Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Nasi Goreng Ayam Vs Udang




Salam pagi Selasa olls...minggu ni boleh dikira minggu rajin aku le ye sbb pagi2 aku dah update blog sbb pgi2 ni x dekeje sgt sbb semuanya aku dah uruskan dgn jayanya hihihi..dah pgi ni nak masukkan N3 Nasi Goreng Ayam Vs Udang. Ni menu semalam utk juadah berbuka puasa. Sebenonya aku dah ketandusan menu ape nak masak so fikir punyer fikir nasi dalam periuk banyak jadinya aku pun me-rekalah resipi ni. Bukan ape teringan masa hari sabtu baru ni my hubby ta-pau nasi goreng ayam sedap eemm...boleh tahan sodap dan juga teringat kat nasi goreng Muar yg menjadi febret aku masa sekolah2 dulu sooo.. yummy walaupun nampak cam simple tapi dalam nasi tu ada ayam goreng.. ditimbus ngan nasi fuuhh... meletop ko...hahaha...



Masa anak2 balik sekolah bila dia nampak pinggan ni huii.. terus serbu, maklum le balik sekolah semuanya lapo...my 1st son dia mmg suka mkn nasi goreng, apa lagi percaya atau tidak 3x tambah memandangkan dia tu yg mmg susah nak makan bila nampa nasi goreng ni terus terkam tak sempat nak mandi yg 2nd son tu pun sama gak terjerit jertilah umie dia suh mandi dulu baru makan eeemm.. x layan dah.. udang dulu dia terkam sepinggan udang dia belasah sorang and my little princess pun dah mula nak makan dah alhamdulliah...so nampaknya adakah bermula episod Nasi Goreng setiap hari? atau.. nasi berlauk? eemmm harus difikirkan ye...sbb tukang masak pun jemu gak kalau hari2 masak nasi goreng kan ha...jom kita semak resipi yg senang lagi sempoi ni...

Nasi Goreng Ayam vs Udang

Bahan-bahannya

1 pinggan nasi putih sejuk                                      
6-7 ekor udang
secekak sayur sawi
2 biji telur
3 ulas bawang putih diketuk
3 sb cili kisar
1 sb sos tiram
1sk serbuk pati ayam
1sb kicap pekat
garam & serbuk perisa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Caranya:
  • panaskan kuali dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan pula udang goreng sebentar
  • masukkan sos tiram, serbuk pati ayam, garam dan perisa secukupnya
  • goreng sebentar
  • setelah itu pecahkan telur dan tggu sebentar hingga telur sedikit keras
  • masukkan nasi dan kicap pekat gaul rata
  • akhir sekali masukkan sayur goreng sehingga sayur sedikit layu
  • padamkan api dan sedia dihidangkan bersama ayam goreng




Monday, January 10, 2011

Nasi Minyak


Salam semua....menu ari minggu hahaha...layan Nasi Minyak le pulak, bukan ape my 2nd son tu suruh masak ayam masak merah jadinya bila di pikir2 ayam masak merah sedap kalau dimakan dengan nasi minyak, jadinya bila masuk kedapur tu tengok bahan2nya pun ada apa lagi start le projek memasak nasi minyak lagi pun nak menghabiskan stock minyak sapi yg tinggal ckit tu kan yg disimpan dalam peti sejuk tu...lgi pun dah penuh peti sejuk aku tu dgn entah ape2 brg entah hikhikhik...tapi aku masak simple2 aje lauknya pun ayam merah dan acar jelantah aje malas nak masak dalca bukan ape anak2 aku ni kureng ckit makan dalca, yg diorang tau makan ayam masak merah aje so tak yah la buatkan jimat masa dan tenaga, jom tengok resipi simple aku ni jommm..... 


Bahannya
  • 4 cawan basmati
  • 1sb minyak sapi
  • 1sb minyak masak
  • 6 cawan air (guna cawan yg sukat beras tadi)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • sedikit perwarna kuning
  • 1 biji bwg besar dihiris
  • 2 ulas bwg putih dihiris
  • rempah 4 sekawan
Caranya
  • basuh beras dan rendam seketika dan toskan
  • masukkan minyak sapi dan minyak , tumiskan rempah 4 sekawan dan bahan hirisan hingga garing
  • masukkan air, susu dan garam
  • tunggu hingga mendidih
  • masukkan basmati
  • padamkan api dan terus masukkan kedalam rice cooker masak mcm biasa
  • sesudah masak renjiskan perwarna kuning diatas nasi tadi
  • tunggu hingga nasi betul2 kering baru la gaulkan tpi gaul pelahan2 nanti takut beras patah2
  • sedia dihidangkan

Thursday, December 30, 2010

Nasi Goreng Cili Padi


Ini lak menu pagi ni utk breakfast for my lovely family Nasi Goreng Cili Padi, tapi nama je cili padi tapi tak pedas mana punnn...sbb nanti my hubby n my 1st son tak leh nak makan lak sbb dia orang mmg tak kuat makan pedas. Malam tadi lepas tengok bola sempat lagi aku masak nasi untuk buat nasi goreng pagi ni...
Ala aku masak sempoi2 aje sbb pagi tadi mata ni macam dah melekat da tak leh nak bukak sbb mlm tadi tido kat kul 2 pgi melayan my little sweetie tu yg tak nak tido pas tu suh teman dia tgok TV adoii aii.. di tambah lagi ngan cuaca yg sejuk2 kuku ni hikhikhik... mmg sedap kalau tarik selimut. Jom le kita tengok resipi sempoi aku ni layanzzzz....

