Wednesday, December 29, 2010

Balik Kampung


Assalamualaikum......baru nak update blog, kali ni nak bercerita tentang kampung halaman ku yg tercinta. Hari Krismas yg lepas aku balik kampung ku iaitu Muar, dan pada masa yg sama nak gi kenduri kawin sepupu aku. Waduhhh... lamenya aku tak balik kampung, rindunya....kat sini aku nak tunjukkan foto yg sempat aku tangkap jom kita jalan2 ke Muar... zzzzuuummmm.....

Yang ni masa pagi 24hb OTW balik Muar adoii aii jem tu jalan dari Bangi sampai la ke Seremban....


Aksi2 orang2 yg tengah tension sebab jalan jem my little sweetie mmg tak duk diam tau kejap duk depan kejap duk belakang dan abg2nya tak habis2 bergaduh sbb nak duk tengah2 la nak baring la...nampaknya kena beli kete lgi besar la kot hikhikhik.....

Dan....akhirnya sampai  gak Muar dengan selamatnya... alhamdullilah...inilah bandar Muar tempat aku merewang dulu hikhikhik.....
Ha... yg ini Tanjung Emas tempat aku bercinta cintan dulu... ala...cinta monyet hikhikhik...

Wah...terliur tak tgok kepala ikan asam pedas ni hikhikhik...sesampai je kat Tanjung Emas tu ape lagi sebelum balik ke rumah akak,  kita orang pekena la asam pedas dulu waduhhh... x boleh tahannn...yummyyy...

eleeh malu2 kucing lak my 2nd son ni, orang suruh makan nasi x nak gi melantak aiskrim sampai 2 mangkuk pas tu x habis, so sape yg kena habiskan??? Abi jugakkkk...so salah sape agaknya ek eemmm.....


Ha...ini diantara menu breakfast orang Muar...pagi2 dah makan Satay ngan Mee Rebus tau...eemm balik KL baju keje aku pun dah ketat asyik melantak je...baru duk 2 hari 1 malam kalau balik seminggu, maunya tak boleh pakai langsung baju keje aku tu.. huuuaaakkkk....

Yang ni lak Pasar Muar dan yg sebelah atas tu shopping centre, aku pernah keje kat sini masa lepas SPM dulu, memula jadi Acc. Clerk, pas tu tukar jadi Cashier pulak...sbb jadi cashier massyuukkk... hikhikhik...

Yg ni bukan pisang busuk ye, tapi Pisang Raja Udang, aku tak pernah makan pun pisang ni tak tau le sedap ke tak....

Besooonyer buah mangga ni kan, abg yg tukang jual tu kata ini buah kedua, kalau yg pertama tu lagi beso sebiji beratnya mencecah 2kg lebih, rasanya tak masam manis, nyensel aku tak beli la adoooiii yaiii....

Jadinya inilah saja cerita aku balik kampung......entah bila la lagi aku nak balik ek tak tau le.. mungkin tahun depan bulan 2 baru balik kot sebab anak akak aku nak kawin bulan 2 tahun depan so... kita tuggu lak foto2 sekitar majlis perkahwinan anak buah aku ye....bye....

Friday, December 24, 2010

Aktiviti....bersama MyLovelyFamily....

Hai, ari ni tak ada resipi la disebabkan hujan so nak ke kedai membeli barang utk dimasak pun tak boleh so...nampaknya x berasap la dapur rumahku malam ni. Memandangkan esok Hari Krismas so opis aku diberi pelepasan separuh hari bekerja, yahoooo...balik kul 12.00t/h. Tapi kali ni nak tujuk la ari minggu aari tu kita org satu family ngan kakak iparku dan pakcik ku telah membawa keluarga masing2 gi tegok Dinos Alive kat Pusat Sains Negara Bukit Kiara. Seronok gak gi ke sana, sebelum ni cuma pernah lalu je depan bangunan yg macam bola golf tu... jom kita cuci2 mata jap





Pas dah puas kita orang menjelajah Dunia Dinosaur, perut pun dah berdondang sayang jadinya aktiviti seterusnya adalah mengisi perut la....kita orang gi ke Ikea lak nak makan meatball katanya..tapi yg sebenarnya....ada udang sebalik mee hikhikhik...akun nak gi cuci mata kat san ar... dah lama tak melayan mata ni kat sana hikhikhik nasib baik my laling nak u... jom kita tgk..



