Friday, December 24, 2010

Pecal


Ye...sebelum ku masuk beradu inilah N3 terakhir pada malam ni.. eh dah pgi dah ni kan eemm.. tak ape la so serba ringkasnya ini adalah resipi dari my bby sitter. semalam masa aku ambik anakku my bby sitter dah bagi aku kuah pecal ni so makan malam aku semalam adalah Pecal, dari ari tu lagi tekak ni mcm terasa2 nak makan pecal ni tau, tetiba je.. ialah rezeki aku gaknya kan my bby sitter boleh bagi aku kuah pecal ni eemm... ape lagi pucuk dicita ulam mendatang le...malam tu gak aku berpecalan (eh ada ke perkataan tu...hentam je la janji paham hikhikhik) jom tgk resipi tapi sebelum tu TQ Mak Ina.....

Bahannya:
  • 500gm kacang tanah di goreng dan ditumbuk (jgn halus sgt)
  • 6 tangkai cili kering*
  • 5 biji bwg merah*
  • 3 sb udang kering*
  • sedikit belacan*
  • sedikit asam jawa
  • gula secukupnya
  • air secukupnya
(* digoreng dan ditumbuk)

Ulam-ulaman
  • sedikit kangkung*
  • sedikit pucuk ubi*
  • sedikit kacang panjang*
  • sedikit taugeh*
  • 2 keping tahu digoreng dan dipotong dadu
  • 1 keping tempeh digoreng dan dipotong dadu
  • 1 biji timun dihiris panji
(* dicelur)

Caranya
  • satukan semua bahan2 tumbuk
  • masukkan gula dan asam jawa gaul sebati (asam jawa tu jgn dicampur air)
  • setelah itu boleh la diambik separuh bahagian dan dimasak bersama sedikit air (agak2 je air tu jgn cair sgt)
  • masak hingga kuah menjadi sedikit pekat
  • sebahagian lagi boleh la disimpan didalam peti sejuk
  • satukan semua bahan ulam2an
  • curahkan kuah tadi keatasnya
  • gaul sebati
  • sedap dimakan begitu saje...



Croissa Tuna Sandwich


Yang ini lak Croissa Tuna Sandwich breakfast pagi tadi yg sempat dibuat ianya cepat dan mudah disediakan. Yelah...asyik buat sandwich sadin je sesekali kena la tukar selera kan baru la tak jemu dek tekak kan....dan lagi satu kita tukarkan juga rotinye kita guna croissa eeemmm mmg yummmy...cam kat DeliFrance tu...hahaha....mmg mudah dan cepat kalau tak caya cuba tgk resipinya

Bahanya
  • 3 biji croissa dibelah tengah
  • 1 tin tuna in water
  • 3 sb mayonis
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 biji bwg besar dipotong dadu
  • sedikit jus limau kasturi
  • 1 biji tomato dihiris nipis
  • sedikit daun salad
Caranya:
  • masukkan tuna kedalam mangkuk sebelum tu buangkan airnya terlebih dahulu
  • satu kan semua bahan2 diatas kecuali tomato dan daun salad
  • gaul hingga sebati
  • susunkan daun salad kedalam croissa diikuti dgn tomato
  • sudukan tuna tadi kedalam croissa
  • sedia dihidangkan

Thursday, December 23, 2010

Siakap Masam Manis lagii....


Ya.....masakkan kegemaran MyLovelyFamily iaitu Siakap Masam Manis. Fuhh...berebut2 makan siapa lambat alamatnya makan tulang je la...huhuhu...My Family kalau gi makan kat kedai ala2 Thailand mmg tak ketinggalan order ikan siakap ni anak2 mmg suka makan kalau tanya nak order ape eeemm... mmg dia ckap nak makan ikan, so...kalau agak2 pitih tak dok tu so jgn berangan le nak bwk diorang gi makan kat kedai ala2 Thailand sat lgi ada yg kena basuh pinggan kat belakang huahuahuahua... nasib baik aku pandai reti masak ikan masam manis ni hikhikhik...jadinya kalau masak sendiri tu puas le sikit makan, kalau kat kedai seekor tak lari dri RM30 so kalau aku masak kat rumah RM30 tu leh beli 2 ekor ikan siakap kan dah jimat.....jadi apa lagi moh le kita tengok resipinya jemput......

