Wednesday, December 15, 2010

Asam Pedas Ikan Patin


Assalamualaikum.....sebelum masuk beradu hamba nak tunjukkan menu berbuka pose tadi "Asam Padas Ikan Patin". Ikan patin ni jiran aku yg bagi ari tu sbb dia tak makan ikan sungai, dia pun org yg bagi ini kira kes pas punya pas la ni. Aku pun sebenarnya kurang berminat ngan ikan patin ni tapi my hubby suka lebih2 lagi masak tempoyak. Memandangkan rumah aku tak ada stok tempoyak so aku buat masak asam pedas je la, lgi pun my hubby tu mana boleh makan tempoyak nanti dia sakit kepala sbb durian kan. Sebenarnya aku first time masak ikan patin ni tak pernah masak pun jadinya aku pun tak tau nak masak ape selain dari tempoyak, so aku pun cuba la masak asam pedas ni eemm.. ok la sedap gak tapi aku makan sikit je aku ambik kuah ngan sayur je sbb kurang minat ngan ikan ni.
So sila la semak resipi aku ni ye jom..

Bahannya
  • 4 keping isi ikan patin direndam dgn air asam beberapa minit
  • 20 tangkai cili kering dikisar
  • 6 biji bawang merah dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 1/2 inci kunyit hidup dikisar
  • sedikit belacan dikisar
  • 1 cwn jus asam jawa
  • 500 liter air
  • 1 btg bunga kantan dibelah 4
  • secekak daun kesumng
  • 3 biji terung bulat dibelah 4
  • sedikit minyak utk menumis
  • garam dan seribuk perisa sesukup rasa
Caranya
  • Panaskan minyak
  • tumis semua bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan pula ikan patin kacau sebentar
  • masukkan jus asam jawa dan air
  • tunggu sehingga mendidih
  • masukkan pula daun kesum, bunga kantan dan terung 
  • perisakan pula dgn garam dan perisa 
  • tggu mendidih dan padamkan api
  • sedia dihidangkan

2 comments:

  1. asam pedas, nice colour..mesti sedap ni... kalau nak tau asam pedas tu sedap ke x...tgk kat kaler dia...kalau mcm ni kompom tip top..pekat xpekat cair xcair..kecur lak tgk...

    ReplyDelete
  2. TQ...cubelah buat mesti sedap punyer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...