Assalamualaikum....hai kali ni aku nak tayang makanan yang paling aku rindui iaitu Ubi Rebus bersama Sambal Ikan Bilis. Peehhhh.. punya la terangkat makan ubi kayu musim hujan2 ni dihirup bersama air kopi panas ffuuuhhh...meletop...aje giler ko.....ooppss terlebih sudah hehehe....bukan apa tetiba je masa kat opis semalam tgh2 duk termenung mengenangkan nasib (saje je...hehehe..) teringat pulak kat ubi kayu ni. Api lagi masa aku balik keje semalam ku gagahkan kaki meredah hujan yg tak berapa nak lebat tu (tpi basah la jugak) aku gi ke kedai demi mencari ubi kayu untuk direbus, alhamdullillah dapat gak ubi tu, nasib baik ada. Setiba saja di rumah aku pun menyensingkan lengan baju keje (tak salin baju lgi tau hehehe...gelojohnyarr) terus merebus ubi kayu dan membuat sambal ikan bilis. Selepas Solat Magrib aku dan my hubby menjamu selera la dengan Ubi Rebus vs Sambal Ikan Bilis.... fuuhh la mak.....very the wonderfullll.....(hehehe...bahasa ape lak ni) best gilerr...i told u.....hehehe...
Tapikan sebut pasal ubi kayu ni aku teringat kat arwah mak, sebab masa kat kampung dulu, belakang rumah aku tu arwah Encik (ayah ku da...) dia mmg tanam pokok ubi ni punya la banyak, so arwah mak tiap2 minggu mesti ada masakkan yang berkaitan dengan ubi ni contohnya lepat ubi, ubi goreng, ubi getok, ubi rebus dan yang paling aku suka sekali kerepek ubi kayu bersira gula eeemm...mmg best.
Eee...rindunya dengan awrah mak dan encik huhuhu....Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment