Sunday, July 17, 2011

Apam Gula Hangus Part 2

Salam....sebelum tuan putri beradu sempat lgi nak update blog sbb my anak dara tu angin tgh baik so dia tak kacau umie dia update blog tgh layan kartun tak habis2 walaupun dah kul 12 tgh mlm tak nak tido eee.. geram tul tiap2 hari cam gitu kalau mlm2 minggu x pe la kalau hari keje adoii... itu pasal la umie dia kat opis hari2 nak zzzzz....sakit jiwa dan ragakan anak...anak layan aje le...so berbalik kita pada N3 mlm ni ialah Apam Gula Hangus ini kali kedua aku buat kuih ni mmg sedap dan lembut je kali ni aku buat pakai acuan kuih lompang comel ckit dan senang masuk mulut sekali ngap je tak le membazir...kalau buat size besar bkn ape bbdk ni cubit ckit pas tu x habis membazir je oleh kerana sayang umie dia lah tukang kutip masuk mulut sendiri hihihi...tu lah mcm mana umie ngan abi nak kurus bila sayang tgk makanan anak yg tak habis umie ngan abi lah yg jdi mangsa tukang habiskan...hehehe...jom kita layan gambo jap ye..




so skrg jom kita semak resipinya pulakk....

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak (aku guna minyak jagung)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 tepung gandum
Cara-caranya
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yg telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dn kisar lgi
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan kisar sebati
  5. kukus adunan tadi dalam loyang yg telah disapu dgn minyak masak selama 45 minit
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Saturday, July 16, 2011

Muffin Pisang + Oat


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...wah pgi2 i dah updatekan blog hihihi... bkn ape cuma mengisi masa yg terluang ni. So pagi ni nak bercerita tentang resipi kita iaitu Muffin Pisang + Oat yg ni projek aku malam tadi. Biasa la bila angin rajin dah mai semua resipi aku nak cuba buat, ni dalam kepala otak aku ni dah berderet resipi yg aku nak posmortemkan hihihi.... cam doktor le pulak kan hihi...tapi tak tau le bila nak buatnya tunggu saat dan tikanya aje, bkn ape sbb anak dara aku tu sibok lah nak menolong buat kalau ok x pe tapi bersepah satu rumah baik2 nak buat cepat jdi lambat tulah yg selalu delay tu...tapi aku rasa raya tahun ni aku nak buat jugaklah biskut raya sendiri asyik main tunjuk2 ajekan apelah salahnya aku buat pulak bangga rasanya bila dapat sajikan pada tetamu hasil air tangan kita kan tapi bukan le utk menunjuk2 atau bermengah2...tak baik tau...cuma aku nak belajar buat kuih pulak sbb aku ni bab2 kuih ni ada kureng ckit. Sekarang ni aku tengah mengumpul resipi biskut2 raya utk dibuat tapi tak tau lagi la buat ke edak takut nanti bahan2 dah beli buatnya tidak yelah hari minggu je x de rumah hihihi...

Resipi aku ni aku ambik kat tryMASAK best jugak kat citu macam2 jenis masakkan ada siap ada video lagi, begituh canggih dunia skrang ni kan so x de alasan lah ye utk kaum2 hawa tu yg mana x tahu masak tu boleh la belajar kat internet aje sekarang ni...pada yg memang terang hati tu tgk je dah boleh masak dah yg mana lambat ckit tu tak pe take your time bby...hihihi..yg penting usaha tangga kejayaan...cewahhh... pjg lebar lak bersyarah.....(dulu cita2 nak jdi pensyarah...skrg jdi pensyarah gak tapi utk anak2 & En Soami aje hihihi...)
Jom kita layan repisi kat bawah ni.....