Bahannya:
  • 1ekor ikan siakap digoreng dan ketepikan
  • 1sk cili kisar
  • 4sb sos cili
  • 4sb sos tomato
  • 2sb sos ikan
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 biji bwang besar di potong wedges
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 biji tomato dipotong wedges
  • 1 biji timun dipotong dadu
  • sedikit nenas (aku tak letak sbb x de)
  • sedikit air
  • sedikit tepung jagung (utk pekatkan kuah)
  • garam dan perisa secukup rasa
  • gula secukupnya
Caranya
  • tumiskan bwg putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan gaul sebentar
  • masukkan pula air, gula dan sedikit garam tggu mendidih
  • masukkan pula sedikit bancuhan tepung jagung tunggu mendidih
  • akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, tomato, timun dan nenas biar seketika
  • padamkan api dan jiruskan keatas ikan yg telah digoreng tadi
  • sedia dihidangkan

Daging Masak Hitam


Assalamualaikum.......malam ni nak tayang resipi hari minggu ari tu baru skrg berkesempatan nak upload. Ha ini la dia Daging Masak Hitam, sebenarnya tak puas makan masa kenduri kawin sepupu my hubby tu, ye la sibok kan melayan tetamu yg ramai sampai nasi minyak pun tak dapat nak rasa dah habis sian aku. So ari minggu lepas aku dah berjalan la kat dapur kekwn kita, tapi yg silpanye aku terlupa apa nama blog tu, walauape pun terima kasih la kepada kwn kita tu sbb sudi berkongsi resipi Daging Masak Hitam yg sedap tu. Jom kita semak resipinya

Bahannya A:
  • 300grm daging 
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 labu bwg besar
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 3 btg serai
  • 2 sudu jintan manis
  • 2 sudu jintan putih
  • 3 sudu ketumbar
  • 3 sudu cili kisar
  • Air secukupnya
Bahan B:
  • Kicap secukupnya
  • 3 sudu susu segar
  • 1 sudu kerisik
  • Garam N gula merah secukupnya (aku tak letak garam sbb kicap dah masin)
Caranya
  • Tumiskan rempah 4 sekawan
  • Masukkan bahan kisar tumiskan sehingga garing
  • Masukkan daging dan air renehkan dgn api yg kecil
  • Setelah empuk masukkan bahan B
  • Masak hingga kering
  • Sedia dihidangkan bersama nasik putih

    Tuesday, December 21, 2010

    Bihun Goreng

    Assalamualaikum.....bertemu kembali kita, bestnyer duk kat rumah..sbb aku bercuti, tpi tak duk kat rumah gak sbb bawak anak2 berjalan2, beli baju sekolah anak, beli buku sekolah anak dan mcm2 lgi aktiviti family termasuk bwk anak gi tgk wayang semalam citer 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' kelakar giler citer tu hahaha....sakit perut aku gelak. So pagi ni aku buat breakfast Bihun Goreng aje dah lama aku tak makan Bihun Goreng ni. Tapi kalau diingatkan masa arwah mak dulu kalau mak yg goreng fuhh..dia punya rencah punyer la banyak sampai tak nampak bihun tu penuh dgn udang la, tahu la, sayuran la, alamatnya kenyang makan rencah je bukan makan bihun hehehe....mmg sodap.
    Cuba tgok resipi Bihun goreng arwah mak ni jom layan...

    Bahannya:
    • 1 pkt bihun direndam hingga lembut toskan
    • 3 sb udang kering direndam
    • 3 biji cili besar*
    • 5 biji bwg merah*
    • 2 ulas bwg putih*
    • 15 ekor udang
    • 1 pkt fish ball
    • secekak sayur sawi
    • semangkuk taugeh (
    • minyak utk menumis
    • sedikit air
    • garam & perisa secukup rasa
    (* Bahan kisar)

    Caranya
    • Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga garing
    • masukkan pula udang dan fish ball masak hingga udang bertukar warna
    • masukkan pula air dan bahan perisa secukupnya tggu hingga mendidih
    • masukkan pula bihun goreng hingga lembut
    • akhirsekali masukkan pula sayur-sayuran goreng sebentar dan padamkan api
    • sedia dihidangkan

