Wednesday, February 2, 2011

Ayam Kicap To'Ma


Waaah....ayam lagi....eemmm rumah aku ni macam tak boleh dipisahkan dgn ayam ni...asyik2 ayam, kejap2 ayam adoii yai kalau ikan kurenggg ckit tergolek2 je... tapi kalau ikan bakar ke, ikan siakap ke eemmm  laju ckit, tapi kalau ari2 nak mkn ikan siakap botak kepala.....hahahaha....berbalik pada menu kita tadi ayam kicap to'ma ni sebenarnya resipi dari bonda mertuaku. Resipinya lebih kurang same ngan resipi ayam masak kicap yg bisa tu le cuma tambahkan dgn cili kisar dan rempah 4 sekwn dan ayamnya lak tak digoreng dulu jom le kita tgok resipinya dulu... 

Bahannya:
  • 1 ekor ayam dibersihkan
  • 1inci halia ditumbuk
  • 3 ulas bwg putih ditumbuk
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • rempah 4 sekawan (rempah tumis tu le...cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis)
  • sedikit air asam
  • kicap secukupnya
  • 1 biji buah tomato dibelah 6 (size besar le, kalau kecik je belah 4 je)
Caranya
  • panaskan minyak, tumiskan rempah 4 sekawan goreng seketika
  • masukkan bahan yg telah ditumbuk bersama cili kisar goren sampai naik bau
  • masukkan pula ayam dan goreng seketika
  • masukkan pula kicap secukupnya dan air asam jawa biarkan mendidih dan ayam empuk
  • setelah ayam lembut masukkan bahan hirisan dan buah tomato gaul seketika
  • padamkan air, sedia dihidangkan

Cencaru Bakar vs Air Asam

Assalamualaikum......wah...kali ni nak letak N3 ikan bakar sempoi ngan air asam. peeehhhh....5 ekor tak cukup...tak kan nak beli 10 ekor kot...aje gile ko....kena cacing kerawit nanti meratah ikan je...hahahaha.... mmg la sesekali makan ikan bakar ni mmg sodap tak yah ada lauk lain pun tak pe makan ngan nasi panas fuuhh... mak mertua lalu belakang pun tak nampak hahaha... ye la... mane nak nampak sape suh lalu belakang lalu le depan sure nampak hahaha... belakang bkn ada mata....mta2 ade le hikhikhikhik....ampun makkkk...jgn marah ha....sebenarnya aku tak tau nak masak ape coz anak aku sakit da patah tangan so masa nak beli lauk ari tu dia cal suruh balik cpt coz tangan dia saki , so tergopoh gapah le beli mana yg sempat aje aduiii yaiii suspen je....tak ada ape2 pun sebenarnya...eeemmm... tak ape ape2 pun kita layan resipi kuah air asam ni ye. jommm...


Bahannya:
  • 1 mangkuk jus asam jawa (biar pekat ye)
  • sedikit belacan larutkan dlm sedikit air
  • 1 biji bwg besar diracik halus
  • 6 biji cili padi diracik halus (kalu nak pedas tambah lgi)
  • 1 biji kecik buah tomato diracik
  • gula secukup rasa
  • sedikit garam (jgn bnyk sgt coz belacan dah masin)
Caranya:
  • satukan semua bahanya dan perisakan dgn gula dan garam
  • sedia dihidangkan besama ikan bakar

Sunday, January 30, 2011

Puding Kastad Berkuah

Assalamualaikum......hari ni satu hari hujan dari pagi sampai le malam, nasib baik semalam dh beli brg2 untuk dimasak ari ni jadi tak susah2 meredah hujan mencari bahan2 masakkan utk hidangan santapan utk my lovely family cceeewwaaah... bkn main bahasa hikhikhik....aku buat ni utk hidangan minum ptg, ye la ujan2 ni perut mmg selalunya lapo je... my 1st son tu berkali kali makan puding ni, rupanya dia suka, tapi my 2nd son tak nak langsung sbb kuah dia tu susu so dia mmg kurang berminat ckit. mmg dari kecik dia tak suka minum susu....bahan2nya tak le susah sgt so simple je masak dia jom le kita semak resipi simple aku ni.

