Friday, January 7, 2011

Mee Siam Goreng Putih


Salam hari Jumaat...hri ni pagi2 lagi aku dah kedapur (tiap2 ari pun msk dpur gak) nak masak breakfast utk anak2 ye la nanti diorang nak gi sekolahkan asyik masak nasi je jemu gak, so hari ni aku masak Mee Siam Goreng Putih, tapi ada org cakap Mee Goreng Singapore entah la yg mana satu ek, tapi tak ape la janji boleh dimakan hikhikhik...aku goreng ringkas2 aje maklum le pgi ni sejuk ckit so mata ni pun susah tul nak bukak sedap je tarik selimut alarm phone bunyi pun aku wat tak tau je...hikhikhik... sampaikan my little sweetie yg kejut " umi telephone bunyiiii...." pas tu umi pun jawab "eemmm...yee.." tapi tak bangun pun, sekali tengok jam dah pukul 6.30 ha....apa lagi kelam kabut le bangun terus masuk dapur, masa masak tu pun macan di alam mimpi je nasib baik mee siam aku tak masin, kalau tak kena complaint la dgn my hubby lagi hahaha....mai le kita tengok resipi ekspress aku ni jom layannn....

Bahannya:
  • 1 bungkus mee siam (bee hoon da...) direndam hingga lembut
  • 3 ulas bwg putih dicincang
  • isi ayam dihiris kecil
  • sedikit sayur kobis
  • 1 btg carrot dihiris halus
  • 1 sb serbuk lada sulah (kalau nak bubuh lada hitam pun leh gak)
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan bahan peria secukup rasa
  • sedikit air

Caranya:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hinnga naik bau
  • masukkan pula isi ayam goreng sebentar
  • masukkan sedikit air, garam, perisa dan serbuk lada sulah
  • masukkan pula mee siam goreng hingga mee lembut
  • last sekali masukkan sayuran goreng hingga mee kering
  • sedia dihidangkan, sedap dimakan dengan cili jeruk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...