Saturday, July 23, 2011

Nasi Paprik


Assalamualaikum bertemu kembali kita di hari Jummat yg mulia ini dgn N3 baru ku iaitu Nasi Paprik. Ini menu mlm ni, yg sebenarnya ape yg dirancang tak menjadi sbb atas per mintaan  my hubby. Sebenonya aku nak masak nasi goreng seafood sbb ari tu dah janji ngan my 1st son nak masak nasi goreng seafood so mlm ni kononnya nak tunaikan lah janji tapi my hubby lak x nak dia ckp dah jemu la mkn nasi goreng je hihihi...eemmm.. susah tul tukang masak nak ikut yg mane satu entah yg anak nak nasik goreng yg bapak pulak tak mau hadoii.. poneng pale dibuatnya, tulah kekadang aku kena masak 2 3 lauk utk anak lain utk bapak lain utk mak lain hadoi mmg ponat nak melayan tekak masing2kan tapi ape boleh buat dah tanggungjawab... jlnkan lah tugas kita walaupun penat tapi bila nampak diorang makan berebut rebut hilang penat tukang masak terus jadi hepi.....



 Aku Masak paprik ni pun main campak2 aje sbb yelah tak ada perancangan nak masak paprik so ape yg ada dlm peti magic aku aje la aku campak dalam kuali yg penting sodap cewahh...perasan ye ke sedap...nampak cam sedap tapi rasa? ha.. hanya my family aje yg tau hahaha...eh tapi mmg sedap cam kat kedai tu x tipu pas ni aku boleh lah bukak kedai ala2 Thai walaupun aku bkn org Thailand tpi dah selalu sgt makan masakkan Thailand so secara tak langsung belajo le ckit2 kaedahnya.... cewaahhh cam ceft Wan le pulak hahaha..i bkn chef wan cuma chef Two ajew.... Jom le layan resipi campak2 aku ni....

Bahan-bahannya:

  • Seafood/ayam/daging
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 biji bawang kuning dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris (kalau nak pedas boleh letak cili padi)
  • 1 sb cili kisar
  • 2 sb sos cili (aku letak thai sos)
  • 2sb sos tiram
  • 1sb sos ikan
  • 1sb kicap pekat
  • sedikit hirisan lobak merah
  • sedikit hirisan bunga kobis
  • sedikit kacang panjang
  • 3 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis
Caranya

  • panaskan minyak goreng sebentar seafood/ayam/daging dan angkat ketepikan
  • tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa
  • setelah itu masukkan bahan yg telah digoreng tadi, semua bahan hirisan dan daun limau purut yg dikoyakkan
  • goreng sebentar dan padakan api
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih
Nasi Paprik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...