Bahannya Kastad :
  • 1 cwn tepung kastad
  • 3 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn susu pekat
Caranya :
  • Satukan semua bahan2
  • kacau rata diatas api yg perlahan
  • masak hingga bahan2 menjadi likat dan berkilat (kena sentiasa kacau kalau tak nanti berketul2)
  • padamkan api dan sudukan didalam acuan atau loyang
  • sejukkan
Bahan Kuah :
  • 1 tin susu cair
  • 1tin air
  • 1/2 cwn gula
  • 1 tin cocktail (buah campuran)
Caranya:
  • satukan bahan2 kecuali buah campuran
  • masak sehingga gula larut (dgn api yg perlahan)
  • padamkan api dan sejukkan
* Setelah kedua2nya sejuk masukkan puding kedalam mangkuk dan jiruskan bersama kuahnya, hiasi dangan buah cocktail, sedap dimakan ketika sejuk.

Wednesday, January 26, 2011

Sambal Goreng Singapore


Dan yg ni lak resipi aku yg last tapi tak last sebelum tuan putri masuk beradu waakakaka...nak wat cam mane perasaan melanda diri hikhikhik, ini lah dia sambal goreng singapore, sebenarnya yg terror masak sambal goreng ni ialah akak aku. dia mmg selalu buat sbb anak2 dia mmg suka makan termasuk la aku so bila akak aku masak sambal goreng aku mmg tumpang sekaki le mesti dia anto semangkuk kat rumah aku. tapi kali ni aku pulak yg buat tetiba je balik keje tadi teringat kat sambal goreng ni so ape lgi start le projek aku main masak2. Resipinya senang je semua main hiris2 je tu yg aku suka tu sbb dah malam2 ni aku malas nak menumbuk2. Jom le kita layan resipinya sila la....

 Bahannya:
  • 3 biji kentang dipotong dadu dan goreng ketepikan
  • 1 bgks tempe ptg dadu dan goreng ketepikan
  • 2 kpg tauhu ptg dadu dan goreng ketepikan
  • semangkuk daging dihiris kecil2 (kalau boleh pakai daging batang pinang cepat empuk)
  • 20 ekor udang dibuang kulit
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji bwg besar dihiris
  • 2 ulas bwg putih dihiris
  • 1 inci lengkuas dihiris halus
  • 3 btg serai dihiris halus
  • 2sb cili kisar
  • 1sb jus asam jawa
  • 1 cawan santan kelapa (jgn pekat sgt)
  • minyak utk menumis
  • garam, gula dan perisa secukupnya

Caranya
  • panaskan minyak tumis bahan2 hirisan dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan daging goreng hingga daging lembut (letak sedikit air utk lembutkan daging jgn bnyk sgt)
  • setelah daging lembut masukkan pula udang goreng seketika
  • masukkan pula bahan2 yg telah digoreng tadi
  • masukkan kan pula santan, jus asam jawa dan bahan perisa secukupnya
  • masak seketika hingga kuah sedikit kering
  • padamkan api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas

Cita Rasa Orang Demam


Salam......hai bertemu kembali setelah sekian lama tak muncul kat blog ni, almaklum le virus demam melanda rumah aku ni pas sorang sorang demam memula my hubby, pas tu my little sweetie, pas tu my 2nd son dan seterusnya umminya le pulak eemmm alamatnya kalau ummi yg demam mmg tak berasap le dapur tu kan hahahaha... saje alasan le tu hikhikhik....tapi mmg betul aku kalau setakat demam je tanpa sakit kepala insyallah boleh buat keje lagi tapi kalu dah melibatkan kepala hotak aku ni eemmm..mmg KO la...so untuk melayankan tekak yg tak berapa nak berselera ni aku masak bubur le lagi pun my little sweetie tu pun sejak demam ni dia mmg tak nak makan aku ingat dia nak le makan bubur eeemmm haram 1 1/2 sudu pun dia tak nak adoiii yai susah ati tul aku. eemm ...dah la x nak makan pun tak leh nak paksa sat lgi dia muntah, ha... menambah lagi satu keje lak nak lap muntah dia silap2 ngan ummi2 sekali termuntah, jadi utk makan nasi bubur ni aku pun masak lah lauk yg ringkas lgi menyelerakan tekak org demam ni eeemm ape lagi kalau ada nasi bubur lawannya ialah ikan bilis goreng ngan bawang hiris dan cili hijau tapi aku letak cili merah sbb rumah aku tak ada stock cili hijau da.....dan...aku tambahkan lagi dengan telur hancur berlado... fuhhhh... selera tajam tuuu...kata domam...tapiii ...hahahaha sendiri mau ingat la dehhh....jom le layan resipi sempoi aku ni ha.....


