Assalamualaikum.....semua lama gak aku tak updatekan blog ni, bukan ape sbb mggu ni mmg aku sibuk ckit. Pada hari Ahad minggu lepas akak aku buat majlis pertunangan anaknya yg sulung, alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Pada hri itu aku dapatlah berkumpul adik beradik semua, suka sangat dpt jumpa dgn dia orang. Abg long aku pun dtg ngan semua anak2nya. Tpi dalam masa gembira tu ada dukanya, abg long aku x berapa sihat masa tu, sepatutnya dia yg jadi wakil pada pihak akak aku tapi oleh kerana keadaan kesihatan yg tak mengizinkan tmptnya diganti oleh abg iparku. Pada awal pagi Isnin aku mendapat sms mengatakan abg long aku masuk hospital KL, keadaaan dia bertambah teruk, semputnya semakin menjadi. pas tu pada ptgnya abg long aku telah di pindahkan ke hospital Pusrawi kerana dia ada insurance cover. Tiba di sana doktor nak cek jantung dia sbb jantung dia berdegup laju sangat. Pada keesokkanya abang long ku dimasukkan ke wad icu. Ya Allah.....keadaan bertambah kritikal doktor cakap jantung abang long ku tinggal 15% saja, rupanya jantung dia dah membengkak dah lama rupanya dalam 6 bulan. Masa aku gi melawat dia, mmg aku tak sanggup tengok keadaannya yg terlalu sukar untuk bernafas. Ya Allah kau selamatkan lah abang longku, jangan kau siksa abang long ku, kau ampunilah segala dosa2nya Ya Allah.....airmataku mmg tak henti2 mengalir, sampai kepala aku mcam nak meletop sakitnya kepala ku...
Yang tengah tu la abg long aku, kami bergambar adik-beradik pada majlis pertunangan anak kakak ku yg pakai baju putih tu, walaupun tak berapa sihat dia gagahkan diri juga untuk menghadiri majlis tersebut.
"Ya Allah ya tuhanku kau selamatkanlah abang long ku dan kau sembuhkanlah segala penyakitnya aminnnn....
No comments:
Post a Comment