Saturday, November 27, 2010
Friday, November 26, 2010
Puff Sardin
Untuk pencuci mulut malam ni aku buat Puff Sardin, haaa....Puff Sardin ni aku tgok kat blog Che Mat Gebu kita tu, so aku pun cuba nak buat lgi pun ari tu aku mmg ada beli puff pastry so malam ni ada mood rajin kan eemmm.. apa lgi menjadi la projek masak memasak ni and my little sweetie tu pun sama sibok gak nak mengacau eeee.... geram betul aku. Hai... la anak kalu cam ni kan ummie tak leh la nak bukak business, nampaknya kena tggu lgi setahun 2 lgi la.....
Jom kita layan resipi
Bahan untuk inti:
- 1 tin sardin (yg sederhana tu...)
- 2 ulas bwg putih dicincang
- 1 biji bwg besar di dadu
- 1 sb cili kisar
- 2 sb jus asam jawa
- sedikit garam dan bahan perisa
- sedikit minyak utk menumis
- 10 kpg puff pastri (kawanku)
- 1 biji kuning telur
- Panaskan minyak tumiskan bwang putih dan cili kisar hingga garing
- masukkan pula sardin dan lenyekkan ikan hingga hancur
- masukkan air asam jawa dan bahan perisa
- masak sehingga sedikit kering
- akhir sekali masukkan bawang besar yg dicincang gaul seketika dan padamkan api
- ambil sekeping pastri dan isikan dgn sardin yg dimasak tadi
- tutupkan dgn sekeping lgi pastri tekan keliling pastri dgn garfu
- sapukan kuning telur diatasnya dan bakar sehingga masak
- * suhu 190cc mengikut oven masing2 la ye.
Menunggu masa untuk masuk dalam oven.....
Fuuhhh....panazzz baru keluar dari oven..
Thursday, November 25, 2010
Nasi Goreng Cili Kering
Ha...nampak tak nasi goreng tu...terliur tak...hehehe...jangan terkejut ye tengok cili tu besar2, saja mmg tak nak tumbuk lumat sangat baru le terasa. Bukan apa petang tadi perut ni lapo betul pas tu tetiba je teringat kat nasi goreng cili kering ni dah lama tak buat, kebetulan nasi pun ada so...jalan je la... Sebenarnya nasi goreng ni mengingatkan masa aku duk kat rumah lama dulu. Ada la kakak kat Melawati tu diajual nasi lemak pgi2 la yg open table tepi jalan tu...kat situ selain dari nasi lemak ada jugak nasi goreng. Aku nak bagi tau kat hang pa semua..yg nasi goreng dia mmg terangkat u.....kalau lambat mmg habis. Nasi goreng dia lebih kurang cam ni le... tapi dia punya cili kering tu mmg besar2 ada yg dia bubuh setangkai setangkai. Masa memula tu my hubby yg beli masa tu aku dalam pantang anak no 2, punya la aku terkejut tgk cili dia so my hubby suruh la aku rasa memula tu takut gak nak makan sbb dlm pantangkan mana boleh makan sebarangan lagi pulak masa tu aku operation, tapi oleh kerana terliur aku pun menyamah la sesudu, 2 sudu eh terlebih lak...sbb sodap rupanya dan dari hari itu bermula la episod Nasi Goreng Cili Kering.... sampaikan kawan2 aku kat opis pun tiap2 pagi kirim. Tapi sekarang ni.... kakak tu dah pindah kat Rawang...so x de la lagi nasi goreng cili kering ni... kalau teringin buat je la sendiri tapi tak sama le rasanya itulah namanya air tangan....Jom kita kongsi resipi....
Bahannya:
- 1 pinggan nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih
- 6 tangkai cili kering
- 4 biji bawang merah dihiris
- 1 biji telur
- sedikit minyak utk menumis
- garam dan bahan perisa secukup rasa
- Rendam sebentar cili kering dgn air panas dan tumbuk bersama bawang putih
- Panaskan minyak dah tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing
- pecahkan telur tggu sebentar dan kacau
- masukkan garam, perisa dan bawang yg dihiris tadi
- masukkan pula nasi, kacau rata dan masak seketika
- padamkan api dan sedia di hidangkan
Tempeyek
Assalamualaikum....kalai ni nak tayang kuih tradisional kita iaitu Tempeyek. Ini memang kuih kegemaran aku dari dulu lagi, kalau masa raya aku tak cari kuih biskut2 ni kalau aku nampak tempeyek mmg aku belasah dulu.....kalau terkena yg sedap, yg ranggup mmg licin aku kejekan hehehe... x malu betul kan buruk perangai mmmuuaakkk....
Tapi kalau nak tau Tempeyek ni aku tak buat pun, ini made in Kedai Petronas hahahaha....mmg sedap la tempeyek ni ranggup betul, kalau makan tak boleh nak stop berhantu betul. Aku pernah laa buat tempeyek ni tapi tak berapa nak menjadi ar...dah banyak kali aku cuba eee... geram betul. Tapi mmg leceh gak la buat tempeyek ni renyah ckit. Api tak boleh terlalu kuat nanti kacang tak masak pas tu bancuhan tepung kena betul kalau tak nanti dia berderai dalam kuali... haii... mmg nak kena belajar lgi la...tpi tak ape la...nanti nak kena tanya pada org2 lama ye. So malam ni tak ada le resipi tempeyek ni ye... i'm sorry.....