Bahannya:
  • sepinggan nasi sejuk
  • 2 ulas bwg putih
  • sedikit ikan bilis
  • 6 biji cili padi ( kalau nak pedas tambah lgi)
  • 1 biji bwg besar size sederhana
  • 1/2 inci belacan
  • 1sb sos ikan
  • 2 biji telur
  • garm dan perisa secukup rasa
Caranya:
  • panaskan minyak dan goreng ikan bilas ketepikan
  • tumiskan bahan2 yg telah di tumbuk goreng hingga naik bau
  • masukkan bawang yg telah dihiris dan pecahkan telur
  • tunggu telur sedikit keras dan gaul rata
  • masukkan bahan perisa dan nasi gaul rata
  • akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Friday, December 17, 2010

Nasi Lemak Hijau


Salam olls....inilah dia Nasik Lemak Hijau versi Muza hehehe...yg membuatkan hijau tu ialah jus daun pandan. Saja jer kan nak buat lain ckit selama ni asyik dgr aje nasi lemak hijau so semalam dah cuba buat alhamdullilah sedap cehhwahh masuk bakul angkat sendiri lak. Anak2 aku semua terkejut termasuklah bapanye sekali sbb kata buat nasi lemak tapi nape colour hijau peliknyer?? Hahaha...itulah mmg tak pernah makan pun nasik lemak hijau ni semuanya terkejut tapi rsa same je cuma aroma daun pandan tu yg harum membuatkan tergoda utk dimakan. Dalam kelam kabut tu jugak sempat jugak aku masak sayur kangkung utk dimakan bersama nasi lemak tu coz my hubby tu mmg suka kalau makan lawan ngan kangkung my 1st son pun mmg suka makan sayur kangkung smpi 2 pinggan my 1st son tu makan. My 1st son tu mmg susah nak makan nasi tau so kena masak makanan yg dia suka baru dia nak makan kalau tak...eemm...dia makan bila dia rasa betul2 lapar jer. So utk resipi Nasi Lemak Hijau tu jom lan kita sama2 semak seperti berikut

Bahannya
  • 4 cawan beras (aku guna beras biasa aje dan aku guna cwn ricecooker yg kecik tu)
  • 1 cwn jus daun pandan (dri 5 helai d/pandan dikisar bersama 1 cwn air)
  • 5 cwn santan (diambil dri 1biji kelapa)
  • 1 inci halia diketuk
  • garam secukup rasa
* (sukat air guna cwn yg sama dgn cwn beras ye)

Caranya
  • Basuh beras dan toskan
  • masukkan beras kedalam ricecooker
  • masukkan pula jus pandan, santan, halia yg diketuk dan garam
  • masak seperti biasa
  • setelah masak bolehlah dihidangkan bersama sambil tumis kegemaran



Thursday, November 25, 2010

Nasi Goreng Cili Kering


Ha...nampak tak nasi goreng tu...terliur tak...hehehe...jangan terkejut ye tengok cili tu besar2, saja  mmg tak nak tumbuk lumat sangat baru le terasa. Bukan apa petang tadi perut ni lapo betul pas tu tetiba je teringat kat nasi goreng cili kering ni dah lama tak buat, kebetulan nasi pun ada so...jalan je la... Sebenarnya nasi goreng ni mengingatkan masa aku duk kat rumah lama dulu. Ada la kakak kat Melawati tu diajual nasi lemak pgi2 la yg open table tepi jalan tu...kat situ selain dari nasi lemak ada jugak nasi goreng. Aku nak bagi tau kat hang pa semua..yg nasi goreng dia mmg terangkat u.....kalau lambat mmg habis. Nasi goreng dia lebih kurang cam ni le... tapi dia punya cili kering tu mmg besar2 ada yg dia bubuh setangkai setangkai. Masa memula tu my hubby yg beli masa tu aku dalam pantang anak no 2, punya la aku terkejut tgk cili dia so my hubby suruh la aku rasa memula tu takut gak nak makan sbb dlm pantangkan mana boleh makan sebarangan lagi pulak masa tu aku operation, tapi oleh kerana terliur aku pun menyamah la sesudu, 2 sudu eh terlebih lak...sbb sodap rupanya dan dari hari itu bermula la episod Nasi Goreng Cili Kering.... sampaikan kawan2 aku kat opis pun tiap2 pagi kirim. Tapi sekarang ni.... kakak tu dah pindah kat Rawang...so x de la lagi nasi goreng cili kering ni... kalau teringin buat je la sendiri tapi tak sama le rasanya itulah namanya air tangan....Jom kita kongsi resipi....

