Tuesday, November 9, 2010

Beef Noodle


Assalamualaikum semua.....wahhh....dah lama sungguh aku tak updatekan blog ni kan bukan ape tak ade mood la...almaklum la hati tgh gundah gulana le katakan. Jadi kali ni aku nak tujukkan menu malam tadi. Memang dari ari tu lgi aku nak makan beef noodle ni, selalunya aku makan beef noodle ni kat restoren Taiwan kat Ampang Point. Tapi oleh kerana aku dah lama tak ke sana (sebenarnya x ada member nak ke sana mmmuaakkk....) jadinya semalam sudah masak la ini beef noodle hikhikhik..
Resipinya aku main campak2 aje tapi lebih kurang dengan resipi chef kita tu la Kak Haneliza (pas masak baru la aku tgk buku resipi k.liza hehehe...eh same la...) tapi sebenarnya aku takut gak nak masak beef noodle ni coz my hubby tu kan ada darah tinggi, nanti naik lak darah dia tu habis la aku....tapi dalam manggkuk my hubby aku dah perahkan asam limau harap2nya tak le darah dia naik nantikan sbb ada masam2 cikit. Jom la kita tengok resipinya layanzzzz......

Bahan untuk sup:

500gm daging lembu
15biji bebola daging
1 biji bawang besar di hiris
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
1 sb serbuk lada sulah (ikut cita rasa la ye)
1 bungkus rempah sup tulang (yg dah ada kayu manis, bunga lawang, cengkih dll)
1 kiub pati lembu (brand knor ada kiub pati lembu)
4 btg sawi cina (ala yg btgnya besar tu ape namanya tak ingat la..)
1 btg lobak merah
air secukupnya (agak2 la ye)
garam secukup rasa

Bahan B

1 bgks  kueh tiew (atau ape2 mee pun boleh)
sedikit bawang goreng
sdikit daun sup & daun bawang
Kalau nak pedas boleh la buat kuah cili (cili merah & cili padi tumbuk dan perahkan asam limau je)

Caranya:
  • Rebus daging biar potong sederhana besar, dan masukkan sup puntut rebus sehingga daging lembut (jika kita rebus dagin dia akan keluarkan buih2 cokletkan jadi buangkan buih2 tersebut)
  • setelah daging empuk angkat daging biarkan sejuk dah hiris nipis
  • masukkan bahan2 hirisan, lobak merah dan bebola daging
  • renehkan seketika
  • masukkan pula bahan perisa
  • akhir sekali masukkan sayur sawi dan terus padamkan api
  • masukkan kueh tiew kedalam manggkuk dah jiruskan dengan sup tersebut
  • siap untuk dihidangkan

yg ni manggkuk my hubby eeemmm yummyy....


Friday, October 29, 2010

Dalam gembira ada duka....

Assalamualaikum.....semua lama gak aku tak updatekan blog ni, bukan ape sbb mggu ni mmg aku sibuk ckit. Pada hari Ahad minggu lepas akak aku buat majlis pertunangan anaknya yg sulung, alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Pada hri itu aku dapatlah berkumpul adik beradik semua, suka sangat dpt jumpa dgn dia orang. Abg long aku pun dtg ngan semua anak2nya. Tpi dalam masa gembira tu ada dukanya, abg long aku x berapa sihat masa tu, sepatutnya dia yg jadi wakil pada pihak akak aku tapi oleh kerana keadaan kesihatan yg tak mengizinkan tmptnya diganti oleh abg iparku. Pada awal pagi Isnin aku mendapat sms mengatakan abg long aku masuk hospital KL, keadaaan dia bertambah teruk, semputnya semakin menjadi. pas tu pada ptgnya abg long aku telah di pindahkan ke hospital Pusrawi kerana dia ada insurance cover. Tiba di sana doktor nak cek jantung dia sbb jantung dia berdegup laju sangat. Pada keesokkanya abang long ku dimasukkan ke wad icu. Ya Allah.....keadaan bertambah kritikal doktor cakap jantung abang long ku tinggal 15% saja, rupanya jantung dia dah membengkak dah lama rupanya dalam 6 bulan. Masa aku gi melawat dia, mmg aku tak sanggup tengok keadaannya yg terlalu sukar untuk bernafas. Ya Allah kau selamatkan lah abang longku, jangan kau siksa abang long ku, kau ampunilah segala dosa2nya Ya Allah.....airmataku mmg tak henti2 mengalir, sampai kepala aku mcam nak meletop sakitnya kepala ku...

