Friday, September 9, 2011

Salam Hari Raya Aidilfitri.....


Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.....wah...lama juga aku tak bersiaran ye almaklum le skrg ni sibok melayan kepala yg tgh mabok kepayang ni ha... so nak letak resipi tu harap maklum le dah lama dapur tak berasap bknnya ape tak boleh nak masuk ke dapur la nak menumis numis ni agak kureng ckit tak tahan dgn bau bauan la. So rasa2nya skrg ni acara masak memasak diberhentikan buat sementara waktu la ye dan alhamdullilah usia kandungan ku nak masuk bulan ke 3 dah sekejap aje rasanya dan rasa debaran makin memucak ye la walaupun utk kali ke4 rasa takut nak bersalin tu tetap ada sbb dah tau cammane rasanya....adoi seram u.....

Berbalik kita pada bulan raya ni... alhamdullilah semunya berjalan dgn lancar dan tahun ni my family beraya di kg halamanku iaitu Muar Johor. Huii... seronok betul sbb dapat makan ketupat, rendang, kuah lodeh, sambal kacang, serunding kelapa....huhuu... dah 2 tahun tak dapat mkn tau sbb beraya kat Kelantan belah my hubby ye la kat sana mana ada tu semua kan. So raya kali ni mmg betul2 puas makan la.. mmg 1 hari sampai 3-4 kali makan you...adoi...balas dendam nampak...hihihi... ye la bkn ape setahun sekali kan baru jumpa....























Dan inilah sebahagian foto2 berhari raya di kampung....tgklah si anak dara aku tu sebenonya dia menangis nak bergambo sama dgn abi & uminya tapi...x dapat ye la bgi chance le umi ngan abi nak bergambo berdua duaan lak eee..... x sporting tul la.. gitu la gayanya kalau anak  dah berderet kan tak de maknanya nak berromantik berdua duaan mesti ada nak kacau daun eeemmm... tak pe le...dan akhir kata dari kami sekeluarga.......

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Friday, July 29, 2011

Nasi Sup Daging lawan Ikan Masin


Salam kembali.....wah rajin tul masak Pn Muz? Ceewahhh...bkn ape kena masak walaupun malas dan inilah menu ringkas org malas...hihi....bkghabiskan stok dalam peti magic aku tu ha.. daging ni minggu lepas aku dah beli tapi tak masak2 sampai lah semalam tetiba teringat kat sup Utara. Dulu masa aku keje kat tempat lama tu ada satu medan selera mmg sedaplah sup utara dia  nak dikatakan ari2 aku makan bee hoon sup dia dah puas bee hoon sup makan lak nasi sup daging dia fuuhh.. berpeluh peluh menghirup sup dia dan smlm mengenangkan ada daging dalm peti magic aku tu so terus la aku merebusnya alhamdullilah lembut pulak dagingnya walaupun 1 jam je. Org ckp kalau nak daging cpt empuk masa kita rebus daging tu kita masukkan sudu besi dalam periuk daging tu atau  masukkan daun nangka, tapi mana lak aku nak cri daun nangka kan so yg ada sudu...hihi...


Resipi aku kali ni mmg betol2 sempoi gilers..yelah resipi orang malas hihihi.. main campak2 aje...bawang pun aku tak pakai melainkan bawang goreng aje. tapi rasanya wow!! sungguh sedap ape rahsianya ye..haaaa...kalau nak tau ape rahsianya kenalah semak resipi kat bawah ni....anda nak tau? jom kita siasat....hihihi...

SUP DAGING

Bahan bahannya
  • 500gm daging lembu dibersihkan dan hiris nipis
  • 1 liter air
  • 1 peket rempah sup tulang (sup punjut, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 1 peket kecil serbuk maggi secukup rasa (inilah rahsianya...hihi)
  • garam secukupnya
  • hirisan daun bawang
  • bawang goreng secukupnya
Caranya:
  • rebus daging hingga empuk (jgn lupa masukkkan sudu ye)
  • setelah mendidih buangkan buih2 coklat
  • masukkan rempah sup tulang, serbuk maggi secukup rasa, garam dan sedikit bawang goreng
  • rebus lgi sehingga daging empuk (dgn api yg perlahan)
  • jika kurang air bolehlah ditambahkan lgi
  • setelah empuk boleh lah dihidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang
  • sedap dimakan bersama ikan masin dan cili kicap


