Thursday, January 6, 2011

Cencaru Sumbat


Salam....semua, pagi yg basah dan sejuk...pagi2 lagi hujan dah turun rasanya membawa ke petang kot cuaca pun mendung je tiada tanda2 mentari akan muncul, tapi...itu semua kuasa Allah swt kita cuma meramalkannya aje...apa2 pu aku nak tunjuk menu ari tu nyer iaitu Cencaru Sumbat. Kalau aku masak cencaru sumbat ni memang kena beli ikan bnyk ckit sbb semuanya suka meratah kalau my hubby tu 3 ekor pun dia boleh habiskan, tapi ari tu aku buat terpedas cikit bukan ape cili tu yg pedas aku beli kat Giant kat plastik tu tunjuk kurang pedas tapi bila dah masak fuuhh...berasap telinga hahaha...pedassss.....my hubby pun ape lgi mengomel le...tapi habis gak sampai tak cukup my 1st son sampai 2 kali makan dalam masa 1/2 jam ishkishkishk....penangan cencaru sumbat ni, resipinya simple aje jom kita tgok



Bahannya:
  • 5 ekor ikan cencaru bersihkan dan belah belakang
  • 1 cwn cili kisar
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1 inci belacan*
  • 2 btg serai*
  • garam & gula secukup rasa
*bahan utk dikisar

Caranya
  • panaskan minyak
  • satukan semua bahan2 kisar
  • sumbatkan bahan2 tadi dibelakang ikan cencaru dan goreng
  • goreng hingga ikan masak
  • dan sedia dihidangkan bersama nasi panas


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...