Friday, September 3, 2010

Bubur Jagung (versi Muza)


Yummy,yummyyy.....teringin nak makan Bubur Jagung tekak aku ni eemm.. maklum le tekak orang pose ni mcm2 nak makan mengalahkan orang mengidam lak hehehe...dan akhirnya dapat gak aku makan. tapi cam biasa la bukannya nak makan banyak2 aku cuma makan separuh mangkuk kecik je, nasib baik my 1st son tu suka makan bubur jagung dia la belasah...tapi kalau di letak dalam peti ais lgi sodap dimakan sejuk2 eemmmm...sluppp...hehehe..tak baik la aku ni pose2 ckp cam ni kan ada pulok yg terliur sorry....

Bahan2nya:

6 btg jagung dihiris dari btgnya
1 cwn santan pekat
1 cwn susu cair
1 cwn sagu biji direbus dahulu sehingga biji2 menjadi jernih
500 liter air
2 cwn gula pasir (ikut suka la ye jika nak manis tmbh lgi)
2 helai daun pandan disimpul

Cara2nya:

- Rebus jagung yg telah dihiris tadi bersama air, gula dan daun pandan masak sehingga
   jagung empuk
- Setelah empuk masukkan susu cair, santan pekat dan sagu (api kena perlahan ye)
- Kacau sehingga mendidih sekali dan terus padamkan api dan dah siap!



Thursday, September 2, 2010

Kailan Ikan Masin


Ha...yang ini pulak Kailan Ikan Masin ngam la makan dengan Ikan Masam Manis tadi tu...x yah nak gi makan kat kedai kat rumah pun umie boleh masak sedap lgi murah hehehe...(perasaan la pulok) puas kita orang makan semalam eerrrrkkk....alhamdullilah...kenyang perut ku.... Semalam masak semuanya menu cam kat kedai ala2 Siam gitu, cuma Tom Yam je tak sempat nak masak, tapi kailan ni anak2 tak nak makan biasa la..bebudak mana suka makan sayur puas ajar tetap tak nak makan. Dulu aku pun tak suka makan sayur gak, tapi masa aku duk bujang dulu aku ada kawan dia mmg suka makan sayur dan ulam2 aku dok tengok je dia makan dan ape yg aku tak makan aku akan bgi kat dia, pas tu dia suka masak sayur kailan ni dia pun dah suruh le aku cuba makan eeemm...mmg sodap rupanya aku ingatkan pahit lepas dari tu smpi le skrg ni aku suka sgt mkn sayur hehehe...itu la citer lama ku......TQ Sue kerana ko aku dah makan sayur hehehe.....

Banan2nya:

5 btg pokok kailan
2 keping ikan Tenggiri masin di potong kecil2 (yg jeruk tu)
3 ulas bwg putih di ketuk
1 biji bwg kuning dihiris
1 biji cili merah dihiris
2 sb sos tiram
2 sb sos ikan
Sedikit garam

Caranya:

- Basuh kailan tadi dan potong mengikut size kesukaan anda
- goreng ikan tenggiri masin seketika
- masukkan bawang putih, bawang kuning dan cili merah tadi
- goreng seketika, masukkan sos tiram, sos ikan, sedikit garam dan batang kailan
- setelah btg kailan sedikit lembut masukkan daunnya pula
- goreng sehingga sedikit layu, padamkan api dan hidangkan



Siakap Masam Manis


Assalamualaikum......kali ni kita layan menu ikan Siakap Masam Manis lak, ini resipi hari semalam tetiba lak terasa nak makan ikan siakap masam manis, ape lgi pgi tu aku pesan kat bby sitter tolong belikan kat kedai yg berhampiran ngan rumah tu sbb kedai tu boleh tahan le murah regenya...resipi ni paling mudah dan cepat untuk dimasak, anak2 aku pun suka gak makan ikan masam manis ni. My 2nd son tu smpai bertambah2 makan weiii la...anak ku kalau pasal makan eeemmmm mmg tak pernah tolak, hilang penat lelah umi masak bila tengok anak2 N my hubby makan hehehe......kita layan la resipi ni...

Bahan2nya :

- 1 ekor ikan siakap dibersihkan
- 1 biji bwg kuning di potong dadu
- 3 ulas bwg putih diketuk/dicincang
- 2 biji cili merah
- 1 cili hijau
- 1/2 biji timun didadu
- 1 mangkuk nanas yg dipotong dadu
- 1/2 cwn sos tomato
- 1/2 cwn sos cili
- 5 sb sos ikan
- 2 sb gula (ikut rasa ye)
- 2sb tepung jagung
- 2 cwn air
- Sedikit garam

Cara2nya:

- Lumurkan ikan dgn sedikit garam dan goreng sehingga sedikit garing dan ketepikan
   (jgn garing sgt nanti keras)
- tumiskan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan sos tomato, sos cili, sos ikan, nanas yg telah didadu tadi.
- goreng sebentar selepas itu masukkan gula, air dan tggu sehingga mendidih
- setelah mendidih masukkan pula cili yg telah dihiris, timun, bawang dan perisakan dgn secubit garam
- akhir sekali masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air utk memekatkan kuahnya
- padamkan api dah curahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi dan sedia untuk dihidangkan.



Thursday, August 26, 2010

Tiramisu


Ha......inilah dia tiramisu versi saya, kita ambik resepi dari rumah kak Ummi, memang sodap N senang disediakan TQ kak Ummi mmg tidak mendukacitakan hasilnya nanti raya boleh la aku buat ye, so sesiapa yg nak makan Tiramisu jemput la dtg kerumah raya nanti hehehe....(cam tak sabo je nak raya)



Bahan:-


• 1 gulung kek swiss roll kopi

• 250 gm keju cream [philidephia]

• 150 ml yogurt asli

• 1/2 cawan gula

• 1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek)

• serbuk nescafe

Larutan Agar-agar:-

• 1/4 cawan air

• 1 sudu kecil serbuk agar-agar



Cara

1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.