Bahannya:
  • 3 biji telur
  • 1 ulas bwg putih ditumbuk
  • 2 sb cili kisar
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan perisa secukupnya
Caranya:
  • panaskan minyak tumiskan bawang putih dah cili hingga naik bau
  • pecahkan telur satu demi satu biarkkan sedikit keras
  • perisakan dgn garam dan perisa secukupnya (garam sikit je nanti masin)
  • kacau telur hingga hingga sedikit hancur dan sebati dgn cili
  • padamkan api dan sedia dihidangkan

Wednesday, January 19, 2011

Kek Pandan Kelapa



Assalamualaikum.....selamat pagi olls...pagi ni nak tunjuk kek pandan kelapa yg sedap ni, sumber resipi dari dapur kak umi yg diambil dari dapur abg mat gebu kita tu (tapi nama sebenar kek ni ialah kek kelapa pandan aku dah taip terbalik da...srry la ye) tapi ape pun nak ucapkan terima kasih kat kak ummi dan abg mat gebu kita ni kerana sudi berkongsi resipi yg sedap ni, hasilnya memang berbaloi2 sedapnya lain dari yg lain rasanya, lembut dan lemak kelapa tapi Awas! tak leh makan selalu...tapi rasanya cam nak buat lagi je cos ari tu tak puas makan la. Sebenarnya ari tu aku buat kek ni utk Birthday my hubbynya spupu yg menyambut hari lahirnya yg ke 21 Happy Birthday Acu Ain, semoga panjang umur, murah rezeki amin....

kek ni mmg lembut dan gebusss...tapi disebabkan potong kek ni menggunakan pisau yg salah (pisau kek yg plastik tu) so nampak cam berderai je kan, jadinya penggunaan pisau yg betul juga amat penting bagi mendapatkan hasil yg cantikkkk...


KEK KELAPA PANDAN


Resepi: Cocopandan Cake @ Mat Gebu

Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-

1 cawan susu segar*

1/2 cawan kelapa kering*(*rendam 1 jam) - (akak guna kelapa muda parut dan tak rendampun)

125 gm. mentega

1/2 cawan gula halus (gula kastor)

2 kuning telur (gunakan telur gred A)

1 3/4 cawan self raising flour (tepung berserbuk penaik), diayak

1 camca teh pandan paste

Bahan B:-

2 putih telur

1/2 camca teh cream of tartar

1/4 cawan gula halus

Cara membuatnya:-


Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan pandan paste dan terus memukul. Perlahankan speed dan masukkan tepung selang-seli dengan kelapa tadi hingga habis. Kacau rata.

Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang, masukkan gula dan terus memukul hingga putih telur bertanduk.

Gaul putih telur ke dalam adunan kek secara kaup balik, gaul hingga rata. Tuang dalam acuan berukuran 14 cm x 21 cm. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 55 minit hingga 1 jam...



Happy Birthday to u....

Tuesday, January 18, 2011

Ayam Kicap Berempah

Assalamualaikum semua...masa tak mengizinkan la utk aku upload resipi aku ni, ini pun curi2 masa gak ni sebenarnya aku kesibokkan le pulak minggu ni, nak upload kat rumah punya la lama nak masukkan gambar ni berjanggut tunggu siap leh tidur dulu, so sekarang ni kita layan la resipi ayam aku ni coz nak balik time (aku kat opis da....)


Bahannya:
  • 1 ekor ayam dibersihkan dan goreng separuh masak
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 3 ulas bwg putih ditumbuk
  • 1sb jintan halus ditumbuk
  • 1 biji bwg besar dihiris
  • 2 biji cili merah dihiris
  • 2 biji tomato di belah 4
  • 2 biji kentang dihiris sederhana tebal dan goreng
  • kicap manis secukupnya
  • 1 mangkuk jus asam jawa
  • dan bahan perisa (aku tak bubuh garam coz kicap dah masin)
Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yg di tumbuk tadi hingga garing
  • masukkan pula bahan hirisan dan ayam
  • goreng seketika dan masukkan kicap dan jus asam jawa
  • biarkan mendidih dgn api yg perlahan
  • akhir sekali masukkan kentang dan buah tomato tadi gaul seketika dan padamkan api
  • sedia dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...