Yang tengah tu la abg long aku, kami bergambar adik-beradik pada majlis pertunangan anak kakak ku yg pakai baju putih tu, walaupun tak berapa sihat dia gagahkan diri juga untuk menghadiri majlis tersebut.
"Ya Allah ya tuhanku kau selamatkanlah abang long ku dan kau sembuhkanlah segala penyakitnya aminnnn....

Thursday, October 21, 2010

Selamat Hari Lahir......

Assalamualaikum.....tanggal 20.10.2010 (cantik gak nombor ni kan) adalah ulang tahun hari kelahiranku, sudah bertukar lgi satu angka untuk umurku, ini bermakna semakin tualah usia ku ini. Sempena hari lahirku yg ke tuttttt........(biarlah rahsia ye hehehe...) aku panjatkan doa semoga aku dikurniakan kesihatan yg baik, panjang umur, murah rezeki, diberi keberkatan di dunia dan di akhirat dan dapat menjalankan tugas sebagai seorang isteri yang solehah dan menjadi ibu yang mithali.... kepada anak2ku ....

Aminnn......

Aku juga nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada My Lovely Hubby kerana memahami, menyayangi dan sabar dalam melayani karenah isterimu ini....dan juga untuk anak2ku yg disayangi, "umie mintak maaf jika umie selalu marah2 kat kamu semua....itu kerana umie teramat.... menyayangi anak2 umie.."
Semalam my hubby belanja makan kat Secret Recipe Alamanda, so dapat la tiup lili... walaupun diatas 1 sclice kek aje...hehehe..(actualy kita order 3 sclice aje...)


Happy Birthday to Umie.......


At Secret Recipe

Tuesday, October 19, 2010

Rendang Ayam Kak Long


Malam ni aku masak rendang ayam bagi menunaikan permintaan my 2nd son. Dari hari minggu tu dia dah mintak aku masak rendang ayam. Tapi lain lak yg umie dia masak hehehe....masak Kerutuk Ayam le pulak tapi rupa sama aje dgn rendang ayam ni, my 2nd son tu tak tau yg umie dia masak kerutuk ayam. Tapi kesian la juga kan semalam dia mintak lgi rendang ayam, so hari ni umie baru tunaikan permintaan mu my lovely son hikhikhik...ok la tu kan. Tapi anak2 aku mmg suka makan rendang ayam ni. Selesai je masak my 1st son terus aje meratah rendang ayam ni, wah! laku betul cehcehcehhh....sodap le kot sampai 3 ketul dia makan sorang ishishish......Ooo ye hampir terlupa nak bgi tau, rendang tu ada nama Kak Long kan ha...itulah kakak ipar ku yg tersayang, dia la yg bgi resipi kata aku dulu, sampai sekarang aku ikut resipi dia sampai mak mertuaku pun suruh aku masak rendang ni sbb dia kata rendang aku ni lambat basi, eeemmm ye le kot, tpi mmg ye pun 2 hri pun leh tahan lagi tau. Mungkin aku tumis semua bahan2nya dulu kot, sebab ada org yg terus je lebur tanpa menumis. Kalau ikut resipi Kak Long aku dia pun tak tumis, saja aku yg olahkan sbb aku suka tumis dulu rempah2 tu bgi wangi lgi aroma dia. Cuba tengok resipi nie....

Bahan2nya

1 ekor ayam dibersihkan
3 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
3 batang serai*
1 sudu besar jintan halus*
1 sudu besar ketumbar*
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas tmbh lgi)
1 liter santan (1 biji kelapa)
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar gula
1 keping asam keping
Garam & perisa secukupnya
Sedikit minyak utk menumis

Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 kisar tadi
  2. Gorengkan sehingga betul2 garing
  3. Setelah itu masukkan pula ayam gaul rata
  4. Masukkan pula santan  dan kerisik kacau sebentar
  5. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat
  6. Masukkan pula asam keping gula, garam & bahan perisa
  7. Biarkan sehingga menjadi sedikit kering dan  msukkan pula hirisan daun kunyit
  8. Gaulkan sebentar dan padamkan api.

