Thursday, December 2, 2010

Ayam Panggang Serai

Assalamualaikum......malam ni baru boleh nak update blog, setelah sekian beberapa hari tidak dapat nak update kan . Kali ni menu Ayam Panggang Serai, resepi ni aku dah sekodeng kat dapur PnHana kita tu, ha....terliur pulak bila aku tegok ayam panggang serai kat dapur rumah Pn Hana kita ni. Lgi pun aku mmg dah lama tak makan ayam panggang ni so aku pun merajinkan diri utk mencubanya....eeemmm.. boleh tahan gak la sedap jugak. Yang kelakarnya bolehkan aku beli 3 ketul aje, sedangkan mulutnya ada 4 apa lagi berebut2 le semuanya especially my 2nd son tu adoi yai sian beno teman tengok cam 4 hari tak makan punya la gelojoh mak aiii.. anak sapa la tu! hehehe......



Ha...yg ini tgh tggu masa je nak masuk dalam oven, tapi kalau nak di ikutkan kena le perapkan ayam tu dalam 1-2 jam gitu baru sodap ataupun semalaman baru mesra, tapi oleh kerana tak cukup masa dan perut pun dah berdondang sayang...so 1/2jam pun jadi ar.....hehehe...

Fuuhhh....panazzz...baru je keluar dari oven, dia punya bau wa..duh....enggak boleh tahan...my 2nd son dah tak boleh tahan2 lgi terus je nak makan walaupun panas....kalau cam ni boleh le buat lagi hehehe.... walau ape2 pun aku nak ucapkan terima kasih le kat Pn Hana kita ye kerana sudi berkongsi resipi walaupun awak duk jauh diperantauan ceewwahh....

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...