Wednesday, September 29, 2010

2nd Sidang Makan2


Assalamualaikum.....hehehe..rajin bebeno aku ni ek, buat makn2 lgi, bukan ape ini hidangan untuk org yg tak leh nak dtg pada hari Sabtu ari tu, jiran sebelah rumah sbb masa dia nak dtg tu, dia kata rumah aku masih ramai orang lagi jadi dia pun nak tunggu la sampai org balik baru dia nak datang, sekali tu tunggu punya tunggu sampai kul 10.30 org baru balik...jdi dia pun kata dah malam la nak dtg tak pe la lain kali je. Itu yg aku buat makan2 ni kesian lak dia dan unuk kawan2 my 1 son sekali. Ala..sekadar Kue Tiew goreng aje itu je yg termampu oleh kudratku yg agak dah penat ni....Alhamdullilah habis gak 4 bungkus Kue Tiew  hehehe...

 

Kue Tiew Udang

Bahan2nya:

  • 1 bungkus Kue Tiew


  • 15 ekor udang sederhana besar buang kulit dan ketepikan
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus fish ball

  • 4 ulas bwg putih

  • 1 sb cili kisar (klu nak pedas tmbah lgi)

  • sedikit daun kucai

  • 1 manggkuk taugeh

  • 1/2 cwn kicap cair

  • minyak untuk menumis

  • sedikit kicap pekat (agak2 la ye tpi jgn banyak sangat coz dah ada kicap cair nanti masin)

  • sedikit perisa (pak aji le..)
Caranya:

  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau

  • masukkan cili kisar goreng hingga garing

  • masukkan pula fish ball, bahan perisa, goreng sebentar dan masukkan pula udang goreng sehingga separuh masak

  • masukkan kue tiew kicap cair dan kicap pekat gaul rata

  • selepas itu pecahkan telur dan tunggu sekejap agak2 telur dah keras sedikit baru gaulkan

  • akhir sekali masukkan taugeh dan kucai gaul rata dan terus padamkan api

  • boleh la dihidangkan bersama cili jeruk (kalau ada la..)



Tuesday, September 28, 2010

Sidang Makan-makan

Hai..hari sabtu ari tu aku buat la sidang makan2 di rumahku, ye untuk my ahli keluarga je la dan yg terdekat je nak jemput semua tak termampu hehehe...sorry la ye. Menu pada hari tu ialah Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Dalca dan Acar Rampai. Alhamdullilah semuanya memang cucup2 aje sedang elok la jadi x la membazir and i so hppi sebab masakkan ku habis cuma nasi je tak cukup ptg tu aku kena masak lgi.




Penjaga Nasi hehehe....



Yg ini pulak kambing kakak iparku bgi sos black paper tu aku buat baru la ngam eemmbbeekk......hehehe..


Yg ni P'cik, M'cik N Sepupu belah my hubby

Kakak2 ku N my Anak Buah

Chocolate Mint Cake


Assalamualaikum..... eemm dah lama x buat kek, ari tu aku gi jalan kat dapur k.ummie so sudah jatuh hati la dengan dia punya Chocolate Mint Cake, eemm apa lgi kebetulan hari Sabtu ari tu kakak2 ku, kakak n sedaramara sebelah my hubby pun nak datang rumah jadinya ada la menu baru untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut la kekononnya. Tapi memang sedap la rasanya sebab lain dari yang lain coz bila kita makan tu kan ada rasa sejuk je bila masuk kat tekak berangin cam makan gula2 mint tu... terima kasih k.ummie memang tak menghampakan...

Bahan-bahannya

200 gm tepung naik sendiri


230 gm mentega

220 gm gula kastor

230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)

3 gm esen vanila (1 sudu teh)

30 gm serbuk koko (*ummi tambah lg 1 sudu teh emulco paste)

50 gm susu segar

beberapa titis pewarna hijau

beberapa titis esen peppermint

Cara2nya:

Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).

Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.

Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.

Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.

Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.

Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.

Buatlah secara berselang seli hingga habis.

Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.

Bahan Topping Honey Choc Fudge:-

150 gm coklat masakan

30 gm fresh cream

30 gm mentega

15 gm madu (2 sudu besar)

Cara Menyediakan:-

Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.

Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.



Tuesday, September 21, 2010

Mee Hailam


Dah puas makan nasi, kali ni kita makan mee la pulak. Aku masak Mee Hailam sebab my 2nd son tu suka makan mee. Hari minggu tu dia suruh aku masak mee, tapi aku tak buat jdi mlm tadi baru aku buat. wah bukan main suka lgi makan smapai 2 mangkuk sama la dengan my hubby lepas antar my 1st son gi tuisyen dia sambung lagi semangkuk ishk,ishk,iskk......tpi tak pe la hilang penat aku memasak kalau semuanya suka makan.