Sayur Lemak Lada Hitam


Assalamualaikum semua.. salam hari Jumaat. Hari ni cuaca agak lembap sbb pgi2 dah hujan, sian my hubby gi keje basah dan aku lak jdi cam lembap gak ni mood tak berapa nak rajin malas je nak wat keje eemmm.. rasa cam nak zzzzzz.....hihihii.... heiiii Pn Muz wakeup la weiii hari dah siang dah ni jgn nak bermimpi lagi...tau la pasukkan Harimau Malaya dah kalah semalam tak kan lah nak sedih lak hihii...saje je kan, dan sebelum aku melalut entah kemane mane lgi ni baik kita berbalik pada N3 kita pada pagi yg berbahagia ni iaitu Sayur Lemak Lada Hitam. akcely menu ni menu ari tu yg bergandingan ngan Ikan tongkol sambal serai tu, yg ni utk anak2 yg tak makan sambal, walaupun ada lada hitam tapi tak pedas pun. Sebenarnya aku pun tak pernah gak masak sayur lemak putih letak lada hitam sampai lah aku balik kg my hubby iaitu Kelantan, m'cik dia dah masak lauk ni. Bila makan eh rasa lainlah sedap ada rasa lada hitam, so aku pun follow le resipi my m'cik yelah kita ubah seleralah ckitkan. Jom kita sekodeng resipinya...


SAYUR LEMAK LADA HITAM

  • sayur kegemaran anda (aku guna sayur sawi putih)
  • 6 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1sb lada hitam di tumbuk kasar
  • beberapa ekor udang putih ditumbuk kasar
  • semangkuk santan pekat
  • secawan air
  • 1 biji cili merah dihiris
  • garam & perisa secukup rasa
Caranya
  • satukan bahan2 tumbuk kedalam periuk
  • masukkan air dan didihkan (jika guna sawi putih masukkan skli btgnya dulu)
  • setelah mendidih masukkan santan pekat, sayur dan cili merah
  • perisakan dgn garam dan perisa secukup rasa
  • kacau perlahan dgn api yg sederhana supaya santan tak pecah
  • bila dah mula mendidih terus padamkan api
  • sedia dihidangkan
Sayur Lemak Lada Hitam


Thursday, July 28, 2011

Ikan Tongkol Sambal Serai


Assalamualaikum para ibu2 bapak2 semua....kali ni masak sambal pulak edisi kuih raya stop buat seketika sementara memilih resipi2 biskut mana yg berkenan dihati utk dibuat kuih raya nanti ceewaahh cam ye2 no nak buat ye hihihi.. entah2 hangat2 tahi ayam punai aje hihihi...yelah nanti bilah dah start puasa boleh le kita memulakan operasi biskut raya pulak ari tu baru cuba2 aje. Dan in menu mlm semalam, tak tau nak masak ape pusing2 tgk ikan tapi idea nak masak ape tak gak muncul2 dlm kepala otak ni puas termenung kat kota ikan hihi.. nasib baik tak kena tegur ngan tauke kedai sbb duk termenung tgk ikan dia belinya edak hihii...dan setelah hampir 3-4 minit termenung, aah...beli aje le ikan tongkol sampai rumah baru pikir masak ape. Dan setelah memulas kotak pikiran ku ini akhirnya terjadilah resipi yg sempoi ni....hahaha..tulah x masak hari2 pun masih lgi tak tau nak masak ape ek. Bukannya ape kekadang ape yg terlintas kat otak aku ni anak2 tak suke nak makan, kekadang bapaknya pulak tak suka so aku kenalah fikirkan menu yg diorang semua suka tu yg payah ckit tu nak jaga semua tekakkan.


Masak sambal ni mmg pebret my 1st son, tak kiralah ayam ke, ikan ke, udang ke janji sambal tapi dia makan sambalnya aje ikan tak makan tapi kalau ayam atau sotong dia makanlah kalau ikan.. alahai tergolek golek ikan tu ketepi dia kaut sambalnya aje. Dan semalam aku masak nasi sepiok habis...eemmm.. takkan hari2 nak masak sambal maunya kena buasir lak nanti hihihi...tapi yg adik2nya aku masak menu lain ha... N3 yg tu akan menyusul ye sekarang ni kita layan sambal ikan dulu jom kita semak resipinya jommm...

