Wednesday, September 29, 2010

2nd Sidang Makan2


Assalamualaikum.....hehehe..rajin bebeno aku ni ek, buat makn2 lgi, bukan ape ini hidangan untuk org yg tak leh nak dtg pada hari Sabtu ari tu, jiran sebelah rumah sbb masa dia nak dtg tu, dia kata rumah aku masih ramai orang lagi jadi dia pun nak tunggu la sampai org balik baru dia nak datang, sekali tu tunggu punya tunggu sampai kul 10.30 org baru balik...jdi dia pun kata dah malam la nak dtg tak pe la lain kali je. Itu yg aku buat makan2 ni kesian lak dia dan unuk kawan2 my 1 son sekali. Ala..sekadar Kue Tiew goreng aje itu je yg termampu oleh kudratku yg agak dah penat ni....Alhamdullilah habis gak 4 bungkus Kue Tiew  hehehe...

 

Kue Tiew Udang

Bahan2nya:

  • 1 bungkus Kue Tiew


  • 15 ekor udang sederhana besar buang kulit dan ketepikan
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus fish ball

  • 4 ulas bwg putih

  • 1 sb cili kisar (klu nak pedas tmbah lgi)

  • sedikit daun kucai

  • 1 manggkuk taugeh

  • 1/2 cwn kicap cair

  • minyak untuk menumis

  • sedikit kicap pekat (agak2 la ye tpi jgn banyak sangat coz dah ada kicap cair nanti masin)

  • sedikit perisa (pak aji le..)
Caranya:

  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau

  • masukkan cili kisar goreng hingga garing

  • masukkan pula fish ball, bahan perisa, goreng sebentar dan masukkan pula udang goreng sehingga separuh masak

  • masukkan kue tiew kicap cair dan kicap pekat gaul rata

  • selepas itu pecahkan telur dan tunggu sekejap agak2 telur dah keras sedikit baru gaulkan

  • akhir sekali masukkan taugeh dan kucai gaul rata dan terus padamkan api

  • boleh la dihidangkan bersama cili jeruk (kalau ada la..)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...