Amboi, amboi, amboiiii....anak2 ni...dah macam kat rumah dah dibuatnya nasib tak kena marah dgn pekeje Ikea tu tau habis tilam, sofa kena lanyak dik anak2 ku n anak2 buah ku ishkishkishk.....ha nampak tak foto kitchen tu fuuhhh...mmg cantik bangat sik itu kalau aku dapat ar... mmg 24 jam aku duk kat dapur pun tak ape hikhikhik...cantik gilerrr...yg my little sweetie tu sempat gak main masak2 kat Ikea coz ada set mini kitchen cantik gak tapi harganya pun cantik.... Jadi inilah aktiviti jalan2 sempena cuti sekolah....

Pecal


Ye...sebelum ku masuk beradu inilah N3 terakhir pada malam ni.. eh dah pgi dah ni kan eemm.. tak ape la so serba ringkasnya ini adalah resipi dari my bby sitter. semalam masa aku ambik anakku my bby sitter dah bagi aku kuah pecal ni so makan malam aku semalam adalah Pecal, dari ari tu lagi tekak ni mcm terasa2 nak makan pecal ni tau, tetiba je.. ialah rezeki aku gaknya kan my bby sitter boleh bagi aku kuah pecal ni eemm... ape lagi pucuk dicita ulam mendatang le...malam tu gak aku berpecalan (eh ada ke perkataan tu...hentam je la janji paham hikhikhik) jom tgk resipi tapi sebelum tu TQ Mak Ina.....

Bahannya:
  • 500gm kacang tanah di goreng dan ditumbuk (jgn halus sgt)
  • 6 tangkai cili kering*
  • 5 biji bwg merah*
  • 3 sb udang kering*
  • sedikit belacan*
  • sedikit asam jawa
  • gula secukupnya
  • air secukupnya
(* digoreng dan ditumbuk)

Ulam-ulaman
  • sedikit kangkung*
  • sedikit pucuk ubi*
  • sedikit kacang panjang*
  • sedikit taugeh*
  • 2 keping tahu digoreng dan dipotong dadu
  • 1 keping tempeh digoreng dan dipotong dadu
  • 1 biji timun dihiris panji
(* dicelur)

Caranya
  • satukan semua bahan2 tumbuk
  • masukkan gula dan asam jawa gaul sebati (asam jawa tu jgn dicampur air)
  • setelah itu boleh la diambik separuh bahagian dan dimasak bersama sedikit air (agak2 je air tu jgn cair sgt)
  • masak hingga kuah menjadi sedikit pekat
  • sebahagian lagi boleh la disimpan didalam peti sejuk
  • satukan semua bahan ulam2an
  • curahkan kuah tadi keatasnya
  • gaul sebati
  • sedap dimakan begitu saje...



Croissa Tuna Sandwich


Yang ini lak Croissa Tuna Sandwich breakfast pagi tadi yg sempat dibuat ianya cepat dan mudah disediakan. Yelah...asyik buat sandwich sadin je sesekali kena la tukar selera kan baru la tak jemu dek tekak kan....dan lagi satu kita tukarkan juga rotinye kita guna croissa eeemmm mmg yummmy...cam kat DeliFrance tu...hahaha....mmg mudah dan cepat kalau tak caya cuba tgk resipinya

Bahanya
  • 3 biji croissa dibelah tengah
  • 1 tin tuna in water
  • 3 sb mayonis
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 biji bwg besar dipotong dadu
  • sedikit jus limau kasturi
  • 1 biji tomato dihiris nipis
  • sedikit daun salad
Caranya:
  • masukkan tuna kedalam mangkuk sebelum tu buangkan airnya terlebih dahulu
  • satu kan semua bahan2 diatas kecuali tomato dan daun salad
  • gaul hingga sebati
  • susunkan daun salad kedalam croissa diikuti dgn tomato
  • sudukan tuna tadi kedalam croissa
  • sedia dihidangkan

Thursday, December 23, 2010

Siakap Masam Manis lagii....


Ya.....masakkan kegemaran MyLovelyFamily iaitu Siakap Masam Manis. Fuhh...berebut2 makan siapa lambat alamatnya makan tulang je la...huhuhu...My Family kalau gi makan kat kedai ala2 Thailand mmg tak ketinggalan order ikan siakap ni anak2 mmg suka makan kalau tanya nak order ape eeemm... mmg dia ckap nak makan ikan, so...kalau agak2 pitih tak dok tu so jgn berangan le nak bwk diorang gi makan kat kedai ala2 Thailand sat lgi ada yg kena basuh pinggan kat belakang huahuahuahua... nasib baik aku pandai reti masak ikan masam manis ni hikhikhik...jadinya kalau masak sendiri tu puas le sikit makan, kalau kat kedai seekor tak lari dri RM30 so kalau aku masak kat rumah RM30 tu leh beli 2 ekor ikan siakap kan dah jimat.....jadi apa lagi moh le kita tengok resipinya jemput......