 Eeemm..sodap dimakan dengan nasi empet (ini pinggan ku da....)

Nasi Goreng Ikan Bilis


Assalamualaikum.....bertemu kembali....semalam aka tak dapat nak update blog ni, sebab aku sakit kepala da...lepas makan nasi goreng ni aku terus tidur. Aku sempat masak nasi goreng aje untuk santapan keluargaku semalam tapi alhamdullilah... walaupun nasi goreng aje yg sempat dimasak. Pas tu nak menambahkan sodap lgi aku goreng la ayamas segera tu....jadinya sedap la dimakan dengan nasi goreng orang sakit tu hehehehe.....yg penting konyang....Nasi goreng aku ni simple aje resipinya, kalau tak caya cuba tengok resipinya, silalah....

Bahannya:
1 pinggan nasi putih (lgi elok nasi yg sejuk)
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang kecil*
2 sudu besar ikan bilis direndam*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
2 biji telur
2 sudu besar sos ikan
Sedikit minyak
Garam & perisa secukup rasa
(* ditumbuk)

Caranya
  1. Panaskan minyak tumis semua bahan2 yg ditumbuk
  2. Goreng hingga garing
  3. Masukkan telur biar sebentar
  4. Masukkan pula garam dan perisa
  5. Kacau sebentar dan masukkan pula nasi
  6. Gaul hingga rata
  7. Akhir sekali masukkan sos ikan dan gaul rata selama 2-3 minit padamkan api
  8. Sedia dihidangkan
Ha...cammane senang je kan.

Monday, October 18, 2010

Kuih Sagu Delima Merah


Hehehe.....hari ni banyak lak resipi ye yang nak aku kongsikan, biasalah hari minggu... projek memasak la...terasa lak nak masak kuih sagu ni. Resipi cam biasa la ye diambil dari buku Chef Hanieliza kita la...TQ kak, mmg menjadi resipi ni anak2ku suka makan kuih ni sebab tu aku buat. Aku pernah buat kuih ni dulu tapi tak menjadi lembek gila...u sian anak2 tak leh nak makan. Kali ni alhamdullilah menjadi kuih ku, nasib baik ada buku resipi 1 Hari 1 Resipi jadi panduan....

Moh kita kongsikan resipi bersama

Bahan A
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1 sudu teh perwarna merah
1 helai daun pandan (simpulkan)

Bahan B
1/2 biji kelapa muda
dan sedikit garam digaul rata

Caranya
  1. Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan toskan
  2. Masakkan air,gula dan daun pandan hingga mendidih. Buangkan daun pandan
  3. Masukkan sagu serta perwarna merah. Kacau sehingga sagu kembang
  4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan kedalam loyang dan sejukkan
  5. Apabila sejuk potong dan gaulkan dengan kelapa muda yg telah digaulkan dgn sedikit garam
  6. Sedia dihidangkan

Kuah Kacang M'cik Kiah


Salam....ha ini lah dia kuah kacang M'cik Kiah...Kalau nak tau M'cik Kiah tu sape... itulah dia ibu mertua ku....hehehehe...memang kuah kacang ibu mertua ku digemar oleh kaum keluarga dan jiran tetangga, kekadang org datang tempah kuah kacang ibu mertua ku. Jadinya aku dah mintak resipi kuah kacang darinya ia la...anak2 ku and my hubby mmg suka sgt makan kuah kacang ni, lebih2 lgi my 1st son, kalau dia makan dengan nasi empet fuuhh...penuh satu pinggan kuah dia melaut.... dan alhamdullilah jadi gak aku buat kuah kacang sama cam ibu mertua ku... terima kasih makk....jasamu dikenang..

Jom kita kongksi resipinya

Bahannya

3 cawan kacang tumbuk
3 cawan santan (1 biji kelapa)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
2 sudu makan cili kisar (kalau nak pedas lebihkan cili)
4 sudu makan gula (ikut citarasa la ye)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar sehingga garing
  2. Masukkan santan dan kacang tumbuk
  3. Biarkan sehingga mendidih (api jgn besar sgt)
  4. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa
  5. Masak sehingga pecah minyak

 Eeeemm...ini pulak pinggan aku, dah siap untuk dimakan bersama serunding daging
Jemput makan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...