Sunday, March 13, 2011

Ayam Madu Sticky


Assalamualaikum......selamt berhari minggu selamat berehat bersama keluarga tersayang. Hari ni aku masak simple2 aje memandangkan my hubby tak de so aku masak apa yg ada je la... pagi tadi pun aku dah bersarapan dengan mee siam goreng so utk makan t/hari masak yg simple2 aje le iaitu Ayam Madu Sticky yg di sekodeng dari dapur Hana Jepun kita TQ hana sungguh sedap....tapi kita nak doakan la agar Hana sekeluarga di Kanazawa Jepun selamt dari segala bencana yg sebagai mana yg kita tahu sekarang ni Jepun dilanda bencana gempa bumi yg begitu dasyat sekali mudah mudahan rakyat Malaysia di sana semuanya selamat termasuk la juga org Jepun khususnya amin......
so utk resipi yg lagi senang dan mudah disediakan ni jom le kita layannnnn....
 

Ayam Madu Sticky
Sumber dari : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda diparut (aku pakai halia biasa je)
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan
  • 1 sudu besar sos cili & sos tomato
  • 3-4 sb madu
  • 1/2 sk lada hitam (aku letak sos lada hitam)
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua dalam mangkuk kecuali air. Peramkan sebentar 10-20 minit
  • Panaskan kuali non stick dgn sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar. Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky
  • Angkat dan buang lebihan minyak
  • Sedia dihidangkan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...