Hehehe.....hari ni banyak lak resipi ye yang nak aku kongsikan, biasalah hari minggu... projek memasak la...terasa lak nak masak kuih sagu ni. Resipi cam biasa la ye diambil dari buku Chef Hanieliza kita la...TQ kak, mmg menjadi resipi ni anak2ku suka makan kuih ni sebab tu aku buat. Aku pernah buat kuih ni dulu tapi tak menjadi lembek gila...u sian anak2 tak leh nak makan. Kali ni alhamdullilah menjadi kuih ku, nasib baik ada buku resipi 1 Hari 1 Resipi jadi panduan....
Moh kita kongsikan resipi bersama
Bahan A
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sudu teh perwarna merah
1 helai daun pandan (simpulkan)
Bahan B
1/2 biji kelapa muda
dan sedikit garam digaul rata
Caranya
- Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan toskan
- Masakkan air,gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan
- Masukkan sagu serta perwarna merah. Kacau sehingga sagu kembang
- Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan kedalam loyang dan sejukkan
- Apabila sejuk potong dan gaulkan dengan kelapa muda yg telah digaulkan dgn sedikit garam
- Sedia dihidangkan
No comments:
Post a Comment