Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Chicken Grill with Brown Sause


Assalamualaikum...semua..dikesempatan ni aku nak ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Hulu Langat semoga tabah menghadapi dugan dari yg maha esa dan moga roh anak2 beliau di temptkan disamping org2 yg beriman amin... AlFatiha....

Ok berbalik kita pada resipi aku kali ni ialah Chicken Grill With Brown Sause, sebenarnya aku dah tak tau nak masak ape dah memandangkan aku ni dah kena diet utk mkn nasi so kekononnya ni makanan diet la ni hihihi...resipi ni sebenarnya resipi udah beberapa minggu yg lalau tapi tak sempat la nak masukkan kat blog disebabkan kesibukkan keje yg melambak ni ha... tapi skrg ni aku curi2 masa la utk update kan blog ni dgn seberapa ringkas aje la ye yg penting ada resipi disertakan dibawah so jom le layan....

Bahan-bahannya:
  • 2 keping isi ayam
  • 1sk lada hitam
  • 1sk origano (option)
  • 1sk paprika
  • sedikit garam
Caranya:
  • lumurkan semua bahan2 pada isi ayam dan perapkan 1 jam
  • panaskan kuali bersama sedikit minyak
  • masakkan isi ayam separuh masak
  • panaskan oven 180cc bakar hingga masak
  • sedia dihidangkan bersama sos dan salad pilihan
Utk sos, sebenarnya aku nak cepat so sos tu aku beli yg ready made jew hhihihi... just add air dan masak seketika jika suka bolehlah tambah dengan cendawan atau lada hitam... almaklum le org bekerja kalau boleh semuanya nak yg ready made je...hihihihi..



Sunday, March 13, 2011

Ayam Madu Sticky


Assalamualaikum......selamt berhari minggu selamat berehat bersama keluarga tersayang. Hari ni aku masak simple2 aje memandangkan my hubby tak de so aku masak apa yg ada je la... pagi tadi pun aku dah bersarapan dengan mee siam goreng so utk makan t/hari masak yg simple2 aje le iaitu Ayam Madu Sticky yg di sekodeng dari dapur Hana Jepun kita TQ hana sungguh sedap....tapi kita nak doakan la agar Hana sekeluarga di Kanazawa Jepun selamt dari segala bencana yg sebagai mana yg kita tahu sekarang ni Jepun dilanda bencana gempa bumi yg begitu dasyat sekali mudah mudahan rakyat Malaysia di sana semuanya selamat termasuk la juga org Jepun khususnya amin......
so utk resipi yg lagi senang dan mudah disediakan ni jom le kita layannnnn....
 

Ayam Madu Sticky
Sumber dari : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda diparut (aku pakai halia biasa je)
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan
  • 1 sudu besar sos cili & sos tomato
  • 3-4 sb madu
  • 1/2 sk lada hitam (aku letak sos lada hitam)
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua dalam mangkuk kecuali air. Peramkan sebentar 10-20 minit
  • Panaskan kuali non stick dgn sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky
  • Angkat dan buang lebihan minyak
  • Sedia dihidangkan



Wednesday, February 2, 2011

Ayam Kicap To'Ma


Waaah....ayam lagi....eemmm rumah aku ni macam tak boleh dipisahkan dgn ayam ni...asyik2 ayam, kejap2 ayam adoii yai kalau ikan kurenggg ckit tergolek2 je... tapi kalau ikan bakar ke, ikan siakap ke eemmm  laju ckit, tapi kalau ari2 nak mkn ikan siakap botak kepala.....hahahaha....berbalik pada menu kita tadi ayam kicap to'ma ni sebenarnya resipi dari bonda mertuaku. Resipinya lebih kurang same ngan resipi ayam masak kicap yg bisa tu le cuma tambahkan dgn cili kisar dan rempah 4 sekwn dan ayamnya lak tak digoreng dulu jom le kita tgok resipinya dulu... 

