Saturday, December 18, 2010

Mee Goreng Mamak

Salam....malam ni aku cuma masak Mee Goreng Mamak je, memandangkan ada sebungkus lagi mee ari tu so kira nak habiskan stok la kesnye ni. My 2nd son suruh goreng semalam lgi, tapi semalamkan aku dah masak nasi lemak, takkan nak goreng mee lagi....perut mana la nak sumbat nanti, ingatkan nak goreng pagi tadi buat breakfast tapi perencahnyer pulak tak ada eeemmm....jdi malam ni je la baru goreng. Aku buat sempoi2 je, selalu kalau aku goreng mee kuning ni mesti basah2 tapi kali ni ubah selera lak tukar jadi menu kedai mamak cuma teh tarik je x buat hikhikhik...Jom kita tgk resipinya

Bahannya
- 1 bungkus mee kuning
- 3 ulas bwg putih dicincang
- 3 biji bwg merah dihiris
- 1 sk cili boh (kalau nak pedas tmbh lgi)
- 10 ekor udang
- 1 pkt fishball
- secekak sayur sawi
- 2 keping tahu digoreng dan hiris dadu
- 2 biji telur
- 1/2 cwn kicap pekat
- 2 sb sos cili
- sedikit air
- bahan perisa (aku tak bubuh garam sbb kicap dah masin)
- sedikit minyak utk menumis

Caranya

- Panaskan kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili boh hingga garing
- masukkan pula udang dan fishball goreng sebentar
- masukkan pula kicap, sos cili, bahan perisa dan sedikit air biar sebentar
- masukkan mee gaul rata
- setelah itu pecahkan telur tggu sebentar sehingga telur sedikit keras barulah digaul rata
-masukkan pula sayur dan hirisan tahu gaul hingga sayur sedikit layu dan padamkan api
- sedia dihidangkan

Friday, December 17, 2010

Nasi Lemak Hijau


Salam olls....inilah dia Nasik Lemak Hijau versi Muza hehehe...yg membuatkan hijau tu ialah jus daun pandan. Saja jer kan nak buat lain ckit selama ni asyik dgr aje nasi lemak hijau so semalam dah cuba buat alhamdullilah sedap cehhwahh masuk bakul angkat sendiri lak. Anak2 aku semua terkejut termasuklah bapanye sekali sbb kata buat nasi lemak tapi nape colour hijau peliknyer?? Hahaha...itulah mmg tak pernah makan pun nasik lemak hijau ni semuanya terkejut tapi rsa same je cuma aroma daun pandan tu yg harum membuatkan tergoda utk dimakan. Dalam kelam kabut tu jugak sempat jugak aku masak sayur kangkung utk dimakan bersama nasi lemak tu coz my hubby tu mmg suka kalau makan lawan ngan kangkung my 1st son pun mmg suka makan sayur kangkung smpi 2 pinggan my 1st son tu makan. My 1st son tu mmg susah nak makan nasi tau so kena masak makanan yg dia suka baru dia nak makan kalau tak...eemm...dia makan bila dia rasa betul2 lapar jer. So utk resipi Nasi Lemak Hijau tu jom lan kita sama2 semak seperti berikut

Bahannya
  • 4 cawan beras (aku guna beras biasa aje dan aku guna cwn ricecooker yg kecik tu)
  • 1 cwn jus daun pandan (dri 5 helai d/pandan dikisar bersama 1 cwn air)
  • 5 cwn santan (diambil dri 1biji kelapa)
  • 1 inci halia diketuk
  • garam secukup rasa
* (sukat air guna cwn yg sama dgn cwn beras ye)

Caranya
  • Basuh beras dan toskan
  • masukkan beras kedalam ricecooker
  • masukkan pula jus pandan, santan, halia yg diketuk dan garam
  • masak seperti biasa
  • setelah masak bolehlah dihidangkan bersama sambil tumis kegemaran



Thursday, December 16, 2010

Tempura Cendawan Part2


Ha...pas makan mee bandung tu kita makan ringan2 lak iaitu Tempura Cendawan. Sedap tau kalau cendawan digoreng, tapi kalau masak campur sayur ke atau ape2 la selain goreng cam ni, aku mmg kureng suka cikit sbb dia ada bau tapi kalau goreng cam gini tak ada bau lak eeemmm....cicah lak ngan sos ffuuhh...terangkat u so crispy...