    Saturday, December 18, 2010

    Mee Goreng Mamak

    Salam....malam ni aku cuma masak Mee Goreng Mamak je, memandangkan ada sebungkus lagi mee ari tu so kira nak habiskan stok la kesnye ni. My 2nd son suruh goreng semalam lgi, tapi semalamkan aku dah masak nasi lemak, takkan nak goreng mee lagi....perut mana la nak sumbat nanti, ingatkan nak goreng pagi tadi buat breakfast tapi perencahnyer pulak tak ada eeemmm....jdi malam ni je la baru goreng. Aku buat sempoi2 je, selalu kalau aku goreng mee kuning ni mesti basah2 tapi kali ni ubah selera lak tukar jadi menu kedai mamak cuma teh tarik je x buat hikhikhik...Jom kita tgk resipinya

    Bahannya
    - 1 bungkus mee kuning
    - 3 ulas bwg putih dicincang
    - 3 biji bwg merah dihiris
    - 1 sk cili boh (kalau nak pedas tmbh lgi)
    - 10 ekor udang
    - 1 pkt fishball
    - secekak sayur sawi
    - 2 keping tahu digoreng dan hiris dadu
    - 2 biji telur
    - 1/2 cwn kicap pekat
    - 2 sb sos cili
    - sedikit air
    - bahan perisa (aku tak bubuh garam sbb kicap dah masin)
    - sedikit minyak utk menumis

    Caranya

    - Panaskan kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili boh hingga garing
    - masukkan pula udang dan fishball goreng sebentar
    - masukkan pula kicap, sos cili, bahan perisa dan sedikit air biar sebentar
    - masukkan mee gaul rata
    - setelah itu pecahkan telur tggu sebentar sehingga telur sedikit keras barulah digaul rata
    -masukkan pula sayur dan hirisan tahu gaul hingga sayur sedikit layu dan padamkan api
    - sedia dihidangkan

    Friday, December 17, 2010

    Nasi Lemak Hijau


    Salam olls....inilah dia Nasik Lemak Hijau versi Muza hehehe...yg membuatkan hijau tu ialah jus daun pandan. Saja jer kan nak buat lain ckit selama ni asyik dgr aje nasi lemak hijau so semalam dah cuba buat alhamdullilah sedap cehhwahh masuk bakul angkat sendiri lak. Anak2 aku semua terkejut termasuklah bapanye sekali sbb kata buat nasi lemak tapi nape colour hijau peliknyer?? Hahaha...itulah mmg tak pernah makan pun nasik lemak hijau ni semuanya terkejut tapi rsa same je cuma aroma daun pandan tu yg harum membuatkan tergoda utk dimakan. Dalam kelam kabut tu jugak sempat jugak aku masak sayur kangkung utk dimakan bersama nasi lemak tu coz my hubby tu mmg suka kalau makan lawan ngan kangkung my 1st son pun mmg suka makan sayur kangkung smpi 2 pinggan my 1st son tu makan. My 1st son tu mmg susah nak makan nasi tau so kena masak makanan yg dia suka baru dia nak makan kalau tak...eemm...dia makan bila dia rasa betul2 lapar jer. So utk resipi Nasi Lemak Hijau tu jom lan kita sama2 semak seperti berikut

    Bahannya
    • 4 cawan beras (aku guna beras biasa aje dan aku guna cwn ricecooker yg kecik tu)
    • 1 cwn jus daun pandan (dri 5 helai d/pandan dikisar bersama 1 cwn air)
    • 5 cwn santan (diambil dri 1biji kelapa)
    • 1 inci halia diketuk
    • garam secukup rasa
    * (sukat air guna cwn yg sama dgn cwn beras ye)

    Caranya
    • Basuh beras dan toskan
    • masukkan beras kedalam ricecooker
    • masukkan pula jus pandan, santan, halia yg diketuk dan garam
    • masak seperti biasa
    • setelah masak bolehlah dihidangkan bersama sambil tumis kegemaran

    
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...