Saturday, October 9, 2010

Creamy Banana Split Part 2

Hehehe...sekali lgi...hahha...bukan ape ari tu makan tak berapa nak pusa sebab masa buat ari tukan bulan puasa so tak leh la nak makan banyak2... Hari ni aku balik keje halfday kan aku singgah la kedai untuk beli aiskerim buat anak le kekononnya....tetiba lak nampak pisang eemmm bila la semangkuk aiskerim terus leh tumpang sekaki....hahaha...saja kan tetengah hari yg cuacanya agak panas jugak ni memang le sedap melantak aiskerim yg boleh menyejukkan tekak sambil melayan cerita hidustan "Mann" waaahh...berangan jap aku hehehe.... jom layan.....


Posted by Picasa

Ubi Rebus vs Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum....hai kali ni aku nak tayang makanan yang paling aku rindui iaitu Ubi Rebus bersama Sambal Ikan Bilis. Peehhhh.. punya la terangkat makan ubi kayu musim hujan2 ni dihirup bersama air kopi panas ffuuuhhh...meletop...aje giler ko.....ooppss terlebih sudah hehehe....bukan apa tetiba je masa kat opis semalam tgh2 duk termenung mengenangkan nasib (saje je...hehehe..) teringat pulak kat ubi kayu ni. Api lagi masa aku balik keje semalam ku gagahkan kaki meredah hujan yg tak berapa nak lebat tu (tpi basah la jugak) aku gi ke kedai demi mencari ubi kayu untuk direbus, alhamdullillah dapat gak ubi tu, nasib baik ada. Setiba saja di rumah aku pun menyensingkan lengan baju keje (tak salin baju lgi tau hehehe...gelojohnyarr) terus merebus ubi kayu dan membuat sambal ikan bilis. Selepas Solat Magrib aku dan my hubby menjamu selera la dengan Ubi Rebus vs Sambal Ikan Bilis.... fuuhh la mak.....very the wonderfullll.....(hehehe...bahasa ape lak ni) best gilerr...i told u.....hehehe...

Tapikan sebut pasal ubi kayu ni aku teringat kat arwah mak, sebab masa kat kampung dulu, belakang rumah aku tu arwah Encik (ayah ku da...) dia mmg tanam pokok ubi ni punya la banyak, so arwah mak tiap2 minggu mesti ada masakkan yang berkaitan dengan ubi ni contohnya lepat ubi, ubi goreng, ubi getok, ubi rebus dan yang paling aku suka sekali kerepek ubi kayu bersira gula eeemm...mmg best.
Eee...rindunya dengan awrah mak dan encik huhuhu....Al-Fatihah....
Posted by Picasa

Tuesday, October 5, 2010

Soft Marble Cake


Assalamualaikum kepada pengujung blog saya ni....hujung minggu ari tu aku ada buat Soft Marble Cake untuk mak saudaraku yg menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke tuttttt....(biarlah rahsia hehehe...) dan kebetulan yg lagi sorang mak saudaraku ( sebelah my hubby) dia buat open house so aku pun buat la kek ni, resepi dari rumah K.Ummie TQ kak sodap sampai tterhangus saya bakar hahaha...tpi rasanya tetap mantopppp... jom kita jamu mata dgn foto2nya dan resepinya sila lah....

SOFT MARBLE CAKE


• 270 gm mentega

• 250 gm gula kastor

• 260 gm tepung gandum

• 1 camt baking powder

• 6 biji telor

• 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)

• 1 camb ovalette

• 1 camb air

• 1 camt esen vanila

• 10 gm serbuk koko

• 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)



Cara-Cara:-

1. Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.

2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.

3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.

4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.

5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.

6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.

7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat. (*hehe..ummi tersalah baca, letak 3 sb adunan plain diikuti 1 sb adunan cokelat..tu pasaii marble x berapa cukup sampai ke tengah..haha)

8. Ulangi sehingga habis adunan.

9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.

10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).

11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.

12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.

Nota: Sedap, lembut dan senang nak buat...





Wednesday, September 29, 2010

2nd Sidang Makan2


Assalamualaikum.....hehehe..rajin bebeno aku ni ek, buat makn2 lgi, bukan ape ini hidangan untuk org yg tak leh nak dtg pada hari Sabtu ari tu, jiran sebelah rumah sbb masa dia nak dtg tu, dia kata rumah aku masih ramai orang lagi jadi dia pun nak tunggu la sampai org balik baru dia nak datang, sekali tu tunggu punya tunggu sampai kul 10.30 org baru balik...jdi dia pun kata dah malam la nak dtg tak pe la lain kali je. Itu yg aku buat makan2 ni kesian lak dia dan unuk kawan2 my 1 son sekali. Ala..sekadar Kue Tiew goreng aje itu je yg termampu oleh kudratku yg agak dah penat ni....Alhamdullilah habis gak 4 bungkus Kue Tiew  hehehe...

 

Kue Tiew Udang

Bahan2nya:

  • 1 bungkus Kue Tiew


  • 15 ekor udang sederhana besar buang kulit dan ketepikan
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus fish ball

  • 4 ulas bwg putih

  • 1 sb cili kisar (klu nak pedas tmbah lgi)

  • sedikit daun kucai

  • 1 manggkuk taugeh

  • 1/2 cwn kicap cair

  • minyak untuk menumis

  • sedikit kicap pekat (agak2 la ye tpi jgn banyak sangat coz dah ada kicap cair nanti masin)

  • sedikit perisa (pak aji le..)
Caranya:

  • panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau

  • masukkan cili kisar goreng hingga garing

  • masukkan pula fish ball, bahan perisa, goreng sebentar dan masukkan pula udang goreng sehingga separuh masak

  • masukkan kue tiew kicap cair dan kicap pekat gaul rata

  • selepas itu pecahkan telur dan tunggu sekejap agak2 telur dah keras sedikit baru gaulkan

  • akhir sekali masukkan taugeh dan kucai gaul rata dan terus padamkan api

  • boleh la dihidangkan bersama cili jeruk (kalau ada la..)