Muffin Pisang + Oat
Sumber : tryMASAK

Bahannya

3 biji pisang size sederhana                                                  
1 1/2 cwn tepung gandum        
1 cwn Bijirin Oat
1cwn gula perang
2 biji Telur
1/2 cwn minyak (aku guna minyak jangung)
1sk esen vanilla
1sb serbuk penaik
sedikit garam

Caranya:                                                                              
  • Lenyek pisang hingga hancur
  • Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan bijirin oat kedlm mangkuk adunan, kacau rata
  • Dalam mangkuk lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanilla dan garam. Adun dgn kelajuan sederhana. (tak perlu diadun lama dan telur tak perlu terlalu kembang)
  • Masukkan pisang lenyek kedlm adunan kering dan curahkan adunan bahan basah. Adun sebati
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200cc lebih kurang 10 minit.
  • sudukan adunan kedalam acuan dan bakar selama  lebih kurang 20 minit
  • sedia dihidangkan...


Friday, July 15, 2011

Ikan Bakar Portugis


Salam hari Jumaat olls... bertemu kembali kita ye..terima kasih la kepada yg sudi menjenguk blog aku yg tak seberapa ni... kali ni N3 kita ialah Ikan Bakar Portugis. Sebenarnya anak2 ngan hubby suke sgt makan menu ni bila gi JJ ke Tesco kira yg mana tempat ada menu ni mesti dia akan order so bila difikirkan apelah salahnya kalau aku cri resipi ni dan buat kat rumah kan lgi berbaloi baloi....tak gitu puan2 semua hihihihi... so utk tak menghampakan diri ni aku pun telah bertanya le kat En Google kita tu so dia pun tunjukkan le resipinya dan inilah hasil yg aku perolehi dari En Google tapi yg ni aku ada oleh ckit le resipinya mengikut citarasa aku le kan tapi apa2 pun tak lari dari basic asalnya dan rasa pun ok gak sama cam kat kedai tu hihihi..so kira ok lah kan, jom kita semak resipnya...

Bahannya:

  • beberapa ekor ikan kegemaran anda (aku buat ikan kembong aje..)
  • 1 mangkuk cili kisar
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 kuntum bunga kantan*
  • sayur kegemaran anda (aku guna sayur bendi)
  • sedikit jus asam jawa
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam & gula secukup rasa
  • aluminium foil sesukupnya
  • daun pisan secukupnya
  • kisar semua banhan2 yg bertanda *
Caranya
  • panaskan kuali tumis semua bahan2 kisar dan cili sehingga garing
  • setelah betul2 garing masukkan pula air asam jawa dan perisakan
  • gaul sebentar dan padamkan api
  • panaskan oven atau kuali pun boleh jugak (kuali leper la ye)
  • letakkan ikan didalam aluminium foil yg beralaskan daun pisang
  • curahkan sambal tersebut diatas ikan
  • tambahkan sayuran kegemaran anda
  • bungkus ikan dan bolehlah dimasak sama ada kaedah bakar dlm oven atau menggunakan kuali
  • masak lebih kurang 15-30 minit bergantung kepada ikan
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih


Saturday, July 9, 2011

Apam Polkadot


Assalamualaikum olls... wah.. lame tul x berkeudara ni weiiii...tuptup keluar ngan N3 Apam Polkadot pulak hihihi....sebenonya skrg ni dah macam satu fenomena pulak apam polkadot ni semua org kat blog & fb dah mencubanya dan dgn berbagai2 warna yg menari lagi comeii..dan bercorak2 gitu sungguh kreative kan dunia masakkan ni. Dan aku baru la nak updatekan resipi apam polkadot ni ha walaupun terrrlambat tapi x pe lah kan...so kat cni pun secara ringkas je la ku mengupdate kan blog ni sbb x cukup masa la...tapi ape2 pun resip masih tetap ada.


Yang ini adalah sebahagian tempahan Apam Polkadot... wah wah...siap berjual lagi u...hihihi.. bukan ape mula asalnya aku cuma buat utk makan2 aje tapi lepas aku bagi merasa kat kawan2 di opis diorang nak tempah le pulak.So terpaksa la buat atas permintaan ramai, kalau nak ikutkan mmg le tak sempat la nak buat sbb ye la aku kan keje tapi bila difikir2 ok gak kan so buat je la tapi utk tempahan yg tidak melebih 150biji sehari ok la lebih dri tu mungkit susah ckit kot sbb x cukup masa, tapi kalau hujung minggu mungkin boleh le kot, tapi ape2 pun alhmadullilah mendapat sambutan hangat.. rezeki tuhan....jom la kita layan resipinya layanzzzz.....

