Wednesday, November 24, 2010

Asam Rebus Ikan Kerisi

Salam....kali ni menu sihat ckit hikhikhik...kita masak Asam Rebus Ikan Kerisi. Sesekali masak rebus2 ni sedap gak memandangkan cuaca ada sedikit panaskan. Dah lama aku mengidam nak makan asam rebus ni  baru la dapat makan dengan sepuas2nya. Sebenarnya ini menu hari Isnin ari tu, oleh kerana sibok cikit dgn anak2 ku yg demam, baru malam ni aku sempat nak update blog ni. Masa zaman aku sekolah dulu arwah mak pun suka masak cam ni tpi mak campur ngan nenas eeemm mmg sedap bila balik sekolah panas2 tu makan lak asam rebus ni pekena lak ngan air siram fuuhh...mmg terangkat wa ckp lu....hehehe.... jom le kita tengok resipinya tapi ini vesi  i la ye....jemput la...

Bahannya
  • 3 ekor ikan kerisi dibersihkan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 5 biji cili padi*
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter air (agak2 la ye)
  • garam dan perisa secukup rasa
Caranya:
  • Tumbuk semua bahan yg bertanda *
  • campurkan semua bahan2 yg di tumbuk tadi bersama air
  • masukkan asam keping dan ikan masak hingga mendidih
  • perisakan dengan garam dan bahan perisa secukup rasa
  • tutup api dan sedia dihidangkan

Saturday, November 20, 2010

Laksa Kelantan


Assalamualaikum.....semua, ptg ni aku buat Laksa Kelantan untuk my lovely family, ceehhwaaa......hehehe sebenarnya aku yg nak makan sangat laksa ni bukan ape saja mood rajin sudah mai. Alhamdullillah menjadi gak laksa aku ni walaupun first time buat. Ari tu aku ada beli laksam kat rumah aku ni eemmm boleh la sedap gak kakak tu buat so aku teringin nak buat sendiri. Anak2 aku pun suka makan jugak laksa ni sebab kuah lemak putih. Rumah aku ni kalau aku masak kuah lemak putih mmg laju ckit diaorang makan lawan ngan ikan goreng wahhh...kalau my 2nd son tu makan, tak toleh kiri kanan dah, laju je..... . Walauapa pun jom kita semak resipinya

Bahan A
  • 5 ekor ikan kembong hijau rebus dan kisar isinya
  • 10 biji bawang merah dikisar
  • 1/2 inci halia dikisar
  • 1 sk lada hitam dikisar
  • 1 liter santan 
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Bahan B
  • 1 bungkus laksa direbus hingga lembut dan ketepikan
  • 1 btg timun dihiris halus
  • 5 urat kacang panjang dihiris halus
  • 1 cawan taugeh
  • 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
  • secekak daun kesum dihiris halus
Bahan C
  • 4 biji cili merah
  • 6 biji cili api
  • sedikit belacan bakar
Caranya:
  • Satukan semua bahan kisar didalam periuk masak hingga mendidih
  • masukkan asam keping santan dan bahan perisa
  • masak seketika dan padamkan api
  • tumbukkan cili sehingga sedikit lumat 
  • masukkan belacan bakar dan tumbuk hingga lumat
  • masukkan laksa yg direbus kedalam mangkuk
  • sendukkan kuah dan taburkan dengan ulam ulaman
  • sedia dihidangkan








Thursday, November 11, 2010

Apam Pelangi

Waaahhh....wahhhh....menjadi gak apam pelangi m'cik hehehe...memang sedap tau lembut aje rasanya macam kek lak. Ha resipi ni diambil dari dapur k.umie TQ kak mmg sodap la leh buat masa raya haji nanti. Tak leh tahan la...lagi ari tu aku gi jalan kat dapur Hana jepong pun ada gak, gi jalan kat dapor Che Mat Gebu pun ada gak eeemm... x leh jadi ni nak buat gak. Alhamdulillah jadi gak, cuma melekat ckit la bahagian bawah dia kat loyang, tapi apa pong mmg sodap, nanti aku nak tanya kat kak2 kita tu ye nape melekat, masih x puas ati lgi ni nak kena buat 2nd time lgi ni tunggu.... cuba tgok resipinya (aku buat 1/2 adunan aje coz pengukus kita comei je muat loyang kecik aje hehehehe)