2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.

3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.

4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.

5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.

6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.

7. Tuangkan adunan keju dan rata.

8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.

9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

 

Nasi Ayam


Hai.....semalam aku MC sebab badan aku rasa terlalu penat sangat sampai nak bangun pun tak boleh mungkin tak cukup tidor kot...ye lah tiap2 hari bangun pukul 4.30am pastu tak tidor terus gi keje... tu yang rasa penat sangat badan ni. Emm berbalik pada menu berbuka puasa kita pada hari semalam ialah Nasi Ayam, masakkan yg paling senang untuk dimasak disebabkan aku nak relaxkan so aku pun memikirkan sesuatu yang enak dimakan dan senang disediakan hehehe...(malas le tu ..) anak2 aku pun suka makan gak nasi ayam ni . Jom layan resepinya...

Bahan untuk nasi:

4 cwn beras wangi (beras biasa pun boleh jugak)
1 biji bwg besar dihiris
3 biji bwg putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 kiub pati ayam
6 cawan air
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit Minyak/Planta untuk menumis

Caranya:
- Basuh beras ketepikan
- Panaskan minyak/planta tumiskan bahan2 yg dihiris sehingga sedikit garing
- Masukkan beras goreng seketika
- Masukkan air dan daun pandan
- Perisakan dengan garam dan kiub pati ayam
- Tunggu mendidih dan alihkan ke dalam periuk nasi dan biarkan masak
   *(saya terus tumis dalam periuk nasi atas dapur dulu) 

Ayam Goreng

1 ekor ayam belah 4 (senang nak goreng kalau tak nak belah pun boleh jugak)
1 sudu madu
1 biji limau kasuri (ambil jusnya)
Air (untuk rebus ayam)
Garam
Minyak untuk menggoreng (goreng dlm minyak yg banyak)

Caranya
- Masakkan air sehingga mendidih
- Masukkan madu dan jus limau kasturi
- Masukkan ayam tadi rebus seketika (jgn lama sangat)
- Angkat ayam dan toskan
- Lumurkan ayam dgn sedikit garam
- Panaskan minyak dalam periuk dan goreng ayam sehingga masak

Sup

1 ekor rangka ayam dibersihkan dan tos
1 biji bwg besar dihiris
3 biji bwg putih dihiris
1 inci halia diketuk
Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
sup punjut (saya pakai sup bunjut tulang sbb semua dah ada didalam)
1 liter air
1 kuib pati ayam
Minyak untuk menumis
1 pokok daun dawang untuk hiasan

Caranya
-Panaskan minyak, masukkan bahan2 hirisan tadi dan rempah 3 sekawan goreng sampai sedikit garing
- Masukkan rangka ayam, air dan sup punjut
- Perisakan dengan garam dan kuib pati ayam
- Biarkan sehingga masak

Sos Cili

4 biji cili merah dikisar
1 biji bwg putih dikisar
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb gula
Sedikit garam

Caranya
- Satukan semua bahan2 dan masak seketika

Kicap

2 cwn sup ayam
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
sedikit tepung jagung

Caranya

- Satukan bahan2 tadi kecuali tepung jagung dan masak seketika
- Bancuh tepung jagung  dgn sedikit air dan masukkan kedalam kuah kicap tadi ikut kepekatan

Bahan Ulaman

1 biji timun
2 biji tomato
sepokok daun salad






Monday, August 23, 2010

Creamy Banana Split


Hai.....semalam gi jln2 kat dapur ilham terliur lak kita tengok Creamy Banana Split dia, tu yang buat tu tapi kita punya tak letak sos strawberry la..tak sempat nak buat jadinya kita cuma letak syrup choclate aje le....tu yg tangan si kecik tu sebenarnya tak sabo2 nak makan sampaikan umie dia nak snap gambo pun dia nak interframe tak boleh tahan.....hari ni nak buat lgi la tak puas makan yumyummm... TQ Dapur Ilham.....

Sunday, August 22, 2010

Solok Lada



Assalamualaikum.....semalam aku teringin nak makan solok lada, sebenarnya dari ari tu lagi aku nak makan pas tu aku beli la kat pasar Ramadhan 3 biji rm2.00 ok la kan, sekali tu masa berbuka tu aku makan alamak masin la pulak adoi yai potong selera aku. Masa aku balik rumah mak mertua aku ari tu ingat nak beli kat pasar Ramadhan kat sana sebab kat sana ada satu kedai tu mmg masakkan kelantan la dan rasanya pun ok la boleh tahan sodap tapi tak berkesempatan nak beli tu yang aku nak puaskan hati buat sendiri la hehehe...kebetulan masa aku singgah kat JJ nak beli bahan2 ada pulak cili Kelantan ni eemmm... cantik la... mmg dicari cari baru la betul2 Kelantan hehehe.....

Bahan-bahannya:

10 biji cili hijau belah tengah dan buang bijinya
4 ekor ikan Kembong bersihkan dan kikis isinya
1/2 biji kelapa parut
1 biji bawang besar ditumbuk hancur
Santan dari 1 biji kelapa
Garam dan Gula

Caranya

Tumbuk sedikit kelapa, campur isi ikan dan bawang tadi perisakan dengan garam dan gula gaul rata selepas tu boleh lah disumbatkan kedalam cili hijau yang telah dibelah tengah tadi selepas itu masukkan cili kedalam periuk bersama santan dan masak. Setelah masak boleh la diangkat cili tadi dan hidangkan.

Posted by Picasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...