Bahannya:
  • 1 ekor ayam dibersihkan
  • 1inci halia ditumbuk
  • 3 ulas bwg putih ditumbuk
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • rempah 4 sekawan (rempah tumis tu le...cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis)
  • sedikit air asam
  • kicap secukupnya
  • 1 biji buah tomato dibelah 6 (size besar le, kalau kecik je belah 4 je)
Caranya
  • panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan goreng seketika
  • masukkan bahan yg telah ditumbuk bersama cili kisar goren sampai naik bau
  • masukkan pula ayam dan goreng seketika
  • masukkan pula kicap secukupnya dan air asam jawa biarkan mendidih dan ayam empuk
  • setelah ayam lembut masukkan bahan hirisan dan buah tomato gaul seketika
  • padamkan air, sedia dihidangkan

Tuesday, January 18, 2011

Ayam Kicap Berempah

Assalamualaikum semua...masa tak mengizinkan la utk aku upload resipi aku ni, ini pun curi2 masa gak ni sebenarnya aku kesibokkan le pulak minggu ni, nak upload kat rumah punya la lama nak masukkan gambar ni berjanggut tunggu siap leh tidur dulu, so sekarang ni kita layan la resipi ayam aku ni coz nak balik time (aku kat opis da....)


Bahannya:
  • 1 ekor ayam dibersihkan dan goreng separuh masak
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 3 ulas bwg putih ditumbuk
  • 1sb jintan halus ditumbuk
  • 1 biji bwg besar dihiris
  • 2 biji cili merah dihiris
  • 2 biji tomato di belah 4
  • 2 biji kentang dihiris sederhana tebal dan goreng
  • kicap manis secukupnya
  • 1 mangkuk jus asam jawa
  • dan bahan perisa (aku tak bubuh garam coz kicap dah masin)
Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yg di tumbuk tadi hingga garing
  • masukkan pula bahan hirisan dan ayam
  • goreng seketika dan masukkan kicap dan jus asam jawa
  • biarkan mendidih dgn api yg perlahan
  • akhir sekali masukkan kentang dan buah tomato tadi gaul seketika dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Thursday, December 2, 2010

Ayam Panggang Serai

Assalamualaikum......malam ni baru boleh nak update blog, setelah sekian beberapa hari tidak dapat nak update kan . Kali ni menu Ayam Panggang Serai, resepi ni aku dah sekodeng kat dapur PnHana kita tu, ha....terliur pulak bila aku tegok ayam panggang serai kat dapur rumah Pn Hana kita ni. Lgi pun aku mmg dah lama tak makan ayam panggang ni so aku pun merajinkan diri utk mencubanya....eeemmm.. boleh tahan gak la sedap jugak. Yang kelakarnya bolehkan aku beli 3 ketul aje, sedangkan mulutnya ada 4 apa lagi berebut2 le semuanya especially my 2nd son tu adoi yai sian beno teman tengok cam 4 hari tak makan punya la gelojoh mak aiii.. anak sapa la tu! hehehe......



Ha...yg ini tgh tggu masa je nak masuk dalam oven, tapi kalau nak di ikutkan kena le perapkan ayam tu dalam 1-2 jam gitu baru sodap ataupun semalaman baru mesra, tapi oleh kerana tak cukup masa dan perut pun dah berdondang sayang...so 1/2jam pun jadi ar.....hehehe...

Fuuhhh....panazzz...baru je keluar dari oven, dia punya bau wa..duh....enggak boleh tahan...my 2nd son dah tak boleh tahan2 lgi terus je nak makan walaupun panas....kalau cam ni boleh le buat lagi hehehe.... walau ape2 pun aku nak ucapkan terima kasih le kat Pn Hana kita ye kerana sudi berkongsi resipi walaupun awak duk jauh diperantauan ceewwahh....

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Wednesday, November 10, 2010

Paprik Ayam


Salam....bertemu kembali kita menu ari ini ialah Paprik Ayam. Sebenarnya ini masakkan ku yg 2 minggu lepas kot tapi baru hari ni berkesempatan untuk aku tayangkan. Kalau nak diikutkan resipi yg sebenarnya x de le letak sayur brokoli tu, tapi disebabkan aku masak ape yg ada dalam peti ajibku so..terjadi la sepeti ini..ia la.. kita tak leh membazirkan so masak la ape yg ado...yg penting rasanya sodap..hikhikhik (masuk bakul angkat sendiri nampakkk....) my 1st son tu kata sedap dia ingat aku beli kat kedai ishkishkishk.....x senonoh tau penat umie dia masak, ade ke kata beli kat kedai tak baik tau....dia ingat umie dia ni tak leh masak sedap cam kat kedai ala2 Thai ke? eeee.....x kuasa i...hehehe....masa aku masak ni dia x de kat rumah sekolah lum balik lgi dan kebetulan masa ni aku ambik halfday pgi so sempat la masak untuk anak2 sebelum aku gi keje t/hari alhamdullilah. Mai kita semak resipinya.....

