Showing posts with label Laksa. Show all posts
Showing posts with label Laksa. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Asam Laksa


Taraaa... yg ini pulak Asam Laksa, ini menu utk beberape minggu yg lepas da... bru sekarang masukkan hehehe... resipi laksa aku kali ni agak berbeza sikit dari yg selalu aku buat ha... aku dapat resipi di dari jiran bonda mertua ku ffuuhh... power giler kuah laksa dia mmg sodap tapi aku buat ni x le sesedap Pn Midah yg buat yo la air tangan lain2 kan mungkin dia punyer air tangan masin aku punyer tawar hihihihihi...jgn mare gurau jew..(eh Pn ke Cik ek eeemmm... ape2le hihihi) ape2 pun TQ le kerana sudi berkongsi resipi Asam Laksa ni sedap dan katanyer lagi kalau nak lagi sodap kalau nak makan laksa hari Ahad so kita masak kuahnya ari Sabtu baru le sodap raseyer dah meresap lagi... oooo...gituw..eeemm tapi mmg betul pun aku perhangatkan kuah ni 2 hari (sbb x habis kan) lepas tu makan mmg mantop beb..kalau tak caye cube le... jom kita kongsikan resipinya..

Bahannya:
  • 1 bungkus laksa rendam seketika dah rebus hingga lembut ketepikan
  • isi ikan sadin/kembung diblander
  • isi ikan masin kurau rendam dah blander (agak2 sebesar tapak tgn la.)
  • 2 biji bawang besar di blander
  • semanggkuk cili kisar (ikut le kalau nak pedas letak lebih)
  • asam keping secukupnya
  • bunga kantan secukupnyer separuh blander separuh hiris
  • daun kesum secukupnyer
  • air secukupnyer
  • garam dan bahan perisa
Bahan Ulaman
  • Timun
  • hirisan bawang besar
  • telur rebus
  • daun salad
Caranya
  • satukan bahan2 di atas kecuali laksa, masak hingga mendidih
  • perisakan dengan garam dan perisa
  • sedia dihidangkan dgn ulam ulaman


Saturday, November 20, 2010

Laksa Kelantan


Assalamualaikum.....semua, ptg ni aku buat Laksa Kelantan untuk my lovely family, ceehhwaaa......hehehe sebenarnya aku yg nak makan sangat laksa ni bukan ape saja mood rajin sudah mai. Alhamdullillah menjadi gak laksa aku ni walaupun first time buat. Ari tu aku ada beli laksam kat rumah aku ni eemmm boleh la sedap gak kakak tu buat so aku teringin nak buat sendiri. Anak2 aku pun suka makan jugak laksa ni sebab kuah lemak putih. Rumah aku ni kalau aku masak kuah lemak putih mmg laju ckit diaorang makan lawan ngan ikan goreng wahhh...kalau my 2nd son tu makan, tak toleh kiri kanan dah, laju je..... . Walauapa pun jom kita semak resipinya

Bahan A
  • 5 ekor ikan kembong hijau rebus dan kisar isinya
  • 10 biji bawang merah dikisar
  • 1/2 inci halia dikisar
  • 1 sk lada hitam dikisar
  • 1 liter santan 
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Bahan B
  • 1 bungkus laksa direbus hingga lembut dan ketepikan
  • 1 btg timun dihiris halus
  • 5 urat kacang panjang dihiris halus
  • 1 cawan taugeh
  • 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
  • secekak daun kesum dihiris halus
Bahan C
  • 4 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • sedikit belacan bakar
Caranya:
  • Satukan semua bahan kisar didalam periuk masak hingga mendidih
  • masukkan asam keping santan dan bahan perisa
  • masak seketika dan padamkan api
  • tumbukkan cili sehingga sedikit lumat 
  • masukkan belacan bakar dan tumbuk hingga lumat
  • masukkan laksa yg direbus kedalam mangkuk
  • sendukkan kuah dan taburkan dengan ulam ulaman
  • sedia dihidangkan








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...