aicing je...tapi x pe la dgn cekelat pong sodap gak... ape kata kita semak resipinya sila la.......


 Bahannya :


  • 1500 gm tepung gandum (aku buat 1kg je itu pun dah banyak)
  • 32.5 gm yis segera
  • 70 - 80 gm majerin (aku letak 1sb je)
  • 120 gm gula
  • 1 1/2 biji telur (75 gm berat) (aku letak 1 biji)
  • 45 gm susu tepung (aku tak letak)
  • 15 gm garam
  • 15 gm voltex (bread softener)
  • 140 gm shortening
  • 7.5 gm baking poder
  • 750 gm air (aku guna susu segar je...)
  • 1 sudu makan ovalette
Cara membuat 
  • Masukkan semua bahan kering dan ovalette dan gaul rata.
  • Masukkan telu dan air dan kacau sebati
  • Masukkan shortening dan majerin
  • Gaul (uli) hingga sebati
  • Keluarkan doh dan rehatkan 5 minit
  • Canaikan setebal 1- 1.5 cm dan potong ngan pemotong donat
  • Letak doh atas taburan tepung
  • Biarkan doh naik dua kali ganda
  • Gorengkan dan sejukkan kan
  • salutkan ngan gula kastor
Donat ni lebih lembut dan lebih gebu daripada donat biasa kerana telah ditambah dengan pelbagai bahan.
Kelembutan tahan hingga keesokkannya. Tempoh pemeraman mesti mengikut masa yang diberi untuk menjami mutu. Goreng ngan api sederhana supaya masak sempurna

Mendingin bekukan donat
Goreng sehingga masak putih kekuningan.
sebelum bungkus.. bekukan donat supaya bentuk asalnya kekal.

Thursday, November 25, 2010

Tempeyek

Assalamualaikum....kalai ni nak tayang kuih tradisional kita iaitu Tempeyek. Ini memang kuih kegemaran aku dari dulu lagi, kalau masa raya aku tak cari kuih biskut2 ni kalau aku nampak tempeyek mmg aku belasah dulu.....kalau terkena yg sedap, yg ranggup mmg licin aku kejekan hehehe... x malu betul kan buruk perangai mmmuuaakkk....

Tapi kalau nak tau Tempeyek ni aku tak buat pun, ini made in Kedai Petronas hahahaha....mmg sedap la tempeyek ni ranggup betul, kalau makan tak boleh nak stop berhantu betul. Aku pernah laa buat tempeyek ni tapi tak berapa nak menjadi ar...dah banyak kali aku cuba eee... geram betul. Tapi mmg leceh gak la buat tempeyek ni renyah ckit. Api tak boleh terlalu kuat nanti kacang tak masak pas tu bancuhan tepung kena betul kalau tak nanti dia berderai dalam kuali... haii... mmg nak kena belajar lgi la...tpi tak ape la...nanti nak kena tanya pada org2 lama ye. So malam ni tak ada le resipi tempeyek ni ye... i'm sorry.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...