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur
  • 300gm tepung gandum
  • 300gm gula castor
  • 250ml susu segar
  • 2sk ovelat
  • 1sk baking powder
  • 1sk esen vanilla
  • warna pilihan anda
Caranya
  • pukul telur, gula dan ovelat hingga kembang
  • masukkan esen vanilla dan susu segar putar lagi
  • masukkan pula tepung & baking powder yg telah diayak bersama putar hingga sebati
  • bahagikan kepada 3 bahagian (ikut suka la nak berapa warna ye)
  • dan cumpurkan dgn warna kegemeraan anda
  • masukan sedikit adunan kedlm paiping bag utk dot2
  • masukkan adunan kedalam paper cup separuh dan isikan dgn inti kegemaran
  • masukkan lgi separu hingga 3/4 penuh
  • setelah itu boleh la dot2 kan atau corakkan mengikut kreativiti masing2
  • kukus selama 10-15 minit mengikut size
(* kalau guna paper cup yg kertas tu kukus kena pakai cawan yg buat kuih lompang kalau tak nanti dia akan jdi kembang dan api pulak jgn terlalu besar nanti jdi apam mekar le pulak)

Friday, June 17, 2011

EPISOD NORA ELENA SUDAH BERAKHIR.....


Assalamualaikum olls...wahhhh.. lame sudah tak bersiarankan almaklum la agak lama gak kita gantung periuk sbb sempena cuti sekolah ni, bukan ape anak2 duk rumah tok dia so tak yah lah sibuk2 nak masak memandangkan kita & my hubby on diet (ye ke???...) hahaha..tapi sebenonya malas sbb tak nak ketinggalan menonton cerita Nora Elena yg sememangnya tersangat best sampaikan semua kat FB pun asyik memperkatakan tentang cerita ni kan ada yg suruh buat Nora Elena 2 dan ada yg suruh difilemkan lagi wa....mmg mendapat samputan yg sungguh2 hangat ni... ye la mana tak nya sesiapa yg menonton cerita ni terutamanya kaum hawa la kan mmg akan teruja akan keromantikan si Seth Tan iaitu lakonan Aaron Aziz, tahniah gak buat beliau dan juga kepada semua pelakon2 Nora Elena dan juga tak ketinggalan kepada watak jahat Yvonne iaitu lakonan Wan Sharmila yg sungguh2 hidup watak jahatnya itu sehingga membuatkan semua org meluat akan gaya gediks nya itu kan.


Nora Elena ni adalah adaptasi dari sebuah novel Kasih Yang Suci, dimana novelnya jugak out of stock tau laku gila...susah betul aku nak dapatkan novel ni setelah banyak kedai diterjah dan hampir setiap hari aku gi mencari novel ni akhirnya pencarian aku berhasil jugak...hadoiii penat tau...tapi ape2 pun alhamdullilah...tgk lah ni siapa lak yg membacanya selain dari aku...

mmuuakkkk...nak jugakkk...hahaha....

Ha...ini lah penangan citer Kasih Yg Suci ni..tahniah kepada penulisnya jugak kerana menghasilkan suatu cerita yg menarik sekali. Tapi ape ape pun aku harap lepas ni ada lgi cerita2 yg meletop mcm ni sehingga meninggalkan kesan yg mendalam gituw...tapi yg aku tak leh tahan tu sbb tgk si Seth tu yg begitu romatik sekali sehingga menusuk Qolbu u... adoiii... lemah semangat aku bila tgk andingan yg romantik sesgt hihihi.... so sweet...

taraaa.... ini lgi satu novel yg sungguh touching jugak cerita dia...
Harap2 lepas ni boleh la diadaptasi kan jugak dan watak Syed Azaril tu dipegang oleh Aaron Aziz ok tak? Sememangnya meletop jugak la ...i tell u...hihihi...so ape2 pun tahniah la buat semua kru2 drama Nora Elena. Jadi bayangkan hari2 ptg anda tanpa Mr Seth Tan, adakah kosong or booooringgg....hihihi...





Monday, May 30, 2011

Hati Goreng Rempah


Assalamualaikum....hari ada masa ckit nak update resipi terbaru, kali ni kita masak Hati Lembu Goreng Berempah, tetiba je teringat kat arwah mak yg suka masak hati lembuh berempah ni mmg sedap dimakan dgn nasi panas tak payah ada lauk lain pun tak ape dah, tapi versi aku ni lain ckit sbb aku letak sayur kacang, bukan ape kira 2in1 la ni so tak yah le masak sayur lgi hihihihi.. pemalas tul mokcik ni kan keje nak senang jeee....main shortcut jer hahaha.. biase le org kalau dah malas cam ni le keje...tak pe la yg penting ada sayur betul tak puan2.....kalau setuju angkat tangan cam saya... hehehe...(tak habis2....)
so ape lagi jom le kita layan resipi yg terrrringkas i ni... jomm...

Bahannya:
  • 500gm hati lembu dibersihkan
  • semangkuk kacang panjang dipatahkan
  • 1sb serbuk jintan manis*
  • 1sb serbuk ketumber*
  • 1sb serbuk kunyit*
  • 1 biji bwg besar dihiris
  • 3 ulas bwg putih ditumbuk*
  • 2 biji cili merah dihiris (kalau nak pedas leh letak cili api)
  • garam dan perisa*
  • sedikit air
  • sedikit minyak
Caranya
  • gaulkan hati lembu tadi dgn semua bahan2 bertanda * perapkan selama 1/2 jam
  • panaskan minyak dan goreng hati lembu sehingga empuk
  • kalau nampak kering sgt masukkan sedikit air
  • masukkan pula hirisan bawang, cili merah dah sayur kacang
  • masak hingga sayur empuk dan tutup api
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih


Monday, May 23, 2011

Pancake


Ha.... yg ni ialah sarapan ari minggu ni...sbb x tau nak wat sarapan ape.. asyik makan nasi lemak je so sesekali jdi owg putih le pulak makan pancake hihihi....cam hot cake McD tu...yg in versi Pn Muz..rasanya pun same cam McD punyer tau texture yg lembut je walaupun dah sejuk fuhhh.. kalau dapat makan ngan aiskrim eeemmm meletop u....hahaha.. saje je kan nak bagi kecur air liur, so tak yah lah bersusah payah nak gi McD cri hot cake lagi sbb kat rumah pun boleh buat jimat ckit almaklum le kalau gi ngan bebdk ni semuanyer dia nak baik2 budjet rm20 hinggit terus naik ke Rm50 hinggit.. tu sarapan je tu lum masuk yg makan t/hari lak eemm.. botak kepala my hubby terus kempis perut hahahaha...
so salin le resipi ni ye.. layanzzz....

Pancake
Sumber dari MyResipi

Bahannya:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1sk soda bikabonat
  • 1sk krim tartar
  • 2 cwn susu segar
  • 1 sb butter
  • 1sb gula
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1sk esen vanilla
Caranya
  • satukan semua bahan2 kering
  • rub in butter sehingga menjadi seperti serbuk roti, tapi jgn lame sgt nanti jdi doh pulak
  • buat lubang tengah, pukul sedikit telur dan susu tuang kedalam adunan tadi
  • gaul hinggga sebati
  • panaskan kuali dgn sedikit minyak (seelok eloknya guna kuali non stick)
  • masukan sesenduk
  • masak hingga keperangan
  • sedia dihidangkan bersama madu, butter, jam dan sebagainya mengikut citer rasa anda...

sorry ye beralaskan kertas surat khabar lama.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...