Ha..anak2ku mmg suka makan sbb dia crispy syok betul. Ari tu aku ada la beli cendawan goreng ni kat Melawati tapi beli Rm2 alamak cikitnyer...tak puas makan aku sorang makan pun tak cukup inikan pulak makan beramai2 lagi la tak cukup so untuk memuaskan hati masing2 ha...nah kau makan ni buat sendiri lagi puas hikhikhik...resipinya so simple tak caya jon tgok ni.

Bahannya
  • 1 pkt cendawan (size yg besar tu)
  • 1 kotak tepung tempura
  • 500ml air sejuk (agak2 je ye dan gunakan air yg ada ais tau)
  • minyak utk mengoreng
Caranya
  • Panaskan minyak
  • campurkan tepung tempura dgn air sejuk gaul sebati (adunan cam nak goreng pisang tu)
  • celupkan cendawan kedalam adunan tepung tadi
  • gorengkan cendawan satu persatu sehingga kekuningan
  • sedia dihidangkan bersama sos kegemaran



Mee Bandung Muar



Assalamualaikum semua....adoi yai terliur tak tgok udang yg tergolek tu? hikhikhik...saje je kan hahaha...bukan ape ini menu smlm utk berbuka pose. Dah lam beno x makan mee bandung ni sbb dah lama tak balik kg ye la...sbb kat kg dah tak de org  tu yg susah sikit nak balik, cuba kalau ada arwah mak mesti tiap2 bulan balik kg, eh! tiba2 lak sedih kan eemm.. tak pe la, berbalik kita pada citer kita tadi, sebenarnya mee bandung ni dah ada rempah dia so aku tinggal campak leboh je hihihi...cri jalan senang tul la kan sekarang ni semuanya dah ada jalan shortcut da so x yah la nak susah2 masak dan tak leh lgi cri alasan mengapa x nak memasak. Orang yg tak tau memasak pun senang tau semua dah ada yg ready made punya cakap je nak masak ape gi je la beli rempahnya so no excuse lgi ok.

Ha...inilah rempahnya cap Maharani yg sedap kalau yg Adami tu kureng cikit yg ni mmg betul2 rasa Mee Bandung Muar, jadinya kita cuma tambahkan dgn isi2 yg mengancam tu, jom tgk resipi campak2 ni

Bahannya
  • 1 bks mee kuning dicelur sebentar dan ketepikan
  • 1 pkt rempah Mee Bandung Maharani
  • 500grm daging direbus
  • 10 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 7 cawan air rebusan daging
  • secekak sayur sawi
  • 2 keping tahu digoreng dan ketepikan
  • 4 biji telur (ikut la ye ada berapa org)
Caranya
  • masukkan air rebusan daging dan rempah mee bandung masak hingga mendidih
  • masukkan pula bahan2 seafood dan daging biar mendidih sebentar
  • pecahkan telur dan masukkan sayur tggu hingga telur sedikit keras dan pdamkan api (telur biar lembek ckit baru sedap)
  • masukkan mee kedalam manggkuk dan sendukkan kuah tadi
  • hiaskan dgn tahu goreng yg dihiris dan sedia dinikmati
Adoii...x leh tahan...sslluupp.....

Wednesday, December 15, 2010

Asam Pedas Ikan Patin


Assalamualaikum.....sebelum masuk beradu hamba nak tunjukkan menu berbuka pose tadi "Asam Padas Ikan Patin". Ikan patin ni jiran aku yg bagi ari tu sbb dia tak makan ikan sungai, dia pun org yg bagi ini kira kes pas punya pas la ni. Aku pun sebenarnya kurang berminat ngan ikan patin ni tapi my hubby suka lebih2 lagi masak tempoyak. Memandangkan rumah aku tak ada stok tempoyak so aku buat masak asam pedas je la, lgi pun my hubby tu mana boleh makan tempoyak nanti dia sakit kepala sbb durian kan. Sebenarnya aku first time masak ikan patin ni tak pernah masak pun jadinya aku pun tak tau nak masak ape selain dari tempoyak, so aku pun cuba la masak asam pedas ni eemm.. ok la sedap gak tapi aku makan sikit je aku ambik kuah ngan sayur je sbb kurang minat ngan ikan ni.
So sila la semak resipi aku ni ye jom..