Tapi kalau nak tau Tempeyek ni aku tak buat pun, ini made in Kedai Petronas hahahaha....mmg sedap la tempeyek ni ranggup betul, kalau makan tak boleh nak stop berhantu betul. Aku pernah laa buat tempeyek ni tapi tak berapa nak menjadi ar...dah banyak kali aku cuba eee... geram betul. Tapi mmg leceh gak la buat tempeyek ni renyah ckit. Api tak boleh terlalu kuat nanti kacang tak masak pas tu bancuhan tepung kena betul kalau tak nanti dia berderai dalam kuali... haii... mmg nak kena belajar lgi la...tpi tak ape la...nanti nak kena tanya pada org2 lama ye. So malam ni tak ada le resipi tempeyek ni ye... i'm sorry.....
Wednesday, November 24, 2010
Lemak Kuning Telur Itik
Ha... yang ni last menu utk malam ni. Ini lauk untuk anak2 ku. Dia orangkan mmg suka sgt makan masak lemak, jadinya semalam aku gi paso lambak (itu bahasa kg aku kalau sini pasar malam da....) beli la telur itik utk dimasak lemak kuning ni la. Kalau kita pakai telur itik ni dia tak pecah cantik je bila dimasak, kalau telur ayam dia mudah pecah sbb lembut kalau telur itik dia keras ckit tapi kalau dah tak ada telur ayam pun boleh. Lawan makan masak lemak ni ialah ikan goreng & sambal belacan fuh yoo...sodap bro....maunya 2 pinggan habis....tapi malam ni aku tak buat pun sambal belacan sbb lazyyy...hehehehe...bukan ape nanti my hubby tu makan banyak lak. Sebenarnya aku dah kena complent ngan akak aku sbb suka masak. Dia ckap kalau aku selalu masak itu bukan nak tolong my hubby diet, tapi meggalakkan lagi dia makan, hehehehe... habis tu.. nak wat camner dah hobi aku memasak tak boleh nak ditahan tahan da.... tak pe la...nanti aku kena masak 2 jenis la... satu menu utk anak2 n satu lagi menu sihat untuk my lovely hubby ha...camner ok tak (kalau rajin la....hikhikhik...)
Bahannya
Bahannya
- 5 biji telur itik
- 1 biji bawang besar*
- 1/2 inci lengkuas*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 biji cili merah*
- 1 keping asam gelugur
- 500ml santan (dari sebiji kelapa)
- 2 cwn air
- sedikit garam dan perisa
- Kisar semua bahan * dan masukkan kedalam periuk bersama air
- tunggu sehingga mendidih
- pecahkan telur itik satu persatu
- tunggu sehingga telur sedikit keras(jgn kacau)
- masukkan pula asam gelugur dan santan, kecilkan api sedikit
- kacau perlahan supaya santan tak berketul
- perisakan secukup rasa, tggu mendidih sebentar, padamkan api
- sedia dihidangkan
Sawi Goreng Sos Tiram
Salam... wah malam ni banyak pulak resipi yang aku masukkan ye, tak ape la kita kongsi bersama la ye...sayur sawi ni adalah salah satu sayur kegemaran aku. Kalau digoreng dengan ikan masin pun sodap... Kalau nak diikutkan sayuran berdaun hijau ni my hubby tak boleh makan sebb ada ape ek lupa lak. Kalau nak makan boleh tapi kena potong halus sikit dan rendam seketika baru boleh dimasak. So aku pun kena la ikut makan cam tu gak demi kesihatan my hubby cceeewwaa.....yo le tu hikhikhik...tapi kalau ikukan betul2 sayur ni pun dia tak leh makan gak sbb ada campur sos tiram n ikan bilis boleh naik darah....ape2 pun kita tegok resipi yg mudah lgi cepat, silalah....
Bahannya
- secekak sayur sawi dibersihkan dan potong
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 ulas bwg putih dihiris
- 1 biji cili merah dihiris
- sedikit ikan bilis
- 1sb sos tiram
- 1sb sos ikan
- sedikit garam
- sedikit minyak untuk menumis
- panaskan minyak gorengkan ikan bilis sehingga sedikit garing
- masukkan pula bahan2 yg dihiris tadi sehingga layu
- masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit garam (jgn bnyak nanti masin)
- setelah itu masukkan batang sayur goreng seketika
- masukkan daunnya pula goreng sebentar dan padamkan api
- sedia dihidangkan
Tahu Sumbat
Wah, waaahhh... tahu sumbat pulakkk.. Pn Muza ni....hahaha...bukan ape yg ni untuk my hubby kalau boleh aku tak bgi dia makan nasi, so sebagai pengganti aku buat la tahu sumbat ni untuk my hubby kenyang gak perut kalau makan. Tapi kali ni aku buat tak gunakan taugeh, aku ganti ngan timun dan carrot pulak, saja tukar selera. Tahu sumbat ni kalau makan ngan kuah kacang pun sedap gak, my hubby lebih suka makan ngan kuah kacang, tapi aku tak sempat la nak goreng kacang, nak tumbuk kacang, banyak keje ckit la...disbbkan aku tak cukup masa so buat la ape yg terdaya....
Bahannya
Bahannya
- Tahu 4 keping
- 1 btg timun disagat
- 1 btg carrot disagat
- 10 tangkai cili kering
- 1 ulas bawang putih
- 1 sb sos cili
- 1 sk cuka
- 2 sb gula
- garam secukup rasa
- Goreng tahu sehingga kekuningan
- Kisar cili kering bersama bawang putih
- campurkan bahan kisar, sos cili, cuka, gula dan garam masak seketika
- bila mendidih padamkan api
- belah segi tiga dan bahagian tengah tahu yg digoreng tadi
- sumbatkan dengan timun dan carrot
- hidangkan dengan sos cili
Subscribe to:
Posts (Atom)