IKAN TONGKOL SAMBAL SERAI

Bahannya

- 1 ekor ikan tongkol dibersihkan dan goreng ketepikan
- semangkuk cili kisar 
- 1 biji bawang besar*
- 2 ulas bawang putih*
- sedikit belacan*
- 2 btg serai dihiris*                         
- 2 btg serai diketuk
- 1 biji bawang besar di potong wedges
- 1 sb kicap manis
- sedikit jus asam jawa
- sedikit minyak utk menumis
- garam & gula secukupnya
 (kisar semua bahan2 yg bertanda *)

Caranya:
  • Panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 kisar, cili kisar dan serai yg diketuk goreng hingga garing
  • masukkan jus asam jawa, garam, gula dan kicap tggu sebentar
  • akhirsekali masukkakn ikan goreng tadi dan bawang goreng sebentar
  • padamkan api dan hidangkan

Wednesday, July 27, 2011

Tart Gulung Pn Muz...


Assalamualaikum semua bertemu kembali dgn edisi kuih raya pulak hihihi...ha inilah hasil keje org yg tetiba je nak buat kuih tart ni. Inilah kuih raya pertama yg aku buat (eh silap yg ke2 dulu2 ada buat biskut arab kat ibu mertuaku) akcely smlm aku gi kedai bahan2 kuih nak beli brg2 utk buat kek harijadi my little princess esok tetiba lak aku terpandang tepung tart gulung so tanpa berfikir panjang aku pun terus sambar le dan ada pulak jem nenas.. eemmm menjadi le terus hasrat nak membuat. tapi wa ckp dgn lu.. kiranya cam tak aci lah ye sbb aku guna tepung yg ready made aje hihihi.. bkn ape sbb x nak pening2 kepala nak campur2 tepung so x salahlah kalau kita mencuba tepung ready made tu jimat masa & tenaga...dan alhamdullilah hasilnya sungguh memuaskan hati so gebusss...boleh dipercayailah tepung tu.. yelah kekdg tepung yg ready made ni ada kureng ckit kan tapi kalau anda beli kat kedai bahan2 kek/kuih insyallah hasilnya tidak menghampakan kalau kita beli yg kat pasar raya aje yg ragu2 ckit sbb pernah terkena.


Dan inilah hasilnya setelah berhempas pulas menekan. mengulung, membakar dan...memake over rupa kuih ni hihihi...hadoiii..mmg penat buat kuih ye, ni baru satu adunan dapatlah dalam 100++ tapi dia punyer penat cam buat 1000 biji hihihi..(nampak no x biase buatkan ) tapi bila dah siap dah rasa eemmm sodap... hilang rasa penat... tapi kalau menjadilah... inilah hasil kerja tanganku....so semaklah resipi ready made aku ni jom layan..

TART GULUNG
1 paket tepung ready made tart gulung (850gm)    
2 biji kuning telur
2 sk esen vanilla
500gm butter
jem nenas secukupnya
kuning telur utk sapuan atas tart

Caranya
  • putar butter selama 2 minit
  • masukkan kuning telur dan esen vanilla putar 1 minit
  • masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh
  • gentel jem nenas
  • masukkan doh didalam acuan dan tekan
  • letakkan jem nenas dan gulung dan sapu kuning telur (tapi aku tak buat pun sbb nak letak coklat)
  • bakar 180cc sehingga kekuningan dan angkat
  • setelah sejuk simpan didalam bekas kedap udara

Tart Gulung

Saturday, July 23, 2011

Nasi Paprik


Assalamualaikum bertemu kembali kita di hari Jummat yg mulia ini dgn N3 baru ku iaitu Nasi Paprik. Ini menu mlm ni, yg sebenarnya ape yg dirancang tak menjadi sbb atas per mintaan  my hubby. Sebenonya aku nak masak nasi goreng seafood sbb ari tu dah janji ngan my 1st son nak masak nasi goreng seafood so mlm ni kononnya nak tunaikan lah janji tapi my hubby lak x nak dia ckp dah jemu la mkn nasi goreng je hihihi...eemmm.. susah tul tukang masak nak ikut yg mane satu entah yg anak nak nasik goreng yg bapak pulak tak mau hadoii.. poneng pale dibuatnya, tulah kekadang aku kena masak 2 3 lauk utk anak lain utk bapak lain utk mak lain hadoi mmg ponat nak melayan tekak masing2kan tapi ape boleh buat dah tanggungjawab... jlnkan lah tugas kita walaupun penat tapi bila nampak diorang makan berebut rebut hilang penat tukang masak terus jadi hepi.....



