Tuesday, April 19, 2011

Blueberry Cheese Tart


Assalamualaikum semua...lame tak update blogkan, entah le semenjak 2,3,4 menjak ni malas tul nak update blog la.....entah kenape entah biase le kekadang tu tak de idea nak tulis ape sbb kesibukkan keje kot smpai tak leh nak berfikir hehehe.. saib baik tak gilo hahaha....ok berbalik kita pada N3 aku ni ha... taraaaa...akhirnyer dapat gak aku buat Blueberry Cheese Tart ni ha dah lame tul memendam dihati nak buat tapi pikir 2, 3 kali eh boleh ke aku buat ni? jadi ke? hehehe... dah akhirnyer sempena hari ulang tahun bonda mertuaku aku membuat keputusan utk membuat someting special for her dan... inilah hasilyer.. tapi kulinyer tu terrrkeras ckit sbb tertumpah tepung hahaha.. kekonon nak tambah ckit je tetiba lak tercurah bnyak ingatkan ok rupenyer bila dah bakar cam keras ckit tapi still ok lagi tak le keras cam batu....name pun percubaan pertama mesti ada yg terrrkureng ckit kan. resipi diambil dari My resipi dan my neighbour pun ada gak bagi tapi lum cube buat lgi coming soon tapi ape2 pun TQ le kat Pn Liza kerana sudi berkongsi resipinyer so akan ku cuba buat ye...so sila le semak resipinye...



Blueberry Cheese Tart
Resipi dari MyResipi

Bahan-bahan ( 10 biji )


Bahan untuk Sweet Pastry:-

125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling(inti):-

250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara

1.Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

3.Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul. 4.Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...