Bahan2nya:

2 keping dada ayam bersihkan dan potong dadu
2 ulas bwg putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris
1 sb cili giling
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1 sb sos cili
1 sk gula
sedikit bahan perisa
(garam  aku x letak sebab dah masin dah)
sedikit kicap pekat (jgn bnyak sgt la ye agak2 je)
Sedikit Lobak Merah dipotong nipis
Sedikit Kacang panjang patah2 kan
2 helai daun limau purut dikoyakkan
1 biji cili merah dihiris
sedikit air (jgn bnyk sgt nanti kuah cair lak)
sedikit minyak untuk menumis

Caranya
  • rebus sebentar isi ayam angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak tumiskan bawang putih dah cili kisar sehingga naik bau
  • masukkan isi ayam, sos tiram, sos ikan, sos cili, gula dan bahan perisa
  • gaul rata
  • masukkan pula sayur sayuran, cili merah, bawang besar, daun limau purut dan sedikit air
  • biarkan sehingga sayur masak dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Tuesday, October 19, 2010

Rendang Ayam Kak Long


Malam ni aku masak rendang ayam bagi menunaikan permintaan my 2nd son. Dari hari minggu tu dia dah mintak aku masak rendang ayam. Tapi lain lak yg umie dia masak hehehe....masak Kerutuk Ayam le pulak tapi rupa sama aje dgn rendang ayam ni, my 2nd son tu tak tau yg umie dia masak kerutuk ayam. Tapi kesian la juga kan semalam dia mintak lgi rendang ayam, so hari ni umie baru tunaikan permintaan mu my lovely son hikhikhik...ok la tu kan. Tapi anak2 aku mmg suka makan rendang ayam ni. Selesai je masak my 1st son terus aje meratah rendang ayam ni, wah! laku betul cehcehcehhh....sodap le kot sampai 3 ketul dia makan sorang ishishish......Ooo ye hampir terlupa nak bgi tau, rendang tu ada nama Kak Long kan ha...itulah kakak ipar ku yg tersayang, dia la yg bgi resipi kata aku dulu, sampai sekarang aku ikut resipi dia sampai mak mertuaku pun suruh aku masak rendang ni sbb dia kata rendang aku ni lambat basi, eeemmm ye le kot, tpi mmg ye pun 2 hri pun leh tahan lagi tau. Mungkin aku tumis semua bahan2nya dulu kot, sebab ada org yg terus je lebur tanpa menumis. Kalau ikut resipi Kak Long aku dia pun tak tumis, saja aku yg olahkan sbb aku suka tumis dulu rempah2 tu bgi wangi lgi aroma dia. Cuba tengok resipi nie....

Bahan2nya

1 ekor ayam dibersihkan
3 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
3 batang serai*
1 sudu besar jintan halus*
1 sudu besar ketumbar*
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas tmbh lgi)
1 liter santan (1 biji kelapa)
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar gula
1 keping asam keping
Garam & perisa secukupnya
Sedikit minyak utk menumis

Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 kisar tadi
  2. Gorengkan sehingga betul2 garing
  3. Setelah itu masukkan pula ayam gaul rata
  4. Masukkan pula santan  dan kerisik kacau sebentar
  5. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat
  6. Masukkan pula asam keping gula, garam & bahan perisa
  7. Biarkan sehingga menjadi sedikit kering dan  msukkan pula hirisan daun kunyit
  8. Gaulkan sebentar dan padamkan api.

 Eeemm..sodap dimakan dengan nasi empet (ini pinggan ku da....)

Monday, October 18, 2010

Kerutuk Ayam

Assalamualaikum bertemu kembali......Menu hari ni ialah Kerutuk Ayam, resipi diambil dari buku 1Hari 1 Resipi oleh Chef Hanieliza, kebetulan aku mmg ada beli rempah kerutuk masa aku balik kampung raya baru ni. Sememangnya sedap....kalu x caya cuba la buat, kalau dimakan dengan nasik minyak ke, atau makan ngan roti pun sedap gak, tapi aku tak le masak nasik minyak sebab semalam baru je gi rumah org kawin dah makan nasi minyak, lgi pun my hubby tu kena jga makan sekarang sebab takut darah tinggi dia naik la pulak.

Jom kita tegok resipi dari Chef Hanieliza.

