Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Sayur Lemak Lada Hitam


Assalamualaikum semua.. salam hari Jumaat. Hari ni cuaca agak lembap sbb pgi2 dah hujan, sian my hubby gi keje basah dan aku lak jdi cam lembap gak ni mood tak berapa nak rajin malas je nak wat keje eemmm.. rasa cam nak zzzzzz.....hihihii.... heiiii Pn Muz wakeup la weiii hari dah siang dah ni jgn nak bermimpi lagi...tau la pasukkan Harimau Malaya dah kalah semalam tak kan lah nak sedih lak hihii...saje je kan, dan sebelum aku melalut entah kemane mane lgi ni baik kita berbalik pada N3 kita pada pagi yg berbahagia ni iaitu Sayur Lemak Lada Hitam. akcely menu ni menu ari tu yg bergandingan ngan Ikan tongkol sambal serai tu, yg ni utk anak2 yg tak makan sambal, walaupun ada lada hitam tapi tak pedas pun. Sebenarnya aku pun tak pernah gak masak sayur lemak putih letak lada hitam sampai lah aku balik kg my hubby iaitu Kelantan, m'cik dia dah masak lauk ni. Bila makan eh rasa lainlah sedap ada rasa lada hitam, so aku pun follow le resipi my m'cik yelah kita ubah seleralah ckitkan. Jom kita sekodeng resipinya...


SAYUR LEMAK LADA HITAM

  • sayur kegemaran anda (aku guna sayur sawi putih)
  • 6 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1sb lada hitam di tumbuk kasar
  • beberapa ekor udang putih ditumbuk kasar
  • semangkuk santan pekat
  • secawan air
  • 1 biji cili merah dihiris
  • garam & perisa secukup rasa
Caranya
  • satukan bahan2 tumbuk kedalam periuk
  • masukkan air dan didihkan (jika guna sawi putih masukkan skli btgnya dulu)
  • setelah mendidih masukkan santan pekat, sayur dan cili merah
  • perisakan dgn garam dan perisa secukup rasa
  • kacau perlahan dgn api yg sederhana supaya santan tak pecah
  • bila dah mula mendidih terus padamkan api
  • sedia dihidangkan
Sayur Lemak Lada Hitam


Friday, December 24, 2010

Pecal


Ye...sebelum ku masuk beradu inilah N3 terakhir pada malam ni.. eh dah pgi dah ni kan eemm.. tak ape la so serba ringkasnya ini adalah resipi dari my bby sitter. semalam masa aku ambik anakku my bby sitter dah bagi aku kuah pecal ni so makan malam aku semalam adalah Pecal, dari ari tu lagi tekak ni mcm terasa2 nak makan pecal ni tau, tetiba je.. ialah rezeki aku gaknya kan my bby sitter boleh bagi aku kuah pecal ni eemm... ape lagi pucuk dicita ulam mendatang le...malam tu gak aku berpecalan (eh ada ke perkataan tu...hentam je la janji paham hikhikhik) jom tgk resipi tapi sebelum tu TQ Mak Ina.....

Bahannya:
  • 500gm kacang tanah di goreng dan ditumbuk (jgn halus sgt)
  • 6 tangkai cili kering*
  • 5 biji bwg merah*
  • 3 sb udang kering*
  • sedikit belacan*
  • sedikit asam jawa
  • gula secukupnya
  • air secukupnya
(* digoreng dan ditumbuk)

Ulam-ulaman
  • sedikit kangkung*
  • sedikit pucuk ubi*
  • sedikit kacang panjang*
  • sedikit taugeh*
  • 2 keping tahu digoreng dan dipotong dadu
  • 1 keping tempeh digoreng dan dipotong dadu
  • 1 biji timun dihiris panji
(* dicelur)

Caranya
  • satukan semua bahan2 tumbuk
  • masukkan gula dan asam jawa gaul sebati (asam jawa tu jgn dicampur air)
  • setelah itu boleh la diambik separuh bahagian dan dimasak bersama sedikit air (agak2 je air tu jgn cair sgt)
  • masak hingga kuah menjadi sedikit pekat
  • sebahagian lagi boleh la disimpan didalam peti sejuk
  • satukan semua bahan ulam2an
  • curahkan kuah tadi keatasnya
  • gaul sebati
  • sedap dimakan begitu saje...



Wednesday, November 24, 2010

Sawi Goreng Sos Tiram

Salam... wah malam ni banyak pulak resipi yang aku masukkan ye, tak ape la kita kongsi bersama la ye...sayur sawi ni adalah salah satu sayur kegemaran aku. Kalau digoreng dengan ikan masin pun sodap... Kalau nak diikutkan sayuran berdaun hijau ni my hubby tak boleh makan sebb ada ape ek lupa lak. Kalau nak makan boleh tapi kena potong halus sikit dan rendam seketika baru boleh dimasak. So aku pun kena la ikut makan cam tu gak demi kesihatan my hubby cceeewwaa.....yo le tu hikhikhik...tapi kalau ikukan betul2 sayur ni pun dia tak leh makan gak sbb ada campur sos tiram n ikan bilis boleh naik darah....ape2 pun kita tegok resipi yg mudah lgi cepat, silalah....