Bahannya
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm tepung gandum
  • 150gm gula halus
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • perwarna (ikut warna kesukaan anda la ye)
Caranya
  • putarkan telur, gula dan ovelet hingga gebu
  • masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
  • masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan kacau rata
  • bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna yg disukai
  • tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

Stembot Noodle

Salam....ha malam ni mood rajin nak update blog saje je sbb my hubby tengah melayan anak2 ku tengok TV, yg umienya sibok melayan blog mmuuaaakk...hehehe....ye la bukan senang nak buka blog waktu malam2 gini sbb my little sweetie tu suka mengacau eee..geram sgt. Malam ni sebenarnya aku x tau nak masak ape, masa kat opis tadi aku pikir2 gak ape le nak masak mlm ni, tak masak kang my 2nd son tu balik sekolah selalu lapar. Eeemm... pikir punya pikir disbbkan aku tak bgi my hubby makan nasi so aku wat la sup stembot ni + ngan noodle. Resipinya begitu senang sekali main campak lebor aje (masakkan org malas hehehe..) jom kita semak resipinya layanzzz...

Bahannya
4 keping mee kering (yg macam maggie tu tapi x de perencah)
1 liter air
pelbagai jenis bebola ikan 
5 btg jejari ketam
3 pokok sayur sawi cina
2 sb perencah tumix
1 sb serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Caranya

  • Masak air sehingga mendidih
  • masukkan perencah tumix, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa
  • masukkan pula bebola ikan dan ketam
  • biarkan seketika 
  • dan bila bebola sudah timbul dipermukaan padamkan api
  • masak air dalam periuk lain sehingga mendidih
  • masukkan mee kering tadi  celur seketika dan angkat
  • celur pula sayur sawi tadi
  • masukkan mee dan sayur tadi kedalam manggkuk
  • curahkan sup dan bebola ikan kedalam manggkuk mee
  • sedia dihidangkan

Kotak Hantaran


Salam...caaakk...emmm ari ni nak tayang gambar kotak hantaran. Kotak hantaran ni aku buat untuk sepupu my hubby yang akan berkahwin pada bulan depan, jadinya aku tolong le dia hiaskan kotak hantarannya ni. Sebenarnya m'cik ni edak le pandai sgt nak mengubah bunga2an ni main hentam aje le...hehehe..minat tu mmg ada cuma kurengg kreative aje tpi idea banyakkkk...nak buat aje tak berapa nak reti. So setelah diselidik dan membuat ulangkaji dan ujikaji ewaahhh poyo je bunyinya kan mmuuaaaa...jadilah rupe ni...bolehhh la...harap2 yg empunya badan tu suka dgn dekorasi ni. Sampai kul 1 pgi u m'cik gubah benda alah ni, pas tu nak dijadikan cerita...tinggal 1 je kotak lagi yg nak dihias, masa tu dah pukul 12.30pgi kot yg lain mmg dah lama melayan mimpi2 indah tggal m'cik sorg aje sambil melayan konsert reunion AF8 habis je konsert tu bolehkan astro tayang citer Hantuuuu...rasanya citer Sundal Bolong kot, ape lgi m'cik pun lari bertempiaran la masuk bilik maaakkk....lampu rumah semua aku tak sempat tutup mengelabah cari remote TV lak x jumpa eee..geram betul aku tau, ape lgi terus je la tekan button kat TV tu janji tutup, hehehe... m'cik ni mmg penakut. Jom layan....


Wednesday, November 10, 2010

Paprik Ayam


Salam....bertemu kembali kita menu ari ini ialah Paprik Ayam. Sebenarnya ini masakkan ku yg 2 minggu lepas kot tapi baru hari ni berkesempatan untuk aku tayangkan. Kalau nak diikutkan resipi yg sebenarnya x de le letak sayur brokoli tu, tapi disebabkan aku masak ape yg ada dalam peti ajibku so..terjadi la sepeti ini..ia la.. kita tak leh membazirkan so masak la ape yg ado...yg penting rasanya sodap..hikhikhik (masuk bakul angkat sendiri nampakkk....) my 1st son tu kata sedap dia ingat aku beli kat kedai ishkishkishk.....x senonoh tau penat umie dia masak, ade ke kata beli kat kedai tak baik tau....dia ingat umie dia ni tak leh masak sedap cam kat kedai ala2 Thai ke? eeee.....x kuasa i...hehehe....masa aku masak ni dia x de kat rumah sekolah lum balik lgi dan kebetulan masa ni aku ambik halfday pgi so sempat la masak untuk anak2 sebelum aku gi keje t/hari alhamdullilah. Mai kita semak resipinya.....

