Tuesday, November 9, 2010

Beef Noodle


Assalamualaikum semua.....wahhh....dah lama sungguh aku tak updatekan blog ni kan bukan ape tak ade mood la...almaklum la hati tgh gundah gulana le katakan. Jadi kali ni aku nak tujukkan menu malam tadi. Memang dari ari tu lgi aku nak makan beef noodle ni, selalunya aku makan beef noodle ni kat restoren Taiwan kat Ampang Point. Tapi oleh kerana aku dah lama tak ke sana (sebenarnya x ada member nak ke sana mmmuaakkk....) jadinya semalam sudah masak la ini beef noodle hikhikhik..
Resipinya aku main campak2 aje tapi lebih kurang dengan resipi chef kita tu la Kak Haneliza (pas masak baru la aku tgk buku resipi k.liza hehehe...eh same la...) tapi sebenarnya aku takut gak nak masak beef noodle ni coz my hubby tu kan ada darah tinggi, nanti naik lak darah dia tu habis la aku....tapi dalam manggkuk my hubby aku dah perahkan asam limau harap2nya tak le darah dia naik nantikan sbb ada masam2 cikit. Jom la kita tengok resipinya layanzzzz......

Bahan untuk sup:

500gm daging lembu
15biji bebola daging
1 biji bawang besar di hiris
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
1 sb serbuk lada sulah (ikut cita rasa la ye)
1 bungkus rempah sup tulang (yg dah ada kayu manis, bunga lawang, cengkih dll)
1 kiub pati lembu (brand knor ada kiub pati lembu)
4 btg sawi cina (ala yg btgnya besar tu ape namanya tak ingat la..)
1 btg lobak merah
air secukupnya (agak2 la ye)
garam secukup rasa

Bahan B

1 bgks  kueh tiew (atau ape2 mee pun boleh)
sedikit bawang goreng
sdikit daun sup & daun bawang
Kalau nak pedas boleh la buat kuah cili (cili merah & cili padi tumbuk dan perahkan asam limau je)

Caranya:
  • Rebus daging biar potong sederhana besar, dan masukkan sup puntut rebus sehingga daging lembut (jika kita rebus dagin dia akan keluarkan buih2 cokletkan jadi buangkan buih2 tersebut)
  • setelah daging empuk angkat daging biarkan sejuk dah hiris nipis
  • masukkan bahan2 hirisan, lobak merah dan bebola daging
  • renehkan seketika
  • masukkan pula bahan perisa
  • akhir sekali masukkan sayur sawi dan terus padamkan api
  • masukkan kueh tiew kedalam manggkuk dah jiruskan dengan sup tersebut
  • siap untuk dihidangkan

yg ni manggkuk my hubby eeemmm yummyy....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...