Bahan A
1 ekor ayam (aku buat 1/2 ekor aje)
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
1 sudu makan gula merah (aku x letak sbb x ada)
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak masak

Bahan B (dikisar)
5 biji bawang merah (digoreng)
2 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:

  • Tumiskan bahan yg telah dikisar sehingga garing
  • Masukkan rempah kerutuk dan kacau hingga sebati
  • Masukkan ayam,kerisik,garam,gula merah dan santan. Biarkan sehingga mendidih
  • Masak sehingga pekat dan ayam menjadi lembut
  • Pastikan kacau sekali sekala
  • Hidangkan dengan nasi atau roti

 Taraaa....dah siap...

Tuesday, September 21, 2010

Ayam Masak Merah


Ha..kali ni kita layan masakkan Ayam Masak Merah vesi Muza ye. Masakkan ni sempoi aje kalau ikut cara aku la ye hehehe...yang penting rasanya enak. Aku masak ni sebab teringin nak makan dengan ketupat sebab semalam masa on the way balik dri rumah mak mertuaku ada le orang jual ketupat kat tepi jalan kat Melawati tu.. jadi udah tersinggah la untuk membelinya, sebab raya ni aku lum makan lagi ketupat daun kelapa, jadi cam rasa tak sah le raya kalau tak makan. Aku pun bertanya la kat tukang jual tu, "cam mana jual ketupat ni? jawab m'cik tu satu ikat RM4.00 (seikat tu cuma ada 4 biji je maksudnya 1 biji RM1.00) dalam hati ku wah! mahalnya...tpi tak ape la disebabkan nak makan sangat aku pun beli la 2 ikat, ye la kalu nak masak pun nak kena rebus lama,kalu diikutkan cam arwah mak buat kena rebus 8 jam baru boleh angkat dan tahan lama. Pada keesokkannya baru la aku buat Ayam Masak Merah dan Kuah Lodeh. Ape lagi setelah selesai masak aku dgn tak sabarnya pun membelah le ketupat untuk dimakan bersama2 lauk tadi tu... ya Allah...tak cukup masak rupanya ketupat tu...dalam dia masih biji2 beras lagi dia tak mampat cam biasa...adoi yai...hampeh betul, tapi nak buat cam mana aku makan la jugak sbb dah belikan eemm...cian aku...

Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam dipotong biasa, bersihkan dan goreng separuh masak
  • 10 tangkai cili kering dikisar
  • 10 biji bwg merah dikisar
  • 4 biji bwg putih dikisar
  • 2 biji bwg besar dihiris halus dan digoreng
  • 5 sb sos tomato
  • 5 sb sos cili
  • 2 sb gula pasir (ikut rasa masing2 la ye)
  • sedikit air (kalau nak berkuah boleh la dilebihkan tpi jgn cair sgt x sedap)
  • garam dan bahan perasa
  • minyak untuk menumis
Caranya
  • Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga garing
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan gula
  • Masukkan pula ayam yang telah digoreng dan sedikit air biarkan sebentar
  • Perisakan dengan garam dan bahan perasa
  • Akhir sekali masukkan bawang goreng, gaul sebentar dan padamkan api
  • Boleh la dihidangkan



Wednesday, August 18, 2010

Assam Pedas Ayam Berempah


Semalam aku (eh! tetiba je tukar aku hehehe.. x pe la kita kan org m'sia) masak Assam Pedas Ayam Berempah untuk juadah berbuka. Aku pun dah tak tau menu apa nak dimasak fikir punya fikir ayam dah ada eemm masak assam pedas la my hubby and my 1st son pun suka gak makan assam pedas cuma aku olahkan sedikit resepi assam pedas ni. Hari ni aku tak tau lagi menu apa nak dimasakkan tak pe la jap lagi aku nak gi rumah mat gebu ke, nak gi rumah hana ke...nak cari resepi kot2 ada terberkenan ke leh msak utk berbuka ptg ni hehehe...

Resepinya

1/2 ekor ayam
3 biji kentang di belah 4
20 tangkai cili kering *
1 biji bawang besar*
3 ulas bwg putih*
1/2 inci halia dan kunyit*
Belacan (agak2 je..)*
1sk serbuk jintan manis
1sk serbuk  ketumbar
Air Asam Jawa (ni pun agak2 je...)
Air (mengikut kepekatan)
Garam dan Gula

(Bahan2 yg * dikisar)

Caranya:-

Basuh ayam bersih ketepikan, panaskan minyak tumis bahan2 yg dikisar tadi, serbuk jintan manis dan ketumber hingga naik bau dan garing, masukan ayam dan kentang dan air, tggu mendidih sekejap pas tu masukkan air asam jawa garam dan gula, bila kentang dah empuk padamkan api dan boleh dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...