Tuesday, September 28, 2010

Sidang Makan-makan

Hai..hari sabtu ari tu aku buat la sidang makan2 di rumahku, ye untuk my ahli keluarga je la dan yg terdekat je nak jemput semua tak termampu hehehe...sorry la ye. Menu pada hari tu ialah Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Dalca dan Acar Rampai. Alhamdullilah semuanya memang cucup2 aje sedang elok la jadi x la membazir and i so hppi sebab masakkan ku habis cuma nasi je tak cukup ptg tu aku kena masak lgi.




Penjaga Nasi hehehe....



Yg ini pulak kambing kakak iparku bgi sos black paper tu aku buat baru la ngam eemmbbeekk......hehehe..


Yg ni P'cik, M'cik N Sepupu belah my hubby

Kakak2 ku N my Anak Buah

Chocolate Mint Cake


Assalamualaikum..... eemm dah lama x buat kek, ari tu aku gi jalan kat dapur k.ummie so sudah jatuh hati la dengan dia punya Chocolate Mint Cake, eemm apa lgi kebetulan hari Sabtu ari tu kakak2 ku, kakak n sedaramara sebelah my hubby pun nak datang rumah jadinya ada la menu baru untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut la kekononnya. Tapi memang sedap la rasanya sebab lain dari yang lain coz bila kita makan tu kan ada rasa sejuk je bila masuk kat tekak berangin cam makan gula2 mint tu... terima kasih k.ummie memang tak menghampakan...

Bahan-bahannya

200 gm tepung naik sendiri


230 gm mentega

220 gm gula kastor

230 gm telor (*ummi letak 4 biji saiz B)

3 gm esen vanila (1 sudu teh)

30 gm serbuk koko (*ummi tambah lg 1 sudu teh emulco paste)

50 gm susu segar

beberapa titis pewarna hijau

beberapa titis esen peppermint

Cara2nya:

Panaskan oven pada suhu 180 C. (*ummi set oven 165C).

Sapu butter pada loyang dan alaskan kertas baking di dasar dan bahagian tepinya.

Dalam mangkuk, pukul tepung dengan mentega hingga jadi pes yang sebati (hati-hati ketika memukul, tepung akan sedikit naik berdebu). Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, pukul telor dan gula hingga likat.

Masukkan adunan ini dan esen vanila ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati dan kembang.

Bahagi dua adunan - satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan susu segar, manakala satu bahagian lagi dicampurkan pewarna hijau dan esen peppermint.

Letakkan 2 sudu besar adunan coklat di bahagian tengah loyang dan kemudian letakkan pula 2 sudu besar adunan hijau di atas adunan coklat tadi.

Buatlah secara berselang seli hingga habis.

Kemudian hentakkan sedikit loyang sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit.

Bahan Topping Honey Choc Fudge:-

150 gm coklat masakan

30 gm fresh cream

30 gm mentega

15 gm madu (2 sudu besar)

Cara Menyediakan:-

Campurkan kesemua bahan dan cairkan secara "double boiler" sambil dikacau selama 5 - 10 minit hingga fudge sebati.

Sapukan fudge yang masih setengah panas di atas dan tepi kek.



Tuesday, September 21, 2010

Mee Hailam


Dah puas makan nasi, kali ni kita makan mee la pulak. Aku masak Mee Hailam sebab my 2nd son tu suka makan mee. Hari minggu tu dia suruh aku masak mee, tapi aku tak buat jdi mlm tadi baru aku buat. wah bukan main suka lgi makan smapai 2 mangkuk sama la dengan my hubby lepas antar my 1st son gi tuisyen dia sambung lagi semangkuk ishk,ishk,iskk......tpi tak pe la hilang penat aku memasak kalau semuanya suka makan.

Bahan-bahanya
  • 1 bgks mee kuning
  • semangkuk isi ayam
  • 15 ekor udang segar
  • 5 keping fish cake
  • 1 bungkus bebola ikan
  • 3 ulas bwg putih diketuk
  • 1 btg carot dipotong bulat (ikut la ye nak potong cam mana pun)
  • 3 pokok sayur sawi
  • 4 btg bby corn
  • semangkuk kobis bunga
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 litir air
  • 1 cwn kicap cair
  • sedikit lada sulah
  • 5 sb kicap pekat
  • sedikit tepung jagung utk pekatkan kuah
  • bahan perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-carnya
  • Tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan udang dan isi ayam goreng sehingga sedikit garing
  • Masukkan pula kicap pekat, kicap cair dan air
  • Setelah mendidih masukkan pula sayur sayuran kecuali sawi
  • Masukkan pula kiub pati ayam, bahan perisa dan tepung jagung yg telah dicampurkan dgn sedikit air untuk memekatkan kuahnya.
  • Tunggu mendidih, dan padamkan api
  • Dalam periuk lain pula, masakkan 1 litir air
  • Setelah mendidih padamkan api,celurkan mee kuning tadi seketika dan toskan (jgn lama sgt nanati kembang)
  • Boleh la dihidangkan bersama kuahnya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...