Bahannya:
  • 1ekor ikan siakap digoreng dan ketepikan
  • 1sk cili kisar
  • 4sb sos cili
  • 4sb sos tomato
  • 2sb sos ikan
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 biji bwang besar di potong wedges
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 biji tomato dipotong wedges
  • 1 biji timun dipotong dadu
  • sedikit nenas (aku tak letak sbb x de)
  • sedikit air
  • sedikit tepung jagung (utk pekatkan kuah)
  • garam dan perisa secukup rasa
  • gula secukupnya
Caranya
  • tumiskan bwg putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan gaul sebentar
  • masukkan pula air, gula dan sedikit garam tggu mendidih
  • masukkan pula sedikit bancuhan tepung jagung tunggu mendidih
  • akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan hijau, tomato, timun dan nenas biar seketika
  • padamkan api dan jiruskan keatas ikan yg telah digoreng tadi
  • sedia dihidangkan

Daging Masak Hitam


Assalamualaikum.......malam ni nak tayang resipi hari minggu ari tu baru skrg berkesempatan nak upload. Ha ini la dia Daging Masak Hitam, sebenarnya tak puas makan masa kenduri kawin sepupu my hubby tu, ye la sibok kan melayan tetamu yg ramai sampai nasi minyak pun tak dapat nak rasa dah habis sian aku. So ari minggu lepas aku dah berjalan la kat dapur kekwn kita, tapi yg silpanye aku terlupa apa nama blog tu, walauape pun terima kasih la kepada kwn kita tu sbb sudi berkongsi resipi Daging Masak Hitam yg sedap tu. Jom kita semak resipinya

Bahannya A:
  • 300grm daging 
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 labu bwg besar
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 3 btg serai
  • 2 sudu jintan manis
  • 2 sudu jintan putih
  • 3 sudu ketumbar
  • 3 sudu cili kisar
  • Air secukupnya
Bahan B:
  • Kicap secukupnya
  • 3 sudu susu segar
  • 1 sudu kerisik
  • Garam N gula merah secukupnya (aku tak letak garam sbb kicap dah masin)
Caranya
  • Tumiskan rempah 4 sekawan
  • Masukkan bahan kisar tumiskan sehingga garing
  • Masukkan daging dan air renehkan dgn api yg kecil
  • Setelah empuk masukkan bahan B
  • Masak hingga kering
  • Sedia dihidangkan bersama nasik putih

    Tuesday, December 21, 2010

    Bihun Goreng

    Assalamualaikum.....bertemu kembali kita, bestnyer duk kat rumah..sbb aku bercuti, tpi tak duk kat rumah gak sbb bawak anak2 berjalan2, beli baju sekolah anak, beli buku sekolah anak dan mcm2 lgi aktiviti family termasuk bwk anak gi tgk wayang semalam citer 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' kelakar giler citer tu hahaha....sakit perut aku gelak. So pagi ni aku buat breakfast Bihun Goreng aje dah lama aku tak makan Bihun Goreng ni. Tapi kalau diingatkan masa arwah mak dulu kalau mak yg goreng fuhh..dia punya rencah punyer la banyak sampai tak nampak bihun tu penuh dgn udang la, tahu la, sayuran la, alamatnya kenyang makan rencah je bukan makan bihun hehehe....mmg sodap.
    Cuba tgok resipi Bihun goreng arwah mak ni jom layan...

    Bahannya:
    • 1 pkt bihun direndam hingga lembut toskan
    • 3 sb udang kering direndam
    • 3 biji cili besar*
    • 5 biji bwg merah*
    • 2 ulas bwg putih*
    • 15 ekor udang
    • 1 pkt fish ball
    • secekak sayur sawi
    • semangkuk taugeh (
    • minyak utk menumis
    • sedikit air
    • garam & perisa secukup rasa
    (* Bahan kisar)

    Caranya
    • Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga garing
    • masukkan pula udang dan fish ball masak hingga udang bertukar warna
    • masukkan pula air dan bahan perisa secukupnya tggu hingga mendidih
    • masukkan pula bihun goreng hingga lembut
    • akhirsekali masukkan pula sayur-sayuran goreng sebentar dan padamkan api
    • sedia dihidangkan
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...