Friday, December 3, 2010

DINNER & LUCKY DRAW

Yaaahooo....dengan tak disangka sangka rezeki aku murah alhamdullillah.....shukur yg tak terhingga sebab aku dapat iPhone4 masa company dinner hari sabtu yg lepas. Aku macam tak caye je no aku naik tampat ke3 pulak tu, sepanjang aku keje la... dah berbelas tahun baru ni la aku dapat hadiah lucky draw selama ni asyik tengok org je bawak balik hadiah. Malam tu aku betul2 cam histeria bila mc tu sebut no 0....1....1............9 yaaahoooooo smpi aku peluk my hubby dah tak segan silu lgi da hahaha...lupa daratan jap hehehe....tak pe le halal kan....my hubby pun cam kena sampok gak hahaha... sama2 menjerit ia la iPhone4 tuuuuu.....
Bergaya dengan hadiah lucky draw hikhikhik.....

Thursday, December 2, 2010

Ayam Panggang Serai

Assalamualaikum......malam ni baru boleh nak update blog, setelah sekian beberapa hari tidak dapat nak update kan . Kali ni menu Ayam Panggang Serai, resepi ni aku dah sekodeng kat dapur PnHana kita tu, ha....terliur pulak bila aku tegok ayam panggang serai kat dapur rumah Pn Hana kita ni. Lgi pun aku mmg dah lama tak makan ayam panggang ni so aku pun merajinkan diri utk mencubanya....eeemmm.. boleh tahan gak la sedap jugak. Yang kelakarnya bolehkan aku beli 3 ketul aje, sedangkan mulutnya ada 4 apa lagi berebut2 le semuanya especially my 2nd son tu adoi yai sian beno teman tengok cam 4 hari tak makan punya la gelojoh mak aiii.. anak sapa la tu! hehehe......



Ha...yg ini tgh tggu masa je nak masuk dalam oven, tapi kalau nak di ikutkan kena le perapkan ayam tu dalam 1-2 jam gitu baru sodap ataupun semalaman baru mesra, tapi oleh kerana tak cukup masa dan perut pun dah berdondang sayang...so 1/2jam pun jadi ar.....hehehe...

Fuuhhh....panazzz...baru je keluar dari oven, dia punya bau wa..duh....enggak boleh tahan...my 2nd son dah tak boleh tahan2 lgi terus je nak makan walaupun panas....kalau cam ni boleh le buat lagi hehehe.... walau ape2 pun aku nak ucapkan terima kasih le kat Pn Hana kita ye kerana sudi berkongsi resipi walaupun awak duk jauh diperantauan ceewwahh....

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • lemon
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Friday, November 26, 2010

Puff Sardin


Untuk pencuci mulut malam ni aku buat Puff Sardin, haaa....Puff Sardin ni aku tgok kat blog Che Mat Gebu kita tu, so aku pun cuba nak buat lgi pun ari tu aku mmg ada beli puff pastry so malam ni ada mood rajin kan eemmm.. apa lgi menjadi la projek masak memasak  ni and my little sweetie tu pun sama sibok gak nak mengacau eeee.... geram betul aku. Hai... la anak kalu cam ni kan ummie tak leh la nak bukak business, nampaknya kena tggu lgi setahun 2 lgi la.....

Jom kita layan resipi

Bahan untuk inti:
  • 1 tin sardin (yg sederhana tu...)
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 biji bwg besar di dadu
  • 1 sb cili kisar
  • 2 sb jus asam jawa
  • sedikit garam dan bahan perisa
  • sedikit minyak utk menumis
Utk Pastri
  • 10 kpg puff pastri (kawanku)
  • 1 biji kuning telur
Caranya
  • Panaskan minyak tumiskan bwang putih dan cili kisar hingga garing
  • masukkan pula sardin dan lenyekkan ikan hingga hancur
  • masukkan air asam jawa dan bahan perisa
  • masak sehingga sedikit kering
  • akhir sekali masukkan bawang besar yg dicincang gaul seketika dan padamkan api
  • ambil sekeping pastri  dan isikan dgn sardin yg dimasak tadi
  • tutupkan dgn sekeping lgi pastri tekan keliling pastri dgn garfu
  • sapukan kuning telur diatasnya dan bakar sehingga masak
  • * suhu 190cc mengikut oven masing2 la ye.
Menunggu masa untuk masuk dalam oven.....

Fuuhhh....panazzz baru keluar dari oven..

