Friday, October 15, 2010

Maggi Asam Laksa & Serunding Daging


Haii....bertemu kembali kita pada hari ini. Malam ni aku masak menu very the special u...masakkan org bujang...hehehehe... ala aku masak "Maggi Asam Laksa & Serunding Daging" ha...kan menu org bujang tu kan...Bukan ape malam ni anak2 ku  tak nak makan nasi dah kenyang katanya, jadinya aku sorang je yg nak makan, ape lagi masak maggi le....mudah dan cepat dimakan...bila dilawan dengan serunding daging tu eeemmm...mmg ada uummpp.....kalau tak caya cuba la rasa...jemput makan semua......

Rasanya tak yah la nak bgi resipi kot, semua org tau nak masak maggi ni 2 minit dah siap....

Thursday, October 14, 2010

Chocolate Mint Cake Bhg.2


Salam.....kek lagi, bukan apa tekak ni terasa cam nak makan kek, so ape lagi bahan2nya pun semua ada aku pun start la projek membuat kek. My hubby cakap " umie ni tak habis2 masak" eemmm...my hubby tu mmg cam tu bukan ape dia tak suka tgok dapur bersepah.....ala...biasa la kalau memask mmg la bersepah cikitkan pas tu kemas la...habis..nak wat camner.. dah minat isteri awak ni memask kena la terima hakikatnya hehehe....(lebih baik suka masak dari suka yg lain..haa...siapa yg susah.......), tapi cam biasa la kan bila aku yg masak, pas dah siap ala...hai aku cuma makan sepotong dua aje...entah la ye mmg aku cam ni arr... kalau aku yg masak mmg aku tak berapa suka nak makan, pada hal punya la nak makan sangat kek ni eeemmm ape2 aje la....resipi dah ada kan.....



Jemput la..........

Tuesday, October 12, 2010

Ubi Goreng @ Sambal Kicap

Salam semua, masih lagi masak berasaskan ubi kayu, tapi hari ni aku buat Ubi Goreng cicah dengan Sambal Kicap haa...baru ngam dan laju la cikit makan, biasa la orang Johor kena makan dengan sambal kicap tak gitu Cik Mat Gebu kita...hehehe...tersedak lak En Abang tu nanti sorry...... Sebenarnya aku nak perabihkan balance ubi kayu ari tu ye la sayang lak kan kalu tak nanti bila my hubby tu mengemas habis la dia bagi makan kat Mr Tong Sampah lak eeemm biasa la kan nakkan rumah nampak bersih habis semunya dia buang eee... tak senonoh tau. Aku goreng ubi kayu ni ikut style arwah mak, jom tengok resipinya ....

Bahannya:

  • Ubi kayu dikupas dan dipotong memanjang
  • 2 ulas bwg putih ditumbuk halus
  • 2 sb jintan halus ditumbuk (tak yah halus sgt)
  • 1sb serbuk kunyit
  • sedikit garam
  • minyak untuk mengoreng
Caranya:
  • Panaskan minyak
  • Gaulkan ubi kayu dengan semua bahan2
  • Setelah minyak panas gorengkan ubi tadi sehingga empuk dan keperangan, tapi api jgn besar sangat nanti ubi tak masak

Monday, October 11, 2010

Buku Resipi by Chef Hanieliza

Assalamualaikum.....akhirnya dapat gak aku membeli buku resipi ni hahaha....puas rasanya bila membuka setiap helaian kerana gambar2nya memang membuatkan kita rasa nak masak semua resipi yg ada didalamnya, dengan kertasnya yg berkualiti, kira berbaloi2 lah.....tak rugi membelinya. Jom kita skodeng jap


Wah....puasnya bila aku dapat membelinya, nampaknya hari2 la aku kena masak... ialah tajuknya pun 1 Hari 1 Resipi.....bertambah bulat la my hubby hehehe......