Bahan-bahanya
  • 1 bgks mee kuning
  • semangkuk isi ayam
  • 15 ekor udang segar
  • 5 keping fish cake
  • 1 bungkus bebola ikan
  • 3 ulas bwg putih diketuk
  • 1 btg carot dipotong bulat (ikut la ye nak potong cam mana pun)
  • 3 pokok sayur sawi
  • 4 btg bby corn
  • semangkuk kobis bunga
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 litir air
  • 1 cwn kicap cair
  • sedikit lada sulah
  • 5 sb kicap pekat
  • sedikit tepung jagung utk pekatkan kuah
  • bahan perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-carnya
  • Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan udang dan isi ayam goreng sehingga sedikit garing
  • Masukkan pula kicap pekat, kicap cair dan air
  • Setelah mendidih masukkan pula sayur sayuran kecuali sawi
  • Masukkan pula kiub pati ayam, bahan perisa dan tepung jagung yg telah dicampurkan dgn sedikit air untuk memekatkan kuahnya.
  • Tunggu mendidih, dan padamkan api
  • Dalam periuk lain pula, masakkan 1 litir air
  • Setelah mendidih padamkan api,celurkan mee kuning tadi seketika dan toskan (jgn lama sgt nanati kembang)
  • Boleh la dihidangkan bersama kuahnya.....

Sayur Lodeh


Ha...inilah dia Sayur Lodeh aku yang nak dimakan bersama Ketupat yang tak berapa nak masak tu kan hehehe.... Adoi yai puas rasanya dapat makan ngan ketupat, tapi itu pun tak berapa nak complete lauknya sebab tak ada sambal kacang, tak ada serunding kelapa, tak ada rendang....tapi tak ape la memandangkan masa tak mencukupi untuk memasak itu semua so makan la ape yang terlarat dimasak... eerrkkk.. Alhamdullillah.. kenyang perut ku...

Resepinya
  • 10 batang kacang panjang dihiris nipis
  • 1 batang carot
  • semangkuk kobis (agak2 je ye)
  • 1 biji terung dihiris kecil2
  • suhun dan perut tahu direndam
  • 1 bgkus tempe di hiris dadu
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji bwg besar dihirs nipis
  • 3 biji bwg putih dihiris nipis
  • sedikit serbuk kunyit
  • 20 ekor udang sederhana besar dibuang kulit
  • 1 mangkuk santan pekat
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • garam dan perisa
Cara-caranya
  • Panaskan minyak tumis bahan2 yg telah dihiris tadi sehingga sedikit layu
  • Masukkan pula udang (udang tu digaulkan dgn serbuk kunyit dulu)dan goreng sebentar
  • Masukkan sayur-sayuran dan sedikit air (jgn banyak sgt air nanti kuah cair lak)
  • Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, suhun, perut tahu dan bahan perisa
  • Tunggu sehingga mendidih, api jgn besar sangat dan selalu la mengaulkannya supaya santan tak pecah
  • Mendidih sekali terus padamkan api dan hidangkan

Ayam Masak Merah


Ha..kali ni kita layan masakkan Ayam Masak Merah vesi Muza ye. Masakkan ni sempoi aje kalau ikut cara aku la ye hehehe...yang penting rasanya enak. Aku masak ni sebab teringin nak makan dengan ketupat sebab semalam masa on the way balik dri rumah mak mertuaku ada le orang jual ketupat kat tepi jalan kat Melawati tu.. jadi udah tersinggah la untuk membelinya, sebab raya ni aku lum makan lagi ketupat daun kelapa, jadi cam rasa tak sah le raya kalau tak makan. Aku pun bertanya la kat tukang jual tu, "cam mana jual ketupat ni? jawab m'cik tu satu ikat RM4.00 (seikat tu cuma ada 4 biji je maksudnya 1 biji RM1.00) dalam hati ku wah! mahalnya...tpi tak ape la disebabkan nak makan sangat aku pun beli la 2 ikat, ye la kalu nak masak pun nak kena rebus lama,kalu diikutkan cam arwah mak buat kena rebus 8 jam baru boleh angkat dan tahan lama. Pada keesokkannya baru la aku buat Ayam Masak Merah dan Kuah Lodeh. Ape lagi setelah selesai masak aku dgn tak sabarnya pun membelah le ketupat untuk dimakan bersama2 lauk tadi tu... ya Allah...tak cukup masak rupanya ketupat tu...dalam dia masih biji2 beras lagi dia tak mampat cam biasa...adoi yai...hampeh betul, tapi nak buat cam mana aku makan la jugak sbb dah belikan eemm...cian aku...

Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam dipotong biasa, bersihkan dan goreng separuh masak
  • 10 tangkai cili kering dikisar
  • 10 biji bwg merah dikisar
  • 4 biji bwg putih dikisar
  • 2 biji bwg besar dihiris halus dan digoreng
  • 5 sb sos tomato
  • 5 sb sos cili
  • 2 sb gula pasir (ikut rasa masing2 la ye)
  • sedikit air (kalau nak berkuah boleh la dilebihkan tpi jgn cair sgt x sedap)
  • garam dan bahan perasa
  • minyak untuk menumis
Caranya
  • Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga garing
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan gula
  • Masukkan pula ayam yang telah digoreng dan sedikit air biarkan sebentar
  • Perisakan dengan garam dan bahan perasa
  • Akhir sekali masukkan bawang goreng, gaul sebentar dan padamkan api
  • Boleh la dihidangkan



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua. Lama tak update blog, maklum le... sibok beraya, balik kampung. Alhamadulilah raya kali ni semua perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat sampai ke destinasi yang dituju dgn selamat. Tahun ni saya balik kampung my hubby iaitu Kelantan, eemm... seronok sebenarnya balik Kelantan ni puas berjalan ye la 2 tahun sekali baru dpt balik Kelantan kan so banyak tempat le yg nak di tujunya terutama mak mertua ku semua orang nak jumpa dia kan so kita bawak le....dari pagi sampai ke malam beraya, kalau pasal makan tak usah cerita le eemmm.. mmg melantak habis-habisan sampai nak pecah perut, cuba bayangkan gi 5 buah rumah semuanya suruh kita makan nasi adoi yai...balik KL mau naik berat badan. Sekarang ni tengah mengawal selera makan ku wah! kalau boleh le.... tpi mulut ni asyik nak menyunyah je...compom naik la berat badan ku ini waaaakkkk....

Jom kita layan gambar raya jap


 



Ini sebahagian dari gambar raya ku di kampung eemmm..sungguh syok sambil makan kat serambi ditiup oleh angain sepoil2 bahasa...makin sedap le melantak wakakaka....

Saturday, September 4, 2010

Mee Goreng Basah


Salam....ha semalam my hubby buat permintaan nak makan Mee Goreng basah untuk berbuka puasa. Dia kata asyik makan nasi aje rasa cam dah tak larat dah so dia nak makan benda lain lak. Jadi aku pun puas le memikirkan ape la yg nak dimasak untuk berbuka nanti. Pada mulanya ingat malas nak masak, beli aje la susah2 sgt nak memikir ape nak masak, my hubby dia nak order pizza aje, tpi aku lak rasa cam tak leh nak telan lak berbuka ngan pizza, pas tu my hubby pun ok tak pe saya nak beli kueh tiow goreng je la, so aku pun ok je la tetiba teringat my 2nd son ari tu nak makan mee goreng...so tak jadilah beli kueh tiow goreng.....my hubby ckp goreng mee je la dan nampaknya umie kena la masak jugak huhuhu...(ingat malas nak masuk dapur kena jugak la...hehehe..)

Bahan2nya:

1 bks mee kuning
20 ekor udang dibuang kulit separuh tgglkan ekornya saja (ikut suka la ye)
3 pokok sawi
3 ulas bwg putih diketuk
taugeh (pun ikut suka nak letak bnyk mane hehehe...)
1 pkt fish cake
1 biji tomato dibelah enam
1/2 cwn kicap pekat
sedikit kicap manis (agak je la ye jgn terlalu banyk lak nanti manis sgt)
1 sb cili kisar (kalau nak pedas tmbah lgi ye)
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
3 cwn air
Minyak utk menumis
Sedikit garam dan perisa

Caranya;

- Panaskan minyak, tumiskan bwg putih sehingga naik bau
- masukkan pula cili kisar goreng hingga cili garing sedikit
- masukkan udang dan fish cake, goreng sebentar
- masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan kicap manis
- setelah itu masukkan pula air, dan bahan perisa biarkan mendidih sebentar
- masukkan mee kuning dan gaul sebati
- masukkan sayur sawi dan taugeh goreng sehingga sayur sedikit layu
- akhir sekali masukkan pula buah tomato gaul sebentar dan terus padamkan api, hidangkan




Friday, September 3, 2010

Bubur Jagung (versi Muza)


Yummy,yummyyy.....teringin nak makan Bubur Jagung tekak aku ni eemm.. maklum le tekak orang pose ni mcm2 nak makan mengalahkan orang mengidam lak hehehe...dan akhirnya dapat gak aku makan. tapi cam biasa la bukannya nak makan banyak2 aku cuma makan separuh mangkuk kecik je, nasib baik my 1st son tu suka makan bubur jagung dia la belasah...tapi kalau di letak dalam peti ais lgi sodap dimakan sejuk2 eemmmm...sluppp...hehehe..tak baik la aku ni pose2 ckp cam ni kan ada pulok yg terliur sorry....

