Thursday, December 30, 2010

Ikan Masak Pedas Ala Nara


Morning....olls...ini menu malam semalam, sambil2 tgok bola sambil masak hikhikhik..boleh gituww...ye la orang lain mengadap depan TV kita lak sibuk kat dapur, mana boleh jadi nak gak tengok bola... nasib baik rumah aku leh tengok TV dari dapur kalau tak, tak berasap la dapur aku malam tadi gara2 nak tengok bola, nasib baik Malaysia jadi juara walaupun Indon menang 2-1, tapi Malaysia tetap Juara...Malaysia Boleh!!!! Eh terlebih sudah.... semangat betul aku ni hahaha....saje jee....

So berbalik pada menu masakkan kita tadi, sebenarnya ikan ni namanya Ikan Masak Pedas Ala Nara kan, tapi kalau ditengok pada rupa parasnya, macam tak pedas je kan sbb colour hitam mcm masak kicap, tapi sebenarnya ikan ni pedas sebab banyak menggunakan cili yg dihiris halus dan nama Ala Nara tu sebenarnya nama sebuah Restoran iaitu Nara (kedai Ala Thai) yg ada menua ikan ni. Masa mula2 aku order ikan masak pedas ni dulu, aku pun terkejut gak kata ikan masak pedas tapi nape colour dia hitam mcm masak kicap je tapi bila dah rasa baru tau pedas ke tak tapi mmg sedap la...lain dari yg lain jom kita tengok resipinya.

Bahannya:
  • 3 ekor ikan kegemaran (yg sedap ikan bawal, siakap atau kembung tapi aku guna ikan kerisi aje)
  • 2 btg serai dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dhiris halus
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris dadu
  • 5 biji cili merah dihiris halus (kalau tak nak pedas sgt leh buang bijinya)
  • 6 biji cili padi dihiris halus
  • 1/2 cwn sos tiram
  • 2sb kicap pekat
  • 2sb sos cili
  • 1sb sos ikan
  • sedikit air
  • sedikit gula (tak yah letak garam sbb sos tiram dah masin)
  • minyak utk menumis


Caranya:
  • Bersihkan ikan dan goreng ketepikan
  • tumis semua bahan2 yg telah dihiris tdi sehingga naik bau
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, gula dan sedikit air biarkan mendidih
  • setelah mendidih padamkan api
  • curahkan kuah tadi keatas ikan yg telah digoreng tadi
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...