 Aku Masak paprik ni pun main campak2 aje sbb yelah tak ada perancangan nak masak paprik so ape yg ada dlm peti magic aku aje la aku campak dalam kuali yg penting sodap cewahh...perasan ye ke sedap...nampak cam sedap tapi rasa? ha.. hanya my family aje yg tau hahaha...eh tapi mmg sedap cam kat kedai tu x tipu pas ni aku boleh lah bukak kedai ala2 Thai walaupun aku bkn org Thailand tpi dah selalu sgt makan masakkan Thailand so secara tak langsung belajo le ckit2 kaedahnya.... cewaahhh cam ceft Wan le pulak hahaha..i bkn chef wan cuma chef Two ajew.... Jom le layan resipi campak2 aku ni....

Bahan-bahannya:

  • Seafood/ayam/daging
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1 biji bawang kuning dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris (kalau nak pedas boleh letak cili padi)
  • 1 sb cili kisar
  • 2 sb sos cili (aku letak thai sos)
  • 2sb sos tiram
  • 1sb sos ikan
  • 1sb kicap pekat
  • sedikit hirisan lobak merah
  • sedikit hirisan bunga kobis
  • sedikit kacang panjang
  • 3 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak utk menumis
Caranya

  • panaskan minyak goreng sebentar seafood/ayam/daging dan angkat ketepikan
  • tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa
  • setelah itu masukkan bahan yg telah digoreng tadi, semua bahan hirisan dan daun limau purut yg dikoyakkan
  • goreng sebentar dan padakan api
  • sedia dihidangkan bersama nasi putih
Nasi Paprik

Tuesday, July 19, 2011

Nasi Goreng Ayam Vs Udang




Salam pagi Selasa olls...minggu ni boleh dikira minggu rajin aku le ye sbb pagi2 aku dah update blog sbb pgi2 ni x dekeje sgt sbb semuanya aku dah uruskan dgn jayanya hihihi..dah pgi ni nak masukkan N3 Nasi Goreng Ayam Vs Udang. Ni menu semalam utk juadah berbuka puasa. Sebenonya aku dah ketandusan menu ape nak masak so fikir punyer fikir nasi dalam periuk banyak jadinya aku pun me-rekalah resipi ni. Bukan ape teringan masa hari sabtu baru ni my hubby ta-pau nasi goreng ayam sedap eemm...boleh tahan sodap dan juga teringat kat nasi goreng Muar yg menjadi febret aku masa sekolah2 dulu sooo.. yummy walaupun nampak cam simple tapi dalam nasi tu ada ayam goreng.. ditimbus ngan nasi fuuhh... meletop ko...hahaha...



Masa anak2 balik sekolah bila dia nampak pinggan ni huii.. terus serbu, maklum le balik sekolah semuanya lapo...my 1st son dia mmg suka mkn nasi goreng, apa lagi percaya atau tidak 3x tambah memandangkan dia tu yg mmg susah nak makan bila nampa nasi goreng ni terus terkam tak sempat nak mandi yg 2nd son tu pun sama gak terjerit jertilah umie dia suh mandi dulu baru makan eeemm.. x layan dah.. udang dulu dia terkam sepinggan udang dia belasah sorang and my little princess pun dah mula nak makan dah alhamdulliah...so nampaknya adakah bermula episod Nasi Goreng setiap hari? atau.. nasi berlauk? eemmm harus difikirkan ye...sbb tukang masak pun jemu gak kalau hari2 masak nasi goreng kan ha...jom kita semak resipi yg senang lagi sempoi ni...

Nasi Goreng Ayam vs Udang

Bahan-bahannya

1 pinggan nasi putih sejuk                                      
6-7 ekor udang
secekak sayur sawi
2 biji telur
3 ulas bawang putih diketuk
3 sb cili kisar
1 sb sos tiram
1sk serbuk pati ayam
1sb kicap pekat
garam & serbuk perisa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Caranya:
  • panaskan kuali dan tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau
  • masukkan pula udang goreng sebentar
  • masukkan sos tiram, serbuk pati ayam, garam dan perisa secukupnya
  • goreng sebentar
  • setelah itu pecahkan telur dan tggu sebentar hingga telur sedikit keras
  • masukkan nasi dan kicap pekat gaul rata
  • akhir sekali masukkan sayur goreng sehingga sayur sedikit layu
  • padamkan api dan sedia dihidangkan bersama ayam goreng




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...