Bahan2nya:

6 btg jagung dihiris dari btgnya
1 cwn santan pekat
1 cwn susu cair
1 cwn sagu biji direbus dahulu sehingga biji2 menjadi jernih
500 liter air
2 cwn gula pasir (ikut suka la ye jika nak manis tmbh lgi)
2 helai daun pandan disimpul

Cara2nya:

- Rebus jagung yg telah dihiris tadi bersama air, gula dan daun pandan masak sehingga
   jagung empuk
- Setelah empuk masukkan susu cair, santan pekat dan sagu (api kena perlahan ye)
- Kacau sehingga mendidih sekali dan terus padamkan api dan dah siap!



Thursday, September 2, 2010

Kailan Ikan Masin


Ha...yang ini pulak Kailan Ikan Masin ngam la makan dengan Ikan Masam Manis tadi tu...x yah nak gi makan kat kedai kat rumah pun umie boleh masak sedap lgi murah hehehe...(perasaan la pulok) puas kita orang makan semalam eerrrrkkk....alhamdullilah...kenyang perut ku.... Semalam masak semuanya menu cam kat kedai ala2 Siam gitu, cuma Tom Yam je tak sempat nak masak, tapi kailan ni anak2 tak nak makan biasa la..bebudak mana suka makan sayur puas ajar tetap tak nak makan. Dulu aku pun tak suka makan sayur gak, tapi masa aku duk bujang dulu aku ada kawan dia mmg suka makan sayur dan ulam2 aku dok tengok je dia makan dan ape yg aku tak makan aku akan bgi kat dia, pas tu dia suka masak sayur kailan ni dia pun dah suruh le aku cuba makan eeemm...mmg sodap rupanya aku ingatkan pahit lepas dari tu smpi le skrg ni aku suka sgt mkn sayur hehehe...itu la citer lama ku......TQ Sue kerana ko aku dah makan sayur hehehe.....

Banan2nya:

5 btg pokok kailan
2 keping ikan Tenggiri masin di potong kecil2 (yg jeruk tu)
3 ulas bwg putih di ketuk
1 biji bwg kuning dihiris
1 biji cili merah dihiris
2 sb sos tiram
2 sb sos ikan
Sedikit garam

Caranya:

- Basuh kailan tadi dan potong mengikut size kesukaan anda
- goreng ikan tenggiri masin seketika
- masukkan bawang putih, bawang kuning dan cili merah tadi
- goreng seketika, masukkan sos tiram, sos ikan, sedikit garam dan batang kailan
- setelah btg kailan sedikit lembut masukkan daunnya pula
- goreng sehingga sedikit layu, padamkan api dan hidangkan



Siakap Masam Manis


Assalamualaikum......kali ni kita layan menu ikan Siakap Masam Manis lak, ini resipi hari semalam tetiba lak terasa nak makan ikan siakap masam manis, ape lgi pgi tu aku pesan kat bby sitter tolong belikan kat kedai yg berhampiran ngan rumah tu sbb kedai tu boleh tahan le murah regenya...resipi ni paling mudah dan cepat untuk dimasak, anak2 aku pun suka gak makan ikan masam manis ni. My 2nd son tu smpai bertambah2 makan weiii la...anak ku kalau pasal makan eeemmmm mmg tak pernah tolak, hilang penat lelah umi masak bila tengok anak2 N my hubby makan hehehe......kita layan la resipi ni...

Bahan2nya :

- 1 ekor ikan siakap dibersihkan
- 1 biji bwg kuning di potong dadu
- 3 ulas bwg putih diketuk/dicincang
- 2 biji cili merah
- 1 cili hijau
- 1/2 biji timun didadu
- 1 mangkuk nanas yg dipotong dadu
- 1/2 cwn sos tomato
- 1/2 cwn sos cili
- 5 sb sos ikan
- 2 sb gula (ikut rasa ye)
- 2sb tepung jagung
- 2 cwn air
- Sedikit garam

Cara2nya:

- Lumurkan ikan dgn sedikit garam dan goreng sehingga sedikit garing dan ketepikan
   (jgn garing sgt nanti keras)
- tumiskan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, nanas yg telah didadu tadi.
- goreng sebentar selepas itu masukkan gula, air dan tggu sehingga mendidih
- setelah mendidih masukkan pula cili yg telah dihiris, timun, bawang dan perisakan dgn secubit garam
- akhir sekali masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air utk memekatkan kuahnya
- padamkan api dah curahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...