Bahan2nya:

2 keping dada ayam bersihkan dan potong dadu
2 ulas bwg putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris
1 sb cili giling
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1 sb sos cili
1 sk gula
sedikit bahan perisa
(garam  aku x letak sebab dah masin dah)
sedikit kicap pekat (jgn bnyak sgt la ye agak2 je)
Sedikit Lobak Merah dipotong nipis
Sedikit Kacang panjang patah2 kan
2 helai daun limau purut dikoyakkan
1 biji cili merah dihiris
sedikit air (jgn bnyk sgt nanti kuah cair lak)
sedikit minyak untuk menumis

Caranya
  • rebus sebentar isi ayam angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak tumiskan bawang putih dah cili kisar sehingga naik bau
  • masukkan isi ayam, sos tiram, sos ikan, sos cili, gula dan bahan perisa
  • gaul rata
  • masukkan pula sayur sayuran, cili merah, bawang besar, daun limau purut dan sedikit air
  • biarkan sehingga sayur masak dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

Tuesday, November 9, 2010

Beef Noodle


Assalamualaikum semua.....wahhh....dah lama sungguh aku tak updatekan blog ni kan bukan ape tak ade mood la...almaklum la hati tgh gundah gulana le katakan. Jadi kali ni aku nak tujukkan menu malam tadi. Memang dari ari tu lgi aku nak makan beef noodle ni, selalunya aku makan beef noodle ni kat restoren Taiwan kat Ampang Point. Tapi oleh kerana aku dah lama tak ke sana (sebenarnya x ada member nak ke sana mmmuaakkk....) jadinya semalam sudah masak la ini beef noodle hikhikhik..
Resipinya aku main campak2 aje tapi lebih kurang dengan resipi chef kita tu la Kak Haneliza (pas masak baru la aku tgk buku resipi k.liza hehehe...eh same la...) tapi sebenarnya aku takut gak nak masak beef noodle ni coz my hubby tu kan ada darah tinggi, nanti naik lak darah dia tu habis la aku....tapi dalam manggkuk my hubby aku dah perahkan asam limau harap2nya tak le darah dia naik nantikan sbb ada masam2 cikit. Jom la kita tengok resipinya layanzzzz......

Bahan untuk sup:

500gm daging lembu
15biji bebola daging
1 biji bawang besar di hiris
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk
1 sb serbuk lada sulah (ikut cita rasa la ye)
1 bungkus rempah sup tulang (yg dah ada kayu manis, bunga lawang, cengkih dll)
1 kiub pati lembu (brand knor ada kiub pati lembu)
4 btg sawi cina (ala yg btgnya besar tu ape namanya tak ingat la..)
1 btg lobak merah
air secukupnya (agak2 la ye)
garam secukup rasa

Bahan B

1 bgks  kueh tiew (atau ape2 mee pun boleh)
sedikit bawang goreng
sdikit daun sup & daun bawang
Kalau nak pedas boleh la buat kuah cili (cili merah & cili padi tumbuk dan perahkan asam limau je)

Caranya:
  • Rebus daging biar potong sederhana besar, dan masukkan sup puntut rebus sehingga daging lembut (jika kita rebus dagin dia akan keluarkan buih2 cokletkan jadi buangkan buih2 tersebut)
  • setelah daging empuk angkat daging biarkan sejuk dah hiris nipis
  • masukkan bahan2 hirisan, lobak merah dan bebola daging
  • renehkan seketika
  • masukkan pula bahan perisa
  • akhir sekali masukkan sayur sawi dan terus padamkan api
  • masukkan kueh tiew kedalam manggkuk dah jiruskan dengan sup tersebut
  • siap untuk dihidangkan

yg ni manggkuk my hubby eeemmm yummyy....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...