Thursday, November 25, 2010

Nasi Goreng Cili Kering


Ha...nampak tak nasi goreng tu...terliur tak...hehehe...jangan terkejut ye tengok cili tu besar2, saja  mmg tak nak tumbuk lumat sangat baru le terasa. Bukan apa petang tadi perut ni lapo betul pas tu tetiba je teringat kat nasi goreng cili kering ni dah lama tak buat, kebetulan nasi pun ada so...jalan je la... Sebenarnya nasi goreng ni mengingatkan masa aku duk kat rumah lama dulu. Ada la kakak kat Melawati tu diajual nasi lemak pgi2 la yg open table tepi jalan tu...kat situ selain dari nasi lemak ada jugak nasi goreng. Aku nak bagi tau kat hang pa semua..yg nasi goreng dia mmg terangkat u.....kalau lambat mmg habis. Nasi goreng dia lebih kurang cam ni le... tapi dia punya cili kering tu mmg besar2 ada yg dia bubuh setangkai setangkai. Masa memula tu my hubby yg beli masa tu aku dalam pantang anak no 2, punya la aku terkejut tgk cili dia so my hubby suruh la aku rasa memula tu takut gak nak makan sbb dlm pantangkan mana boleh makan sebarangan lagi pulak masa tu aku operation, tapi oleh kerana terliur aku pun menyamah la sesudu, 2 sudu eh terlebih lak...sbb sodap rupanya dan dari hari itu bermula la episod Nasi Goreng Cili Kering.... sampaikan kawan2 aku kat opis pun tiap2 pagi kirim. Tapi sekarang ni.... kakak tu dah pindah kat Rawang...so x de la lagi nasi goreng cili kering ni... kalau teringin buat je la sendiri tapi tak sama le rasanya itulah namanya air tangan....Jom kita kongsi resipi....

Bahannya:
  • 1 pinggan nasi sejuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah dihiris
  • 1 biji telur
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan bahan perisa secukup rasa
Caranya:
  • Rendam sebentar cili kering dgn air panas dan tumbuk bersama bawang putih
  • Panaskan minyak dah tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing
  • pecahkan telur tggu sebentar dan kacau
  • masukkan garam, perisa dan bawang yg dihiris tadi
  • masukkan pula nasi, kacau rata dan masak seketika
  • padamkan api dan sedia di hidangkan

Tempeyek

Assalamualaikum....kalai ni nak tayang kuih tradisional kita iaitu Tempeyek. Ini memang kuih kegemaran aku dari dulu lagi, kalau masa raya aku tak cari kuih biskut2 ni kalau aku nampak tempeyek mmg aku belasah dulu.....kalau terkena yg sedap, yg ranggup mmg licin aku kejekan hehehe... x malu betul kan buruk perangai mmmuuaakkk....

Tapi kalau nak tau Tempeyek ni aku tak buat pun, ini made in Kedai Petronas hahahaha....mmg sedap la tempeyek ni ranggup betul, kalau makan tak boleh nak stop berhantu betul. Aku pernah laa buat tempeyek ni tapi tak berapa nak menjadi ar...dah banyak kali aku cuba eee... geram betul. Tapi mmg leceh gak la buat tempeyek ni renyah ckit. Api tak boleh terlalu kuat nanti kacang tak masak pas tu bancuhan tepung kena betul kalau tak nanti dia berderai dalam kuali... haii... mmg nak kena belajar lgi la...tpi tak ape la...nanti nak kena tanya pada org2 lama ye. So malam ni tak ada le resipi tempeyek ni ye... i'm sorry.....

Wednesday, November 24, 2010

Lemak Kuning Telur Itik

Ha... yang ni last menu utk malam ni. Ini lauk untuk anak2 ku. Dia orangkan mmg suka sgt makan masak lemak, jadinya semalam aku gi paso lambak (itu bahasa kg aku kalau sini pasar malam da....) beli la telur itik utk dimasak lemak kuning ni la. Kalau kita pakai telur itik ni dia tak pecah cantik je bila dimasak, kalau telur ayam dia mudah pecah sbb lembut kalau telur itik dia keras ckit tapi kalau dah tak ada telur ayam pun boleh. Lawan makan masak lemak ni ialah ikan goreng & sambal belacan fuh yoo...sodap bro....maunya 2 pinggan habis....tapi malam ni aku tak buat pun sambal belacan sbb lazyyy...hehehehe...bukan ape nanti my hubby tu makan banyak lak. Sebenarnya aku dah kena complent ngan akak aku sbb suka masak. Dia ckap kalau aku selalu masak itu bukan nak tolong my hubby diet, tapi meggalakkan lagi dia makan, hehehehe... habis tu.. nak wat camner dah hobi aku memasak tak boleh nak ditahan tahan da.... tak pe la...nanti aku kena masak 2 jenis la... satu menu utk anak2 n satu lagi menu sihat untuk my lovely hubby ha...camner ok tak (kalau rajin la....hikhikhik...)

Bahannya
  • 5 biji telur itik
  • 1 biji bawang besar*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 keping asam gelugur
  • 500ml santan (dari sebiji kelapa)
  • 2 cwn air
  • sedikit garam dan perisa
Caranya
  • Kisar semua bahan * dan masukkan kedalam periuk bersama air
  • tunggu sehingga mendidih
  • pecahkan telur itik satu persatu
  • tunggu sehingga telur sedikit keras(jgn kacau)
  • masukkan pula asam gelugur dan santan, kecilkan api sedikit
  • kacau perlahan supaya santan tak berketul
  • perisakan secukup rasa, tggu mendidih sebentar, padamkan api
  • sedia dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...