Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Cita Rasa Orang Demam


Salam......hai bertemu kembali setelah sekian lama tak muncul kat blog ni, almaklum le virus demam melanda rumah aku ni pas sorang sorang demam memula my hubby, pas tu my little sweetie, pas tu my 2nd son dan seterusnya umminya le pulak eemmm alamatnya kalau ummi yg demam mmg tak berasap le dapur tu kan hahahaha... saje alasan le tu hikhikhik....tapi mmg betul aku kalau setakat demam je tanpa sakit kepala insyallah boleh buat keje lagi tapi kalu dah melibatkan kepala hotak aku ni eemmm..mmg KO la...so untuk melayankan tekak yg tak berapa nak berselera ni aku masak bubur le lagi pun my little sweetie tu pun sejak demam ni dia mmg tak nak makan aku ingat dia nak le makan bubur eeemmm haram 1 1/2 sudu pun dia tak nak adoiii yai susah ati tul aku. eemm ...dah la x nak makan pun tak leh nak paksa sat lgi dia muntah, ha... menambah lagi satu keje lak nak lap muntah dia silap2 ngan ummi2 sekali termuntah, jadi utk makan nasi bubur ni aku pun masak lah lauk yg ringkas lgi menyelerakan tekak org demam ni eeemm ape lagi kalau ada nasi bubur lawannya ialah ikan bilis goreng ngan bawang hiris dan cili hijau tapi aku letak cili merah sbb rumah aku tak ada stock cili hijau da.....dan...aku tambahkan lagi dengan telur hancur berlado... fuhhhh... selera tajam tuuu...kata domam...tapiii ...hahahaha sendiri mau ingat la dehhh....jom le layan resipi sempoi aku ni ha.....


Bahannya:
  • 3 biji telur
  • 1 ulas bwg putih ditumbuk
  • 2 sb cili kisar
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan perisa secukupnya
Caranya:
  • panaskan minyak tumiskan bawang putih dah cili hingga naik bau
  • pecahkan telur satu demi satu biarkkan sedikit keras
  • perisakan dgn garam dan perisa secukupnya (garam sikit je nanti masin)
  • kacau telur hingga hingga sedikit hancur dan sebati dgn cili
  • padamkan api dan sedia dihidangkan

Wednesday, January 12, 2011

Sambal Telur


Salam pagi....skrg ni pgi2 lgi aku dah update blog hikhikhik... dan ari ni pagi2 lagi aku dah menumis sambal dah masak untuk anak, nanti dia nak gi sekolahkan. Itu la rutin seorang ibu....akceli aku pun dah ketandusan idea nak masak ape sebenarnya, so pikir punyer pikir resipi yg senang dan simple dan yg penting my 1 st son suka makan adalah sambal telur le..lgi pun aku dah beli telur sikit punya banyak da utk buat stock mcm2 kita boleh masak dgn telur ni anak2 pun suka lebih2 lagi my little sweetie, kalau kita tnya nak mkn ape mesti dia jawab "nak telor..."itu je yg dia tau. Jom kita layan resipi ringkas ni layan....

Bahannya:
  • 3 biji telur
  • 1 ulas bwg putih ditumbuk
  • 3 biji bwg merah ditumbuk
  • 1 cwn cili kisar
  • sedikit jus asam jawa
  • sedikit air
  • sedikit gula
  • garam dan bahan perisa secukupnya
  • minyak utk menumis


Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk dan cili kisar
  • tumis hingga garing
  • masukkan jus asam jawa dan air
  • perisakan dgn garam, gula dan perisa
  • pecahkan telur satu, satu
  • kecilkan api, biarkan telur masak (jgn kacau nanti telur pecah, dan kalau boleh tutup la kuali/periuk)
  • setelah telur keras padamkan api
  • sedia dihidangkan

Wednesday, November 24, 2010

Lemak Kuning Telur Itik

Ha... yang ni last menu utk malam ni. Ini lauk untuk anak2 ku. Dia orangkan mmg suka sgt makan masak lemak, jadinya semalam aku gi paso lambak (itu bahasa kg aku kalau sini pasar malam da....) beli la telur itik utk dimasak lemak kuning ni la. Kalau kita pakai telur itik ni dia tak pecah cantik je bila dimasak, kalau telur ayam dia mudah pecah sbb lembut kalau telur itik dia keras ckit tapi kalau dah tak ada telur ayam pun boleh. Lawan makan masak lemak ni ialah ikan goreng & sambal belacan fuh yoo...sodap bro....maunya 2 pinggan habis....tapi malam ni aku tak buat pun sambal belacan sbb lazyyy...hehehehe...bukan ape nanti my hubby tu makan banyak lak. Sebenarnya aku dah kena complent ngan akak aku sbb suka masak. Dia ckap kalau aku selalu masak itu bukan nak tolong my hubby diet, tapi meggalakkan lagi dia makan, hehehehe... habis tu.. nak wat camner dah hobi aku memasak tak boleh nak ditahan tahan da.... tak pe la...nanti aku kena masak 2 jenis la... satu menu utk anak2 n satu lagi menu sihat untuk my lovely hubby ha...camner ok tak (kalau rajin la....hikhikhik...)

Bahannya
  • 5 biji telur itik
  • 1 biji bawang besar*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 keping asam gelugur
  • 500ml santan (dari sebiji kelapa)
  • 2 cwn air
  • sedikit garam dan perisa
Caranya
  • Kisar semua bahan * dan masukkan kedalam periuk bersama air
  • tunggu sehingga mendidih
  • pecahkan telur itik satu persatu
  • tunggu sehingga telur sedikit keras(jgn kacau)
  • masukkan pula asam gelugur dan santan, kecilkan api sedikit
  • kacau perlahan supaya santan tak berketul
  • perisakan secukup rasa, tggu mendidih sebentar, padamkan api
  • sedia dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...