Bahannya
  • secekak sayur sawi dibersihkan dan potong
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bwg putih dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • sedikit ikan bilis
  • 1sb sos tiram
  • 1sb sos ikan
  • sedikit garam
  • sedikit minyak untuk menumis
Caranya
  • panaskan minyak gorengkan ikan bilis sehingga sedikit garing
  • masukkan pula bahan2 yg dihiris tadi sehingga layu
  • masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit garam (jgn bnyak nanti masin)
  • setelah itu masukkan batang sayur goreng seketika
  • masukkan daunnya pula goreng sebentar dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Tuesday, September 21, 2010

Sayur Lodeh


Ha...inilah dia Sayur Lodeh aku yang nak dimakan bersama Ketupat yang tak berapa nak masak tu kan hehehe.... Adoi yai puas rasanya dapat makan ngan ketupat, tapi itu pun tak berapa nak complete lauknya sebab tak ada sambal kacang, tak ada serunding kelapa, tak ada rendang....tapi tak ape la memandangkan masa tak mencukupi untuk memasak itu semua so makan la ape yang terlarat dimasak... eerrkkk.. Alhamdullillah.. kenyang perut ku...

Resepinya
  • 10 batang kacang panjang dihiris nipis
  • 1 batang carot
  • semangkuk kobis (agak2 je ye)
  • 1 biji terung dihiris kecil2
  • suhun dan perut tahu direndam
  • 1 bgkus tempe di hiris dadu
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji bwg besar dihirs nipis
  • 3 biji bwg putih dihiris nipis
  • sedikit serbuk kunyit
  • 20 ekor udang sederhana besar dibuang kulit
  • 1 mangkuk santan pekat
  • sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • garam dan perisa
Cara-caranya
  • Panaskan minyak tumis bahan2 yg telah dihiris tadi sehingga sedikit layu
  • Masukkan pula udang (udang tu digaulkan dgn serbuk kunyit dulu)dan goreng sebentar
  • Masukkan sayur-sayuran dan sedikit air (jgn banyak sgt air nanti kuah cair lak)
  • Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, suhun, perut tahu dan bahan perisa
  • Tunggu sehingga mendidih, api jgn besar sangat dan selalu la mengaulkannya supaya santan tak pecah
  • Mendidih sekali terus padamkan api dan hidangkan

Thursday, September 2, 2010

Kailan Ikan Masin


Ha...yang ini pulak Kailan Ikan Masin ngam la makan dengan Ikan Masam Manis tadi tu...x yah nak gi makan kat kedai kat rumah pun umie boleh masak sedap lgi murah hehehe...(perasaan la pulok) puas kita orang makan semalam eerrrrkkk....alhamdullilah...kenyang perut ku.... Semalam masak semuanya menu cam kat kedai ala2 Siam gitu, cuma Tom Yam je tak sempat nak masak, tapi kailan ni anak2 tak nak makan biasa la..bebudak mana suka makan sayur puas ajar tetap tak nak makan. Dulu aku pun tak suka makan sayur gak, tapi masa aku duk bujang dulu aku ada kawan dia mmg suka makan sayur dan ulam2 aku dok tengok je dia makan dan ape yg aku tak makan aku akan bgi kat dia, pas tu dia suka masak sayur kailan ni dia pun dah suruh le aku cuba makan eeemm...mmg sodap rupanya aku ingatkan pahit lepas dari tu smpi le skrg ni aku suka sgt mkn sayur hehehe...itu la citer lama ku......TQ Sue kerana ko aku dah makan sayur hehehe.....

Banan2nya:

5 btg pokok kailan
2 keping ikan Tenggiri masin di potong kecil2 (yg jeruk tu)
3 ulas bwg putih di ketuk
1 biji bwg kuning dihiris
1 biji cili merah dihiris
2 sb sos tiram
2 sb sos ikan
Sedikit garam

Caranya:

- Basuh kailan tadi dan potong mengikut size kesukaan anda
- goreng ikan tenggiri masin seketika
- masukkan bawang putih, bawang kuning dan cili merah tadi
- goreng seketika, masukkan sos tiram, sos ikan, sedikit garam dan batang kailan
- setelah btg kailan sedikit lembut masukkan daunnya pula
- goreng sehingga sedikit layu, padamkan api dan hidangkan



Sunday, August 22, 2010

Solok Lada



Assalamualaikum.....semalam aku teringin nak makan solok lada, sebenarnya dari ari tu lagi aku nak makan pas tu aku beli la kat pasar Ramadhan 3 biji rm2.00 ok la kan, sekali tu masa berbuka tu aku makan alamak masin la pulak adoi yai potong selera aku. Masa aku balik rumah mak mertua aku ari tu ingat nak beli kat pasar Ramadhan kat sana sebab kat sana ada satu kedai tu mmg masakkan kelantan la dan rasanya pun ok la boleh tahan sodap tapi tak berkesempatan nak beli tu yang aku nak puaskan hati buat sendiri la hehehe...kebetulan masa aku singgah kat JJ nak beli bahan2 ada pulak cili Kelantan ni eemmm... cantik la... mmg dicari cari baru la betul2 Kelantan hehehe.....