Bahannya:
  • 1 pinggan nasi sejuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah dihiris
  • 1 biji telur
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan bahan perisa secukup rasa
Caranya:
  • Rendam sebentar cili kering dgn air panas dan tumbuk bersama bawang putih
  • Panaskan minyak dah tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing
  • pecahkan telur tggu sebentar dan kacau
  • masukkan garam, perisa dan bawang yg dihiris tadi
  • masukkan pula nasi, kacau rata dan masak seketika
  • padamkan api dan sedia di hidangkan

Tuesday, October 19, 2010

Nasi Goreng Ikan Bilis


Assalamualaikum.....bertemu kembali....semalam aka tak dapat nak update blog ni, sebab aku sakit kepala da...lepas makan nasi goreng ni aku terus tidur. Aku sempat masak nasi goreng aje untuk santapan keluargaku semalam tapi alhamdullilah... walaupun nasi goreng aje yg sempat dimasak. Pas tu nak menambahkan sodap lgi aku goreng la ayamas segera tu....jadinya sedap la dimakan dengan nasi goreng orang sakit tu hehehehe.....yg penting konyang....Nasi goreng aku ni simple aje resipinya, kalau tak caya cuba tengok resipinya, silalah....

Bahannya:
1 pinggan nasi putih (lgi elok nasi yg sejuk)
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang kecil*
2 sudu besar ikan bilis direndam*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
2 biji telur
2 sudu besar sos ikan
Sedikit minyak
Garam & perisa secukup rasa
(* ditumbuk)

Caranya
  1. Panaskan minyak tumis semua bahan2 yg ditumbuk
  2. Goreng hingga garing
  3. Masukkan telur biar sebentar
  4. Masukkan pula garam dan perisa
  5. Kacau sebentar dan masukkan pula nasi
  6. Gaul hingga rata
  7. Akhir sekali masukkan sos ikan dan gaul rata selama 2-3 minit padamkan api
  8. Sedia dihidangkan
Ha...cammane senang je kan.

Thursday, August 26, 2010

Nasi Ayam


Hai.....semalam aku MC sebab badan aku rasa terlalu penat sangat sampai nak bangun pun tak boleh mungkin tak cukup tidor kot...ye lah tiap2 hari bangun pukul 4.30am pastu tak tidor terus gi keje... tu yang rasa penat sangat badan ni. Emm berbalik pada menu berbuka puasa kita pada hari semalam ialah Nasi Ayam, masakkan yg paling senang untuk dimasak disebabkan aku nak relaxkan so aku pun memikirkan sesuatu yang enak dimakan dan senang disediakan hehehe...(malas le tu ..) anak2 aku pun suka makan gak nasi ayam ni . Jom layan resepinya...

Bahan untuk nasi:

4 cwn beras wangi (beras biasa pun boleh jugak)
1 biji bwg besar dihiris
3 biji bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 kiub pati ayam
6 cawan air
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit Minyak/Planta untuk menumis

Caranya:
- Basuh beras ketepikan
- Panaskan minyak/planta tumiskan bahan2 yg dihiris sehingga sedikit garing
- Masukkan beras goreng seketika
- Masukkan air dan daun pandan
- Perisakan dengan garam dan kiub pati ayam
- Tunggu mendidih dan alihkan ke dalam periuk nasi dan biarkan masak
   *(saya terus tumis dalam periuk nasi atas dapur dulu) 

Ayam Goreng

1 ekor ayam belah 4 (senang nak goreng kalau tak nak belah pun boleh jugak)
1 sudu madu
1 biji limau kasuri (ambil jusnya)
Air (untuk rebus ayam)
Garam
Minyak untuk menggoreng (goreng dlm minyak yg banyak)

Caranya
- Masakkan air sehingga mendidih
- Masukkan madu dan jus limau kasturi
- Masukkan ayam tadi rebus seketika (jgn lama sangat)
- Angkat ayam dan toskan
- Lumurkan ayam dgn sedikit garam
- Panaskan minyak dalam periuk dan goreng ayam sehingga masak

Sup

1 ekor rangka ayam dibersihkan dan tos
1 biji bwg besar dihiris
3 biji bwg putih dihiris
1 inci halia diketuk
Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
sup punjut (saya pakai sup bunjut tulang sbb semua dah ada didalam)
1 liter air
1 kuib pati ayam
Minyak untuk menumis
1 pokok daun dawang untuk hiasan

Caranya
-Panaskan minyak, masukkan bahan2 hirisan tadi dan rempah 3 sekawan goreng sampai sedikit garing
- Masukkan rangka ayam, air dan sup punjut
- Perisakan dengan garam dan kuib pati ayam
- Biarkan sehingga masak

Sos Cili

4 biji cili merah dikisar
1 biji bwg putih dikisar
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb gula
Sedikit garam

Caranya
- Satukan semua bahan2 dan masak seketika

Kicap

2 cwn sup ayam
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
sedikit tepung jagung

Caranya

- Satukan bahan2 tadi kecuali tepung jagung dan masak seketika
- Bancuh tepung jagung  dgn sedikit air dan masukkan kedalam kuah kicap tadi ikut kepekatan

Bahan Ulaman

1 biji timun
2 biji tomato
sepokok daun salad






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...