Sunday, July 17, 2011

Apam Gula Hangus Part 2

Salam....sebelum tuan putri beradu sempat lgi nak update blog sbb my anak dara tu angin tgh baik so dia tak kacau umie dia update blog tgh layan kartun tak habis2 walaupun dah kul 12 tgh mlm tak nak tido eee.. geram tul tiap2 hari cam gitu kalau mlm2 minggu x pe la kalau hari keje adoii... itu pasal la umie dia kat opis hari2 nak zzzzz....sakit jiwa dan ragakan anak...anak layan aje le...so berbalik kita pada N3 mlm ni ialah Apam Gula Hangus ini kali kedua aku buat kuih ni mmg sedap dan lembut je kali ni aku buat pakai acuan kuih lompang comel ckit dan senang masuk mulut sekali ngap je tak le membazir...kalau buat size besar bkn ape bbdk ni cubit ckit pas tu x habis membazir je oleh kerana sayang umie dia lah tukang kutip masuk mulut sendiri hihihi...tu lah mcm mana umie ngan abi nak kurus bila sayang tgk makanan anak yg tak habis umie ngan abi lah yg jdi mangsa tukang habiskan...hehehe...jom kita layan gambo jap ye..




so skrg jom kita semak resipinya pulakk....

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak (aku guna minyak jagung)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 tepung gandum
Cara-caranya
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yg telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dn kisar lgi
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan kisar sebati
  5. kukus adunan tadi dalam loyang yg telah disapu dgn minyak masak selama 45 minit
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...