Bahan-bahannya:

10 biji cili hijau belah tengah dan buang bijinya
4 ekor ikan Kembong bersihkan dan kikis isinya
1/2 biji kelapa parut
1 biji bawang besar ditumbuk hancur
Santan dari 1 biji kelapa
Garam dan Gula

Caranya

Tumbuk sedikit kelapa, campur isi ikan dan bawang tadi perisakan dengan garam dan gula gaul rata selepas tu boleh lah disumbatkan kedalam cili hijau yang telah dibelah tengah tadi selepas itu masukkan cili kedalam periuk bersama santan dan masak. Setelah masak boleh la diangkat cili tadi dan hidangkan.

Posted by Picasa

Saturday, August 21, 2010

Ayam Goreng Kunyit Bersama Sayur Kacang


Assalamualaikum.......salah satu juadah berbuka puasa semalam ialah Ayam Goreng Kunyit Bersama Sayur Kacang, menu yang paling ringkas dan senang hehehe...sebenarnya semalam tak de mood nak masak sebab masa aku gi kedai beli bahan2 utk dimasak, my lovely brownish (kereta kesayanganku daa....) kena tendang dek org yg tak bersekolah eeee... menyerap darah aku smlm tau, tak sabar2 motor tu bgi la org revers dulukan masalahnya bukannya aku baru nak revers, tapi dah separuh revers....ape la salahnya ko lepaskan kete dulu...org lain pun puasa gak...mcm le masa tu dah suntuk sgt nak berbuka baru kul 5.15ptg eeee...pak kal la aku ni berpuasa tau kalu tak......eeemmm  biarlah tuhan je yg membalasnya..habis bercalar kete aku, x sekolah betul la mesti tu lesen terbang kot hehehe... .sabo,sabo......pose....malas citer arrr...

Bahan2nya:

Isi ayam (ikut suka nak bnyk mana ye..)
10 urat kacang panjang - patah2kan
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1sb serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam, panaskan kuali dan goreng. Selepas ayam surah sedikit garing masukkan pula kacang panjang dan bahan2 yg dihiris tadi perisakan dgn sedik garam (jgn bnyk sgt sbb ayam tadi dah letak garam) tggu sehingga sayur kacang sedikit masak, padamkan api dan hidangkan.



Ha....yang ini pulak Kerabu Mangga pemberian my bby sitter, sodap tau.....dia memang suka makan kerabu hari tu dia buat kerabu taugeh dgn kerang tapi tak sempat nak ambik gambar la... tak pe lah yang penting sodap..yumyummm TQ Daun Keladi Mak Ina for the Kerabu Mangga hehehe....

Friday, August 20, 2010

Terung Berlado...


Assalamualaikum.....semalam mood malas masak, aku cuma masak terung berlado N ikan goreng yg lain semuanya beli kat pasar Ramadhan hehehe...(dtg angin malas), bukan apa.. sebenarnya tak tau la apa menu nak dimasak. Hari ni pun aku tak tau apa nak dimasakkan, tapi aku dah kirim beli ikan ngan bby sitter aku, dia kata ada offer ikan kat pasar sgi rumah aku tu eem.. aku pong tompang sekaki le..hehehe, tapi tu la...ikan cencaru nak masak apa yg sodap selain bakar N ikan sumbat ek eeemmmm....takpe la jap lagi kita gi jln2 kat rumah blogger kita ye hehehe....

Semalam aku kan tak masak lauk sangatkan, jadinya aku pun suruh la my hubby beli lauk kat pasar Ramadhan, apa lagi dia punya beli macam 10 org nak makan punya la banyak penuh meja sampai nak letak pinggan nasi pun tak muat ishkishkishk..... tau le perut lapar semua lauk dibelinya eeemmm...abi..abi....

Bahan2nya:

5 biji terung sederhana besar (belah 2 pas tu potong 3 atau ikut suka la ye..)
1 biji bwg besar*
2 ulas bwg putih*
2 sb udang kering*-direndam seketika
1 sb serbuk kunyit
5 biji cili merah*
Minyak utk menggoreng
Garam utk perisa
(* dikisar)

Caranya :-

Gaukan terung tadi dengan serbuk kunyit dan garam, panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan angkat. Panaskan sedikit minyak tumis bahan2 yg dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan sedikit garam (jgn banyak sgat coz udang kering dah masin) dan terung yg digoreng tadi. Goreng seketika dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.....

*Resepi ni my bby sitter yang ajar tau hehehe... TQ Mak Ina.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...