Wednesday, November 24, 2010

Asam Rebus Ikan Kerisi

Salam....kali ni menu sihat ckit hikhikhik...kita masak Asam Rebus Ikan Kerisi. Sesekali masak rebus2 ni sedap gak memandangkan cuaca ada sedikit panaskan. Dah lama aku mengidam nak makan asam rebus ni  baru la dapat makan dengan sepuas2nya. Sebenarnya ini menu hari Isnin ari tu, oleh kerana sibok cikit dgn anak2 ku yg demam, baru malam ni aku sempat nak update blog ni. Masa zaman aku sekolah dulu arwah mak pun suka masak cam ni tpi mak campur ngan nenas eeemm mmg sedap bila balik sekolah panas2 tu makan lak asam rebus ni pekena lak ngan air siram fuuhh...mmg terangkat wa ckp lu....hehehe.... jom le kita tengok resipinya tapi ini vesi  i la ye....jemput la...

Bahannya
  • 3 ekor ikan kerisi dibersihkan
  • 1 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 ulas bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 5 biji cili padi*
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 liter air (agak2 la ye)
  • garam dan perisa secukup rasa
Caranya:
  • Tumbuk semua bahan yg bertanda *
  • campurkan semua bahan2 yg di tumbuk tadi bersama air
  • masukkan asam keping dan ikan masak hingga mendidih
  • perisakan dengan garam dan bahan perisa secukup rasa
  • tutup api dan sedia dihidangkan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...