Saturday, October 9, 2010

Creamy Banana Split Part 2

Hehehe...sekali lgi...hahha...bukan ape ari tu makan tak berapa nak pusa sebab masa buat ari tukan bulan puasa so tak leh la nak makan banyak2... Hari ni aku balik keje halfday kan aku singgah la kedai untuk beli aiskerim buat anak le kekononnya....tetiba lak nampak pisang eemmm bila la semangkuk aiskerim terus leh tumpang sekaki....hahaha...saja kan tetengah hari yg cuacanya agak panas jugak ni memang le sedap melantak aiskerim yg boleh menyejukkan tekak sambil melayan cerita hidustan "Mann" waaahh...berangan jap aku hehehe.... jom layan.....


Posted by Picasa

Ubi Rebus vs Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum....hai kali ni aku nak tayang makanan yang paling aku rindui iaitu Ubi Rebus bersama Sambal Ikan Bilis. Peehhhh.. punya la terangkat makan ubi kayu musim hujan2 ni dihirup bersama air kopi panas ffuuuhhh...meletop...aje giler ko.....ooppss terlebih sudah hehehe....bukan apa tetiba je masa kat opis semalam tgh2 duk termenung mengenangkan nasib (saje je...hehehe..) teringat pulak kat ubi kayu ni. Api lagi masa aku balik keje semalam ku gagahkan kaki meredah hujan yg tak berapa nak lebat tu (tpi basah la jugak) aku gi ke kedai demi mencari ubi kayu untuk direbus, alhamdullillah dapat gak ubi tu, nasib baik ada. Setiba saja di rumah aku pun menyensingkan lengan baju keje (tak salin baju lgi tau hehehe...gelojohnyarr) terus merebus ubi kayu dan membuat sambal ikan bilis. Selepas Solat Magrib aku dan my hubby menjamu selera la dengan Ubi Rebus vs Sambal Ikan Bilis.... fuuhh la mak.....very the wonderfullll.....(hehehe...bahasa ape lak ni) best gilerr...i told u.....hehehe...

Tapikan sebut pasal ubi kayu ni aku teringat kat arwah mak, sebab masa kat kampung dulu, belakang rumah aku tu arwah Encik (ayah ku da...) dia mmg tanam pokok ubi ni punya la banyak, so arwah mak tiap2 minggu mesti ada masakkan yang berkaitan dengan ubi ni contohnya lepat ubi, ubi goreng, ubi getok, ubi rebus dan yang paling aku suka sekali kerepek ubi kayu bersira gula eeemm...mmg best.
Eee...rindunya dengan awrah mak dan encik huhuhu....Al-Fatihah....
Posted by Picasa

Tuesday, October 5, 2010

Soft Marble Cake


Assalamualaikum kepada pengujung blog saya ni....hujung minggu ari tu aku ada buat Soft Marble Cake untuk mak saudaraku yg menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke tuttttt....(biarlah rahsia hehehe...) dan kebetulan yg lagi sorang mak saudaraku ( sebelah my hubby) dia buat open house so aku pun buat la kek ni, resepi dari rumah K.Ummie TQ kak sodap sampai tterhangus saya bakar hahaha...tpi rasanya tetap mantopppp... jom kita jamu mata dgn foto2nya dan resepinya sila lah....

SOFT MARBLE CAKE


• 270 gm mentega

• 250 gm gula kastor

• 260 gm tepung gandum

• 1 camt baking powder

• 6 biji telor

• 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)

• 1 camb ovalette

• 1 camb air

• 1 camt esen vanila

• 10 gm serbuk koko

• 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)



Cara-Cara:-

1. Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.

2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.

3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.

4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.

5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.

6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.

7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat. (*hehe..ummi tersalah baca, letak 3 sb adunan plain diikuti 1 sb adunan cokelat..tu pasaii marble x berapa cukup sampai ke tengah..haha)

8. Ulangi sehingga habis adunan.

9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.

10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).

11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.

12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.

Nota: Sedap, lembut dan senang nak buat...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...