Bahannya
  • 4 keping isi ikan patin direndam dgn air asam beberapa minit
  • 20 tangkai cili kering dikisar
  • 6 biji bawang merah dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup dikisar
  • sedikit belacan dikisar
  • 1 cwn jus asam jawa
  • 500 liter air
  • 1 btg bunga kantan dibelah 4
  • secekak daun kesumng
  • 3 biji terung bulat dibelah 4
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan seribuk perisa sesukup rasa
Caranya
  • Panaskan minyak
  • tumis semua bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan pula ikan patin kacau sebentar
  • masukkan jus asam jawa dan air
  • tunggu sehingga mendidih
  • masukkan pula daun kesum, bunga kantan dan terung 
  • perisakan pula dgn garam dan perisa 
  • tggu mendidih dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Friday, December 10, 2010

Cholek


Assalamualaikum....terliur tak tgk gambar ni?? Hehehe...tapi jgan salah faham lak ye nape kita makan mangga muda ni, sebenarnya tekak ni yg tak berapa  selera nak makan maklum le tekak orang sakit....demam da....tapi mangga muda ni x masam pun dia lemak manis jew...tak berani nak makan yg masam2 takutttt.....semalam balik dari opis singgah paso lambak (psr mlm ye hikhikhik...)kat rumah aku jln punya jln terjumpa lak mangga muda ni so aku pun terrrbeli la...sbb rasa cam terliur lak tgk mangga ni, sesmpai je kat rumah aku ngan my bby sitter pun ape lagi mengerjekan la mangga muda ni. Dia kalau makan sorg2 tak syok dia kena makan berkawan2 lgi ramai lgi bagus berebut2 mencicahkan waduhhh....keluar ayaq liur ni sllluupp....arrr..hehehe.. kalau org kelantan panggil cholek my m'su mmg pandai buat kuah cholek ni mmg teranggkat u, kat sini aku bgi resipinya ye so leh le cuba, try buat sooodappp...jom layanzzzz..

Bahan cholek:
  • Belacan  1 inci
  • 1/2 cwn cuka
  • 4 sb gula (agak2 je)
  • 4 sb kicap manis (pun agak2 je)
  • 5  biji cili padi (kalau nak pedas leh tmbah lgi)
Carnya:
  • Satukan semua bahan tadi lenyekkan cili padi sekali
  • Gaul hingga gula dan belacan tadi sebati
  • Sedia dihidangkan
Waduhh...tak leh tahan ni...

Monday, December 6, 2010

Jemput-Jemput Kentang vs Ikan Bilis

Assalmualaikum.....wah malam ni nak tayang makanan tradisi kita Jemput Jemput Kentang vs Ikan Bilis. Sebenarnya masa balik kerje tadi lapar lak perut aku ni. Hari ni my hubby tak kerje sambung cuti la katakan sbb esokkan Awal Muharam dapat la rehat ckit tapi aku kena kerje da... sbb bos aku bercuti so aku tak leh la ambik cuti nanti tak ada org lak opis nanti  ha  sape nak jawab hehehehe.....
So berbalik dgn citer kita tadi, masa OTW (on the way) balik ke rumah tadi  my hubby and my 2nd son lapar... so aku pikir2 la apekah menu yg hendak dimasak utk mlm ni jdinya pikir punyar pikir keputusannya adalah Jemput-jemput ni la...hahaha....memandangkan hari hujan ptg ni so ada baiknya aku buat jemput2 pekena lak dgn air kopi panas ni waduh, waduuuhh.... sekilo tepung pun boleh habis tau hikhikhik....dah lama x makan jemput2 ni rindu rasanya eeemm yummy... Jom tgk resipinya

Bahannya
  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji bwg besar dihiris nipis
  • Kentang dipotong dadu (aku pakai sagat je)
  • 100gm ikan bilis dibersihkan dan rendam
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu soda bicabonate
  • Garam secukup rasa
  • 500 liter air (agak2 je ye)
  • minyak utk mengoreng
Caranya
  • panaskan minyak
  • Kisar ikan bilis sedikit lumat
  • Satukan semua bahan2 bancuhkan dgn air tadi sehingga adunan sebati dan jgan terlalu cair
  • sudu adunan tadi kedalam minyak dan goreng sehingga warna kekuningan
  • angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...